lundi 9 mai 2011

Juwita ku Sayang - P.Ramlee. Nama oh Nama ...

| |

Lagu ini adalah lagu yang menyentuhi rasa perasaan ku pabila sahaja terdengar berkumandang dari radio datang dari rumah anakanda Moyang semua. Pertama kali terdengar akan lagu ini, tetiba diri ini terasa seperti dihargai meskipun pada hakikatnya kebenaran hidupan harian adalah disebaliknya. Tidak mengapa ..... karena dengan adanya ke-ujudan lagu ini ditambah lagi dinyanyikan oleh seniman agung dan penyanyi negara lagenda Allahyarham P.Ramlee sekurang-kurangnya dapat memujuk-kan diri ini yang dianggap dari segi "kejelitaan" tidak di-iktiraf kan oleh sesiapapun pabila memandang tengok ke diri ini.

 Di-daulatkan dengan nama yang agak pelik bagi sesiapa sahaja yang mengutamakan nama-nama diatas nama anakanda juga nama isteri-isteri Nabi Muhammad SAW, jadinya nama ku ini dikatakan tidak sesuai bagi disandangkan sebagai umat islam. Nama yang di-bubuhi oleh IbundaAndong ada lah selepas membaca suratkhabar dimana tercetusnya perarakkan demonstrasi di-Jakarta, diketuai oleh seorang pelajar Universiti sebagai mendukung tugu perarakkan tersebut... menjadi seorang resistance yang sehingga kini diterakan sebagai Anak revolusi yang terkenal ditanah Indonesia. IbundaAndong ter-jatuh hati terhadap nama yang disandanginya dan kebetulan tengah mengandong-hamilkan diri ini terus berdoa semoga dikurniakan dengan kelahiran anak perempuan.


Moyang memanggil namaku Jelita bukan Juwita, setiap kali harus ku perbetulkan "Unyang, bukan jelita .. Juwita, Ratna Juwita" Moyang akhirnya berkata " Unyang sengajakan kerana pedih kuping telinga Unyang setiap kali mereka semua menghodohkan diri Jelita kerana Anakanda Unyang yakni Nenda Jelita punyai kejelitaan yang menawan sekali maka itu tidak setuju dengan umpatan mereka itu" Jadinya setiap kali Moyang memanggil, menyebut atau menyeru namaku membuat-kan diri ini tersenyum simpul begitu.

Seperkara lagi, semasa selama sepanjang tahun-tahunan persekolahan ku, menjadi terkenal dek kerana menyandang nama ini. Banyak kawan dan kawan sekelas berkata "sedap nya nama ....." hinggakan cikgu-cikgu/guru-guru sekolah pabila memanggil sebut nama ku pasti kuat bergema didalam kelas, sampai gitu sekali dan wajah cikgu/guru tersenyum-senyum manis dan ada yang berhasrat dihati jika dikurnia-kan anak perempuan akan dibubuhkan keatas namaku, "Ratna Juwita boleh izinkan cikgu menggambil nama Ratna Juwita ku Sayang itu" Dengan senyuman manis manis madu (malu konon!) terus di-iya kan. Begitu lah alkisah nya.



                           Wahai Juwita ku indah rupawan
                            Juwita ku sayang
                            Termimpi-mimpi wajah menawan
                            Ibaratnya sinar nan gemerlapan
                            Menujuk kalbu kekal ku idaman

                            Oh kekasih ku teruna sastria
                             Juwita ku sayang
                            Terpaut aku kerana jasa
                             Kerana budi lahir asmara
                            Sebagai embun menyimbah bunga

                            Kalau Juwita
                            Telah setia, asmara berpadu satu
                            Tiada masa memintakannya
                            Tiada manusia tahu

                            Oh asmara ku wahai Juwita ku
                             Juwita ku sayang 
                            Semoga kita kekal abadi
                            Hidup jaya untuk keluhuran mu
                            Ku puja-puja dengan-Nya semadi.

                   


Juwita ku Sayang
                 
Oleh Allahyarham P.Ramlee - Uji Rashid dan Hail Amir - Rafeah Buang dan Ahmad Jais.

4 commentaires:

Cikyan bini MrRuffey a dit…

salam sis
memang manis nama sis ratna tu
saya pn suka
nama yang kepenak didengar apatah lagi disebut
btw-suka baca garapan sis ratna

muah ;-) love u sis

bintangjauh a dit…

Salam kembali Cikyan, sebenarnya sis Ratna ni nasib baik menyandang kan nama pelik ini kerana dapat boleh se-imbang kan keadaan hidupan harian dimana jika dibanding kan dengan rupa-wajah sis Ratna tidak lah se-indah nama yang disandang, itu pun masihi di-umpat dan di-keji ...!

Ter-kenang kembali peristiwa2 yang di-alami semasa kecil dahulu jadinya dihuraikan secara lembut seboleh-nya kerana apa yang di-alami terlalu jelek kali!

Pertama kali ter-dengar lagu Juwita ku sayang ini semasa ber-umur usia 5 tahun, mula-mula ingatkan lagu ini dituju kan ke sis Ratna kerana hanya sis Ratna seorang punyai nama se-pelik itu, perasan lagi! Setiap kali berkumandang terus tersenyum malu dan ter-segan, itu sahaja.

Salam kasih manis manis madu.

Mak Wardah a dit…

Salam. Puan Ratna,

Rupa yang jelek akan berseri andai hati nuraninya cantik...Insyallah

bintangjauh a dit…

Salam kembali Mak Wardah, maka itu Moyang Ratna sering mengingat-kan diri ini supaya merendah-kan diri senantiasa walau pun tidak secantik mana. Mak Wardah akan tahu dan kenal Ratna melalui isi-inti blog ini di-situ lah terserlah-nya ke-anggunan diri ini yang sebenar-nya.

Salam manis manis madu.