mardi 11 janvier 2011

Ratuku Yang Sejati RR

| |

Tengah-tengah makan tengahari, terjentik hati seketika, teringat kembali perbualan dengan Ratuku RR tadi, sejukhati bilamasa bersembang-sembang dengannya. Boleh-kata setiap bulan kutelefon RR, mesti dan wajib kerana persahabatanku dengan RR tidak pernah ada perbalahan dari apa jua segi asas, isi sebuah persahabatan.

Dengan RR lah tempatku mengadu nasib, luahan kesedihan, luahan kegembiraan juga luahan-luahan hal ehwal semasa basi tak basi semuanya diluahkan, panjang-kata selama ber-Ratu dengan RR (dari form 4 disekolah famous lagi glamour Assunta Girls School PJ mari) hinggalah sekarang, tidak berganjak dan terusik lansung, hanya kejauhan yang melumpuhkan sedikit persahabatan ini, kerana ada-masanya teringin sungguh bertemu-bersua wajah dan diri, sayangnya diri ini BintangJauh (une étoile lointaine) maka itu bila-masa murah rezeki baru ketemu pulang ketanah made in Malaya.

Alhamdulillah syukuranku keatas Allah SWT, begitu lama kekal persahabatanku dengan RR, semoga berkekalan sehingga diakhiri hayat hidup, kerana persahabatan yang sejati sama dengan hubungan darah siratulrahim tidak diputus-putuskan kekal selamanya.
Seperkara mengapa diri ini rapat-mesra dengan RR ialah kerana punyai pendirian yang tinggi se-iring dengan keikhlasan yang tulin, kelakar pandai bergurau secara selamba amat natural, cantik, pemurah dan yang paling menyentuhi hati-perasaan ialah dilubok matanya ada terselit kesayuan dan kesedihan yang menghibakan hati,walhal RR tersenyum manis manis madu, tertanya-tanya juga dari mana asal-usul airmuka dan mata nan sayu.

Kulampirkan sekali salah satu citation dari made in Peranchis buat Ratuku RR:

Une fleur peut se faner
Le monde peut s'écrouler
Mais une amitié fidèle
ne peut se briser.

satu bunga boleh layu
dunia boleh runtuh (musnah)
akan tetapi sebuah persahabatan nan setia
tidak akan pecah (hancur)

p/s: traduction lebih-kurang sahaja.

10 commentaires:

Arizakiah a dit…

Sweetnya sahabat ratna tu...
Persahabatan adalah perisai bagi segala bencana dan segala peristiwa yang terjadi pada setiap zaman.

uji6june a dit…

menitis airmata tatkala kubaca
entri mu kali ini wahai RJ
amat menyentuh qolbuku

begitu benar nilai persahabatanmu
dengan manusia bertuah bernama RR itu ..

kudoakan moga persahabatan kalian
kekal hingga ke akhir hayat .. Aminnnnn ..

.

bintangjauh a dit…

Ya, nilai sebuah persahabatan yang kekal dan setia adalah bukti yang nyata menghargai diri antara sahabat kerana persahabatan Ratna dan RR begitu mulia, ya mulia tinggi nilaiannya kerana antara kami tiada pertandingan ego/self-interest, "domination" antara kami berdua memang tiada didalam kamus persahabatan ini. Pokok-pangkal persahabatan yang sehat ialah menghormati dan menghargai seorang sahabat apa juga perbezaan antara satu sama lain. Ratna bertuah punyai seorang sahabat yang bernama RR. Salam manis manis madu.

NaniRostam a dit…

Kawan baik itu selamanya...tanpa ada kepentingan. Dikatakan teman justeru dia menghargai dan menyenangi kita, sedia mendengar serta berkongsi susah dan senang.

Alhamdulilah saya temui itu dalam diri ratna buat saya. Harap kita berkawan sampai bila-bila.

uji6june a dit…

Ya, benar Puan Nani ..
persahabatan kami kekal ke hari ini kerana kami:-

*tidak beririhati antara satu dengan lain;

*tidak berlomba-lomba untuk bercerita kehebatan masing-masing;

*bila sedang sedih, salah seorang sudi "meminjam" telinga untuk mendengar keluh kesah .. (bersahabat itu bukan hanya bila untuk ketawa berdekah-dekah saja);

*menyimpan rahsia/aib sahabat;

*ikhlas.

insyaAllah, kalo ada ini semua, persahabatan itu akan kekal hingga sampai bila-bila, sungguhpun kalo ada orang memfitnah, persahabatan itu tak akan goyah ..

.

Mak Wardah a dit…

Benar kata puan nani, sahabat adalah insan yang paling memahami kita, tiada kepentingan lain selain teman waktu susah & senang

kuchintaantik a dit…

Salam Ratna

So sweet, baca your friendship. Dan sweet jugak dengar komen Uji6June "tidak berlomba-lomba untuk bercerita kehebatan masing-masing;

*bila sedang sedih, salah seorang sudi "meminjam" telinga untuk mendengar keluh kesah .. (bersahabat itu bukan hanya bila untuk ketawa berdekah-dekah saja); , membuatkan saya ingin respon

Saya pernah kehilangan bff, peritnya terasa sehingga sekarang... Nasib baik masih ada bff yg lain yg menjadi tempat mengadu....

