vendredi 17 décembre 2010

Encore La Neige. Salji Nan Putih Seputih Jiwaraga Nan......

| |

Bersajak sajak ya kali ni, kerana hari ini salji turun lagi dan lebat betul dan sejuknya (-10). Perasaan hatipun sejuk beku diiringi dengan perasaan méli-mélo (bercampur-aduk), kerja rumah terbengkalai buat buat tak ada mood, pagi tadi semasa menghantar yang Bongsu pergi ke bus-stand, telinga jadi beku, tangan-mangan jadi anaesthesia apakan lagi kaki-kakipun jadi keras kejang, pakai boots dan gloves (hingga -25) double-faced sheepskin + wool linings (waterproof construction) pun tak terasa yang diri ini dilindungi dek sejuk. Honey Aristocat macam tak ada mood aje hari ini, selalunya mintak-mintak keluar juga, tapi hari ni... agaknya dah jeran nak keluar sebab stockings kaki nya basah nanti. Fikir-fikir apa nak buat dulu, pagi-pagi ni, apa kata...

Pagar depan rumah, yang bulat-bulat bertiga namanya le buis dan yang ditengah  namanya houx/holly tahun ini tidak banyak berbuah, sang burung-burungan habis cotok makan, maka itu untuk buat hiasan christmas dirumah ibumertua dah kena embat.

Semasa baru sangat pindah, pokok pin ini amatlah bushy (poorly groomed) oleh itu kena trimmed bagai nak patah tangan memotong dahan-dahan, tapi sekarang cutting dah boleh tahan sikit, rupa seakan bonsaï.

Swimming pool diliputi olih crème chantilly salji yang putih suci lagi murni, hinggakan air pun membeku sebeku-bekunya, boleh main ice-skating!

Bonsai kesayangan CintaJL, hadiah dari Maman-ya. Erable du japon (maple tree).

Kayu-kayu untuk stock tahun ini, banyaknyaaaaa, tak habis disusun cuaca tersangat mengada-ngada sejak dua menjak ini, nasib baik CintaJL dah reservedkan untuk chimney, kalu...?

Honey Aristocat pun sama naik mengada-ngada, tadi tak nak keluar, bila mamannya keluar nak clip clap camera baru nak ikot dah kesejukkan sampai tak sempat-sempat nak masuk kedalam rumah (pintu dari belakang rumah), nampak tak nama yang tertera dimuka pintu?

Jelitanya Honeyyy, geramnya... Buah hati intan payung tersangatlah anggun, puji bagai nak rak!

Lavender yang dah letoi, tak sempat digroomingkan kasihan lavenderku sampai kering.

Yang inipun senasib dengan lavender, dah disaljikan, cantik pulak effectnya ya.


Berposing-posing Honey Aristocat, posing yang mana satu anda semua paling suka, berilah tahu jawapannya.



5 commentaires:

NaniRostam a dit…

Kita suka yang kaki honey tenggelam dalam salji tuh...hee rasa nak cium-cium hidung dia.

NaniRostam a dit…

Cantiknya rumah rat.cantiknya swimming pool rat.cantiknya kampung rat.Satu hari mesti nak jejak kaki jugak ke sana..boleh rat?

enta omri a dit…

Bun...... ada banyak jelita jugak itu hani.... muah muah ... mami cium .. :D

diyana jasmin a dit…

salam.moi aussi j'habite en France, a Besancon.Etudiante de UFC,universite de franche-comte.Enchantez!

Cik Eka a dit…

cantiknya rumah sis..kolam renang besar...

kite suke gambar kaki tenggelam kat salji...comel