mercredi 9 février 2011

Les Truffes Au Chocolat Extra Creamy bersembang Avec Des Orangettes lemonettes

| |


Chocolate truffles ini dicipta oleh Mr Louis Dufour patissier dari Chambéry (tidak jauh dari kamponguluku ini) pada 1895, sebenarnya beliau kekurangan bahan untuk membuat cakesnya lalu punyai idea apa kata serbok cocoa campurkan dengan cream yang telah digelegak-kan + vanilla, bulat-bulatkan sebesar ibu-jari dan benamkan kedalam chocolate couverture yang telah dicairkan terus gaulkan didalam serbok cocoa,
voila! La truffes au chocolat était née (chocolate truffles dilahirkan) itu-lah alkisah yang se-tulinnya.

Bulan February akan berakhir, tahun lepas beli chocolat sampai 10 kg, dek kerana terbanyak beli kenalah habiskan itu chocolate. Setiap tahun beli chocolate untuk christmas dan tahun baru sama sahaja quantity-nya, tidak tu lagi banyak sebab buat truffes au chocolat (chocolate truffles) untuk satu keluarga semua juga buat officemates ditempat kerja CintaJL.



Orangettes dan lemonettes (candied orange peel dan candied lemon peel dicelup didalam chocolate couverture) adalah manisan kegemaran yang Tengah dan abangnya anak bujangku, tadi bila yang Tengah nampak ada orangettes terus berkata; maman merci pour les orangettes...

2 commentaires:

NaniRostam a dit…

salam ratna...hari tu nani tertunggu kita ber dring drong..agaknya nani yang tiada di rumah ketika rat menelefon mungkin.....nanti ajarlah nani buat truffle ni....tapi mungkin chocolate/cocoa kat sini tak sesedap di sana. Kalau ada pun ya ampun mahal harganya.

bintangjauh a dit…

Ratuku Nani, ya-lah ada telefon dring drong tak ada jawapan, la sejak dua menjak agak sibok kali, asyik kena masak untuk CintaJL dan anakanda yang dua tu diGrenoble, lepas tu letoi yang amat sangat!
Terasa sangat sekarang, cepat penat itu tandanya dah menjelang tua ke Nani, alang tu!

Nanti Ratna ajarkan bagaimana cara-caranya ya Nani, cukup mudah lagi senang cumanya remeh dan temeh banyak sangat nak di-gentel-kan itu ganache bila dah pejal.

Disini pun mahal sungguh harganya, se-kilo 39/59 euros, nasib baik CintaJL adore chocolate kalu?

Besok akan Ratna cuba telefon Nani.
Salam manis manis madu.