mardi 24 mai 2011

Bunga-bungaan Sebiru langit dan Rouge comme un Coeur

| |

Menetap ditanah Peranchis ini yang bermusim empat bersilih-ganti mengajar diri menghargai masa dan waktu di mana sejuk-lembab yakni fall-automn + sejuk mendingin menggigil yakni winter-hiver + nyaman dengan keindahan bungaan yakni spring-printemps + panas terik kering yakni summer-l'été.

Setiap musim yang di gantikan dengan kedatangan musim yang baru, diri ini juga menjadi baru seperti menukar persalinan baju baru sebagai gantian musim sebelum-nya. Maka itu rentak dan gaya hidup bertukar mengikut musim dan kerasaan bosan terhadap hidupan harian tidak di-rasai kecuali di-musim sejuk nan dingin jika sejuk mendinginnya melampau sangat yang tidak boleh di-sangkal kan.

Begitu juga dengan nature hijauan seperti tanaman potager (sayur-sayuran) dan bunga-bungaan. Dari awal musim bunga-spring, menjelma bungaan keluarga tulips dan di-turuti melarut ke-bungaan yang selainnya. Ya ampun ... indah dan cantik sungguh pabila dapat menjadi saksi ke-atas perkembangan tumbuhan dari sekecil anak pokok tumbuh dengan megahnya menjelma putik bunga seperti anak dara sunti terus berkembang terbuka cantik sekuntum bunga yang jelita. Dengan saksian ini tersentuh kesedaran bahawasa-nya keindahan hijauan yang di-limpah-kan olehNya menyedar-kan diri betapa kuasa Allah Ta'ala yang mutlak yang tiada tandingannya.



Bunga campanule hybride sarastro clochette bleu, tahun lepas tidak berbunga lansung ...merajuk ..dan tahun ini berkembang dengan megah-nya.


Bunga campanule persicifolia bleu, yang ini setiap tahun akan berbunga, pemurah dengan bungaan dan tidak mengada-ngada, senang di-jaga.




Bagai loceng, cantik-jelita!!

Bunga rose di-tepi pagar depan rumah, bau-nya harum wangi sungguh.


La rose rouge, j'adore!

 Di-tiup oleh angin kuat hari ini maka itu terletoi jatuh longlai ter-kulai ke-bawah.


Seperkara lagi, bunga-bungaan yang bermusim seperti pivoine/peony masa berkembang tidak serentak dengan bunga pivoine/peony yang lain, contoh-nya pabila bunga pivoine/peony merah berkembang-membang yang pastel pink baru berputik naik, maka itu di-taman tidak lekang dek kembangan bunga.
 Bunga pivoine/peony di-depan tepi pagar yang ditanam pada tahun lepas di-mana tahun ini bunga-nya banyak jika di-banding kan pada tahun lepas, bau-nya harum-mewangi.


Photos potager tanaman sayuran dan pokok bunga yang sedang naik berputik pabila berkembang kelak akan di-tambah-kan di-entry ini seterus-nya.

                                       

3 commentaires:

Arizakiah a dit…

Salam kasih buat ratna..

Semua kuntuman tu menbuatkan zakiah rasa nak terbang ke halaman ratna....indahnya...

bintangjauh a dit…

Salam kasih kembali buat Zakiah, iya .. tenang, aman-damai, nyaman rasa perasaan di-kelilingi oleh tanaman hijauan dan bungaan dan banyak masa Ratna ketika ini di-luar halaman taman. Semalam, Ratna me-cangkul tanah menyedia kan kawasan bakal tananam sayuran lagi, hari ini tanah tersebut harus di-gembur kan lagi ... ya ampun Zakiah ... masih banyak kerja harus Ratna selesai kan ... petang ini ada jiran akan datang bersama anak-anak-nya bermandi-berenang di-swimming-pool, kena turun ke-dapur... sedia-kan cookies buat minum petang bersama mereka semua.


Salam manis manis madu.

NaniRostam a dit…

salam rat....ya ampun banyak betul bunga rat tanam....semuanya cantik berwarna warni....kalaulah boleh hidup di sini....mesti minta rat bawakkan untuk nani...