Hargailah sahabat kita sehingga ke akhir hayat kerana faktor umur dan commitment kita kpd keluarga sekarang tak membenarkan kita mempunyai sahabat tulin yang baru.... tdk srperti masa zaman persekolahan.

bintangjauh a dit…

Salam kembali Kuchintaantik, Uji akan senantiasa selamanya seorang sahabat yang tulen/bff, dimana sehingga kini begitu rapat dengannya seolah serupa seperti keluarga sendiri, bagi Ratna persahabatan yang ikhlas lagi bersih ialah tiada persaingan diantara satu sama lain, jika itu yakni hasrat bersaing-berlumba ada dibenak diri yang terjalin pada diawal persahabatan bermakna keduanya sama-sama bukan mencari persahabatan yang sehat lagi ikhlas, tumpuan mereka hanya kepada 'siapa yang hebat" walau pun disedari atau tidak secara lansong ter, ter...lanjur gitu, jadinya harus dan wajib peka keatas perasaan hati seorang sahabat itu, yaitu memberi dan menerima dan dibalasi kembali dengan menerima dan memberi sesama sahabat itu karena budi baik, pemurah juga prihatin itu lah yang dipuji olehNya.

Iya, setuju sekali wahai Kuchintaantik, setelah berumahtangga punyai tanggungjawab tugasan yang menimbun-banyak merenggangkan persahabatan itu namun pabila ditelephone seolah baru semalam bersua muka... begitu ajaib serasanya ketika itu, walau apa juga kerumitan tidak berpeluang meng-eratkan lagi persahabatan itu dengan nyatanya namun sudah cukup tahu dan ngerti bahawasanya pabila Ratna pulang ke-tanah air, sahabat pertama yang Ratna cari ialah Uji!

Semaklumnya, tidak perlu punyai "quantity" yang penting sekali ialah "quality", yang pergi pasti ada penggantinya...

Salam manis manis madu.

kuchintaantik a dit…

aah rasa nak menangis membaca terkenangkan frenship yg terputus ditengah jalan... Perit kan rasanya.

Alhamdulillah, saya ada bbp org bff almaklum bersekolah asrama yg sama famous seperti sek Ratna. Tu sebab saya tak tau nak berbahasa yg molek2, sebab dah terbiasa aku-engko. Rasa agak segan nak berbicara ngan Ratna.

Btw 2 of my bff ada di USA, Nggak pernah jumpa since 1979... Huhuhu menyayukan.... Nasib baik ada FB dan blog yg menghubungkan.

Saya baru mula nak baca blog Ratna dari awal. Alamak, takut sangat tengok knowledge Ratna memasak, mestilah sumbangan dari jasa moyang yg membesarkan... Berbeza dari saya yg besar di asrama. Kesian hubby.

bintangjauh a dit…

Salam Kuchintaantik, jangan begitu sekali... bersahaja-sahaja biasa dengan Ratna, pabila menulis ayat-ayatan begini lah Ratna sudah diasuh-ajari dari AyahandaDaddy Ratna, didikan penulisan begitu"essentiel" baginya, agak sukar bagi Ratna menukar cara namun pabila bertutur-bicara, iya... seperti biasa serupa dengan yang lainnya cumanya terkadang itu tersasul lagi terlanjur dengan ayatan yang artinya kok berbelit gitu!

Gimana pun, walau pun perit kerasaan kesan-kesan bekas yang ditinggalkan oleh seorang sahabat yang bertopeng itu, tolak sahaja ketepi, jangan lagi dikenang-ingat, disatu masa "dia" akan menerima azab yang serupa-sama karena Allah SWT tahu kuasanya bagi mengajari perbuatannya yang hodoh itu.

Seperkara lagi wahai Kuchintaantik, setelah berumur-usia yang hampir mampir matang (sekitaran 40-an) tidak harus lagi mekusut kan rasa perasaan... serupa sama dengan diri Ratna, turut-ikuti cara-jalan hidup dengan seadanya, sederhana, bersyukuran apa yang dikurniakan, jangan mengeluh-meratap kepada yang payah sekecil kuman dan ber-Alhamdulillah senantiasa dengan apa sahaja walau pun sekecil kuman!

Pengetahuan Ratna terhadap itu semua hanya sedikit dan hanya memaparkan apa sahaja yang Ratna tahu lagi ngerti secukupnya, iya... diasuhi dibawah penjagaan didikan Moyang yang begitu silam dan antik caranya maka itu sudah sebati kemas didalam diri Ratna, dan banyak yang kenal Ratna menyatakan tinggal sahaja diPeranchis kok masihi serupa-sama seperti dahulu... itu lah Ratna, pesan Moyang jangan bertukar sikap juga tata-tertip pembawaan diri yang indah dipandang, itu lah semahu dari Moyang, senantiasa begitu... juga suami Ratna semahunya Ratna begitu maka itu memilih Ratna bukan kaumnya orang Peranchis. Jangan segan dengannya Ratna... serupa sama dengan yang lainnya.

Sampai nanti, setelah Kuchintaantik selesai membaca isi-kandung blog ini akan tahu dan ngerti gambaran diri Ratna yang seadanya.

Salam manis manis madu.

p/s: jangan nangis dan sedih ya! itu semua hanya lintasan sebuah hidup.