samedi 1 janvier 2011

Joyeuses Fetes De Fin D'Année. Adieu 2010. Kusambut 2011.

| |


Cahaya lilin  nur cahaya.

Dek kerana terlalu penat sampai tidak punya masa nak clip clap photo-photo ketika menyambut tahun baru diruangtamu.
 Pagi tadi, hendak tak hendak clip clap jugaklah saki-baki semalam, diatas meja hanya serviettes yang terbiar sendirian, alang tu!

Selepas selesai mencuci pinggan-mangkok dan segala bagai (tidak punyai dishwasher, masih teragak-agak beli atau tidak), kelihatan diatas meja berselerak terbiar semuanya sebelum disusuni kembali di dalam-geroboknya.




Honey Aristocat menyorok dibelakang langsir sambil mendengar twit twit nyanyian burung -burungan di pohon pokok prune.

Setiap dihujung pinggiran tahun apa yang kutahu ialah berdoa, doa-doa buat ibundaAndong yang amat ku sanjung tinggi, ibundaAndongku yang malang, buat adik-beradikku: AbangBesar, SisBesar, kedua-dua SisKecil dan AdikBungsu (dimana dia?) juga AyahandaDaddy, Anak-anak Buah yang berhemah tinggi di-iringi buat Anak-anakku yang tiga juga CintaJL. Tidak juga kulupakan, kesemua teman-sahabat-kenalan yang tertambat dihati ini dan kesemua manusia yang hidupnya didalam keadaan bebanan sengsara yang malang, semoga disatu hari nanti warna hidup mereka pasti berubah jua kepada harapan baru bernama rahmat hidup. 
Setakat doa-doa yang kumampu hadiahkan sebagai pendinding di sepanjang perjalanan tahun nan baru 2011. Ya ampun, bukannnya kesayuan diri, bukannya sejenak terlintas hibaan, bukannya cuba memujuk perasaan nan sedih, bukannya sebakan tangisan , bukannya ratapan melancholia, ia hanyalah sekadar kesedaran diri yang selama ini berdepan dengan gelagat-gelagat hidup yang berupa cara grotesque !. 
Gerbangan muka dunia nan luas, berilah peluang ketahunan seterusnya sebuah kedamaian yang sehendaknya suci.
 Amin.

2 commentaires:

NaniRostam a dit…

Salam Ratna..apa khabar? lama tak dengar suara rat dicorong telefon...rindu. Seronok menyambut tahun baru....kirim salam untuk anak-anak rat yang gorgeous dan juga suami rat. Ajarlah nani buat kek 'kayu balak' tu. Bunga orkid di atas meja tu bunga hidup ke? kipochi nak tahu.

bintangjauh a dit…

Kipochi apa maknanya Nani? Nanti Ratna telefon beri resepinya mudah lagi senang dan bungaan orkid fresh-segar-hidup (Ratna kurang suka bunga plastik) begitu juga bonsai disudut tingkap beli diIkea. Sambutan tahun baru biasa saja cuma Elyne Gabrielle sorang bersama abangnya dan kakaknya diGrenoble bersama teman-teman sekolah maka itu letih-parah, sediakan sekali juadah makanan untuk mereka semua. Kirim-salam juga buat keluarga Nani semua. Voila.