samedi 29 janvier 2011

Mon Potager Tanam-Menaman Sayur-Sayuran. Circa 2010. Summer

| |

Sejak-dua-menjak hidup di-kampongulu-ku ini teramat-lah hijauan jadinya jiwa dan minda. Disini semuanya boleh dibuat, kata saja apa-apa pun boleh dengan pertanyaan tepok dada tanya selera, gitu ya. Tanya diri apa yang paling berhemah bila berduaan dengan nature yang memberikan hasil yang menambat hati terus tersimpul sebuah senyuman yang  manis manis madu pabila tanaman itu menunjukkan diri dengan megahnya.

Ya ampun, setiap tahun sungguh tidak kesabaran diri menunggu musim sejuk melambai pergi kerana musim bunga yang akan menjelma dengan warna-warni bunga-bungaan seperti lukisan Monet, unggul lagi legenda!


Dihujung-belakang rumah terdapat satu kawasan-khas untuk menanam sayuran dan ditepi-taman  siap sekali sebuah reban ayam dan itik. Ada kobis unggu, courgette bulat, bawang-merah, bawang putih, daun celery, bunga kobis (cauliflower), leeks, salads, strawberry gariguette dan charlotte (tanam sebab princess Elyne Gabrielle adore strawberry) juga artichokes tapi tak berbuah, tanam dibawah pokok lansung merajuk! 

        
                      
French-bean/kacang buncis tengah berbunga dan baby-kacang sedang membesar. Tomatoes lonjong atau tomatoes cornue des andes, rasanya manis dan tidak berbiji, elok sangat dimakan sebagai salad.



Terdapat berbagai-bagai jenis tomatoes yang di-tanam seperti tomatoes cherry kuning, orange dan merah juga tomatoes giant besar rasanya manis manis masam, namanya "tomate coeur de boeuf" atau hati lembu. Tomatoes berwarna unggu kehitaman dari Russia atau tomate noir de Russe rasanya tersangat manis tapi sayang tahun lepas ditanam 2 pokok sahaja kerana mahu mencubai dulu, tahun ini pasti akan menanam-nya lebih dari tahun lepas, juga tomatoes grappes. 


Tomates Cornue des Andes, manis dan yummy!



Cherry tomatoes berwarna merah. Masih belum ranum lagi, Terus dipetik dan enak di-ngap ngap.




Zucchini atau courgette, salah satu bahan kemestian bila memasak ratatouille, tahun lepas banyak betul dan anakanda semua suka bila dimasak cara gratin di-baked didalam oven atau soufflé aux courgettes tapi tidak berapa sesuai untuk dimakan di-musim panas.

Setiap menjelang musim bunga dimana bermula menanam anak anak sayuran (dari bulan March harus dimulakan dengan membersih kawasan tanaman seperti cabut/potong segala rumput liar, mengemburkan semula tanah dan semehan biji sayuran) dan bawa keluar semua bunga-bungaan berpasu juga bonsai yang di-simpan didalam ex-kandang-kuda dan bermula-lah trim-me-trim dahan-dahan pokok bunga yang kering. Saat itu-lah yangku adore sungguh kerana dapat sering berduaan dengan hijauan bungaan yang membelai rasa hati dengan perasaan syukuran keatasNya yang maha Pemurah.

2 commentaires:

Muna a dit…

terpegun... tak tahu apa nak cakap!! xox

NaniRostam a dit…

Salam ratna...kus semangat...tanahnya memang nampak subur sangat...tak macam di taman perumahan di sini,,tanah perlu beli dan tambak dengan tanah hitam...kalau harap yang sedia ada...berbatu keras...tanah merah keras.

Dengan cuaca yang panas sejuk..tanaman memang subur kan...geram betul nani tengok...alangkah andai nani dapat bercucuk tanam dengan cuaca dan tanah begitu memang bahagia.

Ratna juwita ku, hari ni boleh dring drong nani tak...ada benda nani nak tanya...

salam kasih sayang....