dimanche 24 avril 2011

Bunga-bungaan Printemps sudah Mula Berkembang-kembangan

| |


Photo baru diambil-kan tadi, ternampak iris biru muda sudah pun mengembang jadinya terus clip-clap dan di-paparkan, tampak begitu contrast ya berwarna-warni ..iris biru muda diberi oleh Kakak-ipar yang menetap diselatan Peranchis - Montpellier. Katanya naik jemu dengan tanaman iris, sudah bertahun merajuk tidak berbunga ditaman-nya maka itu semua coleksi iris bertukar tangan, syukuran setelah ditanam dimusim gugur tahun lepas jadi berbunga iris ini rupanya.

Lilas didepan halaman rumah, telah ujud ditaman semasa berpindah dikampongulu ini, jadinya di-grooming-kan sahaja, tidak banyak karenah lilas ini senang dijaga dan bunganya harum kali baunya.

Bleuet yang diberi oleh jiran sebelah rumah, tidak mengada-ngada ini bunga tumbuh sendiri dan berbunga sepanjang musim bunga dan berterusan ke-musim panas.

Méli-mélo bunga-bungaan berpetal kecil berteman dengan iris, lavender juga lupin bunganya nanti berwarna pink dan tinggi memuncak ke langit.

Iris unggu yang ditanam dibelakang taman berteman dengan lavender yang baru sahaja ditanam pada 3 minggu yang lepas masih kelihatan lagi baby kena tunggu dimusim panas cepat membesar dan terus berbunga.


Buah anak strawberry kelihatan sedang membesar masih ditemani oleh bunga-bunga strawberry.

 
Bunga ber-petal kecil yang ditanam berganding dengan batu-batu besar dan kecil dari sungai.

Pivoine/peony, buah hati CintaJL.


Sekelompok iris unggu.

Iris berwarna unggu berteman dengan iris berwarna kuning ditanam ditepi tangga hadapan rumah.

Iris berwarna kuning dari Ibu-mertua ditanamkan pada tahun lepas.


Tahun ini, dimusim printemps bunga iris berwarna unggu begitu banyak bunganya jika dibandingkan ditahun lepas. Senang hati menengoknya, telapak tangan yang menjadi kasar seperti kulit gajah telah diubatkan dengan menjelma-nya kembangan bunga iris berwarna unggu, kuning dan taupe, pivoine/peony, bleuet, lilas juga bunga-bungaan ber-petal kecil yang comel.


Begitu juga dengan tanaman stawberry, banyak sungguh bunga dan buahnya, yang Bongsu nampaknya akan naik jemu memakannya nanti dek kerana hasilan buah strawberry yang begitu banyak sama seperti tahun lepas sampai pandang pun cuma sekilas!

Sepanjang musim cuti easter ini akan di-luangkan dengan menanam sayuran seperti salads, kacang buncis, tomatoes berbagai warna dan saiz, courgettes bulat dan panjang, artichauts/artichokes juga brussels sprouts. Tahun ini tidak akan lagi menanam capsicums, bunga kobis dan terung cuaca kurang sesuai jadi dilupakan.

Adingan tanam-menaman akan berterusan walaupun photos quality kurang memuaskan (masihi gunakan h-phone) jadinya wajib berpuas hati dengan apa yang ada.



Semalam kerumah Ibu-mertua, diatas garage bunga glycine/wisteria berwarna biru ke-ungguan begitu lah lebat dan baunya harum semerbak!

6 commentaires:

Kak Rose a dit…

Salam Ratna, pagi2 kak rose dah ketawa baca tangan yg jadi kasar spt kulit gajah tu... tp tak mengapa terubat dengan bunga2 yg berkembang cantik sekali ditaman Ratna.

kak rose bertanam sllu x menjadi... tangan panas kata orang!

Cikyan bini MrRuffey a dit…

sis ratna- rase mcm nk terbang ke sana tgk bunga-bunga sis tu...aduhai...cantik sangat...

strawberry tu tanam atas tanah je ye?? kt sni klu nk tgk pokok strawberry kene gi cameron..

sis- im very teruja..tihehe...

NaniRostam a dit…

salam rat....walah hati terasa bahagia melihat bunga-bunga mekar cantik menawan...


tumpang sekaki rasa happy.


salam kasih sayang

bintangjauh a dit…

Salam kembali Kak Rose, iya-lah ini tapak-tangan Kak Rose sejak dua menjak agak segan bersalam disebabkan kekasaran kulit tangan ini, alang tu ..

Hari ini bercucuk tanam sayuran lagi, alamatnya bertambah teruk itu tapak-tangan jadinya ..bukan kulit gajah lagi, agaknya kulit buaya jadinya nanti!!
Salam manis manis madu.

bintangjauh a dit…

Salam Cikyan, strawberry ditanamkan ditanah segitu sahaja, cuma dari tahun lepas sis Ratna naik-kan tinggi sikit tanah jadinya siput-siput lambat sikit sampai keatas cuba memakan daun-daun strawberry itu, selamat sikit kalu habis rontok dimakan-kannya.

Nanti pabila sudah ranum buahnya strawberry sis Ratna akan paparkan photos nya ya, salam manis manis madu.

bintangjauh a dit…

Salam kembali Ratuku Nani, ya ampun itu bunga-bungaan adalah penawar perasaan bila masa terasa seperti mahu mengeluh kena pandang-tengok itu kembangan ..aman damai itu perasaan jadinya, voilà!!

Salam manis manis madu.