samedi 30 avril 2011

Tanaman Potager organic Bio yang baru Di-tanam.

| |

Bunga iris Hollandais di-temankan dengan lupin berbunga warna rose peach  yang ditanam di-tepi tangga sebelah kiri di-hadapan taman. Baru sangat berkembangan maka itu bunga lupin masihi belum habis berkembang cukup.
Bunga pivoine lagi! Clip-clap lagi sekali terperasan tadi bunga pivoine ini berkembang dengan besarnya dan baunya ya ampun harum ....jadinya teringin sekali lagi memaparkan photo bunga ini pabila berkembang jelita.

Sah sungguh ..jelita ..menawan ..menambat hati pabila berdepan dengan bunga pivoine/peony ini.

Ini pula barisan tomates, ada terdapat tomates cerise/cherry merah dan kuning, tomates coeur de boeuf juga etc ..etc. Listing panjang!

 
Courgettes/zucchini bulat (courgettes rondes de Nice) elok sangat dimasakkan secara "farcies" dan dibakar di-oven berserta sekali dengan courgettes panjang, brussel sprouts dan artichauts/artichokes. Pabila membesar pokoknya rimbun dan daunnya besar  me- lebar, bunga courgettes boleh dimakan - digorengkan seperti tempura - enak kali!

Salade batavia dan salade rouge (merah) grenobloise yang ditanamkan oleh CintaJL, bahagian menanam salade, CintaJL punya part kerana beliau senang sekali menanam-kan itu salad.

Buah anak strawberry sudah  tampak bertambah besar bila dibandingkan dari seminggu lepas.

Jumaat lepas ke-sekolah Pertanian dimana sesiapa sahaja boleh membeli hasil tanaman sayuran dan bunga-bungaan yang berhampiran dekat dikampongulu ku ini. CintaJL berkata ini masanya memulakan bercucuk-tanam seperti tomates, salads, courgettes/zucchini, artichokes dan brussel sprouts jadinya kesana dan adingan pilih-memilih pun dirasmikan dengan kusyuk nya.

Bagai nak rak, kerana berbagai jenis tomates yang berlainan rupa-paras dan warna harus diteliti dengan sepenuh perhatian sekali. Pot-pot/pasu kecil berwarna-warni dimana nama dan jenis tomatoes wajib diterakan diminda, jika tersilap pilih .. baru lah betul!

Setelah diperiksa kan yang pilihan pot/pasu semuanya betul terus ke kaunter ...part membayar pulak. Disepanjang perjalanan pulang diminda bagai di-buai-buaian memikirkan part menanam kesemua sayuran yang dibeli tadi. Nasib baik tanah sudah pun dibersihkan dari rumput-rumputan liar, di-cangkulkan juga di-gemburkan jadinya tidak lah banyak persediaan tanah mesti dikerjakan.

Dan CintaJL menolong menaburkan baja organic/bio diserata atas permukaan tanah tanaman, kalu ..tidak berapa berkenan mengerjakannya kerana baunya ..semacam!!

Jadinya, setakat ini hanya sayuran yang diatas baru ditanam, minggu depan ingin/akan ke-Botanic untuk mencuci mata jika ada sayuran yang sesuai ditanam mengikut suhu cuaca dikampongulu ini sah boleh ditanam baru di-beli jika tidak teringin juga membeli pokok bunga bagi menambahkan lagi hijauan dihadapan taman rumah kerana masih tampak kosong sangat rupanya.

 Yang susahnya semenjak berkebun, warna kulitku bertambah ireng, alang tu!!

6 commentaires:

NaniRostam a dit…

salam rat....begitulah perempuan kan...minat gardening..tanam tanaman namun kok ireng nanti...hehhe

Minat yang mendalam tak kan dapat menghalang diri sekalipun kulit wajah ..kulit badan bertambah ireng...

Salam kasih sayang.....

Wah strawberry......kalaulah nani dapat tanam belakang rumah....waduh....

bintangjauh a dit…

Salam kembali Ratuku Nani, iya lah Nani .. jikalau Nani ada didepan Ratna jangan terkejut sememangnya sudah bertukar warna ..ireng!!

Buah strawberry semakin membesar, setiap kali Ratna menyiram kan itu strawberry serasa begitu geram ..banget!

Ratna akan telefon Nani dalam minggu ini ya. Banyak alkisah ingin diluah kan. Salam manis manis madu.

Kak Rose a dit…

Salam Ratna... sukernya tengok tanaman yg mula membesar subur.... menjadi sungguh. saladnya sudah boleh dibuat ulam....

bintangjauh a dit…

Salam kembali Kak Rose, betul kata Kak Rose boleh dimakan kan itu salade, nak dirasmikan pada Ahad ini sebagai hidangan keluarga, cuaca kata ber-matahari Ahad ini jadinya ber-bbq ayam panggang lagi.

Salam manis manis madu.

hannah a dit…

cantiknyer bunga2an itu....sungguh teruja.....begitula diriku minat bercucuk tanam dh x blh dipisahkan....geram tgk smuanya segar2 belaka.....salam perkenalan.....

bintangjauh a dit…

Salam perkenalan kembali buat Hannah, terimakasih menggunung tinggi dengan kesudian menyinggah di-blog sis Ratna ini.

Disetiap musim bunga, beginilah masa lapang di-isikan bercucuk-tanam jadinya sayuran di-musim panas nanti tidak perlu dibeli di-pasar - voilà!
Salam manis manis madu.