mardi 3 mai 2011

Itu Sahaja ..

| |

Bahan-bahan ramuan perjalanan usia melalui jejakan langkah tapak hidup yang dikatakan wajib di-isi penuh dengan makna itu tidak-lah ku ngerti atau cuba di-pertikai kan selama menetap di-tanah Peranchis ini. Mengapa? Karena;

Pesan Moyang senantiasa terhadap diri yang sering sangat sendirian yaitu "jadi kan hidup buat masa depan Wita  secara prihatin dengan kelembutan, bersahaja dengan manisnya, bersopan-santun dengan se-anggun-nya, berlemah-lembut dengan mesranya dan bersederhana dengan seimbangnya.

      Itu sahaja.

Setiap malam selalu sangat diteman kan dek nyayian lagu-lagu (yang tidak di-ajak jemput) berkasih-cinta-sayang terngiang-ngiang di kuping anak telinga meresah kan lagi lelapan tidurku, mengapa? Karena sungguh ku benci dendangan lagu-laguan berkasih-cinta-sayang yang datang kedengaran masuk ke kamar bilik tidurku dari setiap pelusuk rumah anakanda Moyang yang tinggal dekat disekeliling rumah Moyang.

Sama-serupa di-setiap malam selama 6 tahun berulang kali dengan gambaran malam  tidur ku sering kali diganggu dek nyayian lagu-lagu putus cinta merana parah! Kata hati tidak seganding sama atau secocok padan irama lagu di sertai dengan rintihan isi kata lagu cinta merana tahap parah terhadap diri ini yang lebih senang dengan malam tanpa irama lagu yang merintih-rintih itu tidak ku ngerti mengapa lah mesti diteran kan rasa perasaan sedih-pilu pabila merana putus cinta.

     Itu sahaja.

 Iya .. karena di-malam sunyi -sepi adalah saat yang di-khas kan buatku pujuk kan hati dengan berbisik-bisik dengan yang Maha Esa. Shh .. senyap ..sepi ..hanya diri ini dengan yang Maha Esa sahaja, lapang- tenang perasaan dan minda setelah habis berbisik-bisik, berbalas ayatan suci denganNya terasa sungguh diberi perhatian setelah dijawab olehNya kerana tidurku jadi nyenyak lagi tenang walaupun lagu-laguan merintih merana putus cinta masih kedengaran berlawan-lawan antara satu sama lain datang dari disetiap pelusuk rumah anakanda Moyang yang ber-empat itu.

   Itu sahaja.

Hingga disaat ini ..setelah di-daulat kan, di-iktiraf kan sebagai seorang bernama Ibu masihi ku amalkan berbisik-bisik bersama yang Maha Esa ..shh ..
Iya,
     Itu sahaja...


6 commentaires:

Kak Rose a dit…

Asalamualaikum Ratna.... itu sahaja. entry yang santai tp penuh bermakna... syahdu gitu. kadang kita benar2 perlukan waktu2 yg begitu bukan?

muga semua doa ratna akan dimakbulkan oleh Nya.

bintangjauh a dit…

Wa'alaikumsallam kembali Kak Rose, nak ber-alkisah sedikit dizaman kecil dahulu Kak Rose .. ingin me-info kan yang Ratna ni anti/kurang suka /tidak ada hati terhadap lagu2 cinta versus lagu2 putus cinta merana parah itu, ter-over brain-washed makanya ter-benci. Teruk nya Ratna, Kak Rose!!

Semasa membesar dengan Moyang apa yang Ratna Nanti kan dan tunggu kan dengan penuh kesabaran ialah hari yang sebenar Ibunda Ratna datang mengambil Ratna tinggal bersamanya. Itu sahaja...

Moyang sedar yang Ratna tampak sedih dan sayu senantiasa ..tiada siapa yang sudi bersembang mesra dengan Ratna lantas sering kali dipesan olehnya 5 tiang perlakuan diri yang harus ada menghias diri pabila menjadi anak remaja, katanya walaupun Ratna bukan miss universe tapi perlakuan kena sama seperti raden keraton. Itu sahaja.

Setiap dimusim bunga Ratna sering teringat-ingat kan Moyang dan segala pengalaman hidup bersamanya timbul satu .. satu .. nostalgia ..itu sahaja.

Shh .. berdoa kita senantiasa terhadapNya ya Kak Rose tidak kira diatas apa jua sebab-musabab kerana ia-nya amat bermunafa'at ke-atas diri supaya kesabaran dan keinsafan diri ada menghiasi perlakuan harian kita. Insya'Allah.
Salam manis manis madu.
p/s: panjang nyaaaaa penjelasan, itu sahaja.

Arizakiah a dit…

Salam kasih buat Ratna..
Lama zakiah tak berkunjung ke teratak Ratna...
Singgah sini sangat syahdu sekali..
Kadangkala rasa pedih dan kecewa kalau diluahkan dengan kata-kata dapat mengubat jiwa. Mungkin atas alasan itulah penggubah lagu meluahkan rasa..

bintangjauh a dit…

Salam kasih kembali buat Zakiah, ya ampun .. Ratna juga sama setiap kali Ratna berkunjung d-blog Zakiah masihi sama dengan entry yang terakhir jadinya pengertian Ratna pasti Zakiah sebok dengan perihal kerja juga tanggungjawab yang ada harus didahulukan dari yang lain-nya.

Tersenyum terus di-hati perasaan Ratna dan berterimakasih dengan sentuhan ingatan dari Zakiah itu.

Lumrah-nya, keindahan disetiap irama lagu2 yang berkumandang tidak-lah boleh di-hindari lagi, kerana ia-nya ada lah salah satu budaya-music yang tidak boleh di-nafikan atau tidak di-ambil kira didalam hidupan harian kita, seperti penulis novel menyampaikan hasrat hati melalui penulisan-nya dan pengubah lagu pula itu lah cara-nya meluahkan rasa pedih dan kecewa juga rasa dikasihi/disayangi melalui lagu2 yang di-ukirkan dengan bahasa ayatan bagai puisi yang indah.
Cuma-nya cita-rasa Ratna terhadap lagu2 agak pelik, lebih senang dengan music tanpa paroles/lyrics. Itu sahaja.

Salam manis manis madu.

eni osman a dit…

salam ratna...aduh...ayat ayat tulisan Ratna juga umpama lirik lagu...ada yang tersurat dan ada yang tersirat...apa apa pun eni berbangga dgn Ratna walau dimana Ratna berada dan siapa pun Ratna..ingatan dan alunan `irama' kearah Nya masih kuat...alhamdulillah.... teruskan teman .... (cuba berjiwang sikit ni...he he...)

bintangjauh a dit…

Salam kembali Eni, bak kata Ratna di-entry yang terdahulu (awal printemps)tidak punyai ilham untuk menulis, pabila setiap hari membelai tanaman dan bungaan rasa perasaan begitu dekat dengan Moyang .. timbul satu .. satu kenangan lembut dengannya.

Iya Eni, berdoa itu adalah ibadah dan elok diamalkan selalu bagi menenangkan rasa perasaan yang di-sentuhi dek harian yang penuh dengan dugaan. Jadinya dimalam sepi Ratna berbisik-bisik ke-arah-Nya .. mengadu .. semoga diberkati oleh-Nya. Itu sahaja.

Salam manis manis madu.