lundi 13 décembre 2010

Rendez-vous Dans 20 ans. Ratu-Ratuku.

| |

Ya ampun, syukurnya... bersyukur sungguh.. impian kepinginan ketemu kembali dengan Ratu-ratuku semasa disekolah glamour lagi famous Assunta Girls School PJ mari, akhirrnya menjadi r-e-a-l-i-t-y, tidak ku percaya... serasa disanubari jiwaragaku bagai berseri-seri... dimana tahun demi tahun, musim gugur berganti kemusim sejuk bertukar kemusim bunga terus kemusim panas, sabar yang amat kesabaran di bayar balas juga akhirnya...

 Ratu-ratuku RR, AA, MS dan J, ya ampun. adingan yang tidak dapatku erased padam kan tatkala masing-masing: Bintangjauhhhhhh, RRRRRRRR, AAAAAA, MSSSSSS, JJJJJJJ!! Nak menitis airmataku, tak tentu keruan masing-masing membelek-belek ke atas bawah, depan belakang perubahan fizikal diri, ada perubahan tak? Tidak penting, yang penting binti important-nya hari yang teramat bersejarah ialah sudah bersua wajahmuka rupaparas dengan nyatanya... depan depan nampak di mata kepala, sungguh tidak lah ku percayai hari tersebut adalah hari - rendez-vous- setelah 20 tahun nian lamanya. Panjangkan cerita, bermacam-macam alkisah hidup yang di gempar gemburkan, yang ditimbul-timbulkan sampai naik keatas, yang di dendangkan seperti membuai baby, panjang kata... semuanya alkisah indah belaka, molek belaka, tup tap tup tap time's up, Ratu-ratu semua seakan tidak mahu balik, berat kaki melangkah, berat hati mengundurkan diri dan miracle datang dari MS: Ratu-ratu semua,  minggu depan hari selasa jemput kerumah makan tengahari bersama lagi ya... lega perasaan ini masih ada lagi ruang dan masa dapat bersambung kembali alkisah-alkisah yang tersekat dek masa yang terhad,  wajahmuka Ratu-ratu semuanya tersenyum dengan senyuman nan berseri semanis manis madu. Terkenang kembali detik-detik riang ria semasa disekolah bersama Ratu-ratuku, namun... sayangnya ada yang tertinggal: Har, Y sotong, Y hitam, Shi Mekah dan sis Roz. Insyaallah, murah rezeki panjang umur ketemu jua nanti.



Inilah sekolahku, dilahirkan circa 1957 dibawah naungan the Foundress dan the First Principal Sister Enda Ryan FMM. 

Kenagan manis terukir sudah akhirnya...

                                   

2 commentaires:

NaniRostam a dit…

Antara kenangan yang terindah ialah kenangan bersama rakan-rakan dizaman persekolahan.

Waktu di bangku sekolah...hati tak sabar-sabar mahu meninggalkan sekolah dan rakan-rakan.

Namun bila sudah jauh meninggalkannya...rindu mahu kembali semula ke zaman itu dan bertemu rakan-rakan.

Untungnya Ratna masih berhubung dengan rakan-rakan.

uji6june a dit…

wah!!! gambar no. 3 tu dewan skolah kitalah
kenangan ketika berdikir barat dan terus juara

Ratna.. semalam uji tak dapat join AA dan MS
geder-geder dengan orang Jeddah.. :(
sebab ada hal lah .. hari ni dia dah fly balik

takpe, nanti orang Jeddah balik next year June
(kali ni dia balik sebulan) kitorang nak buat
geder-geder yang lebih gempak .. hehehehe
jangan jeles !!!

eh! Ratna jadi kan balik Mesia next year?

.