dimanche 29 mai 2011

Syurga terletak di-bawah Telapak-Kaki Ibu Joyeuse Fête des Mères. Maman pour La Vie.

| |

Selama pernafasan harian seorang yang bernama Ibu akan padat dan penuh dengan segala kerja rumah
memastikan hidangan masakan makan pagi, tengah-hari juga malam di-urus rapi di-setiap hari. Segala kebersihan suasana dalam juga luar rumah di-jaga dengan kerahan tenaga dan kudrat di-ulang berpusing pada setiap hari, bulan dan tahun berganti tahun, di-ulangi tanpa mengharapkan balasan kerna itu ada lah tugas-tanggungjawab yang mesti di-patuhi demi kesejahteraan harian suasana di-rumah yang ber-bau tenang, aman-damai, harmoni dan bahagia di-mana semua ini di-ambil kira.


                       Signification des fleurs : ce qui se cache derrière leur couleur

Seorang wanita yang bertaraf Ibu wajib punyai rasa belas-kasihan yang tinggi, pemurah, tidak panas baran, penyabar, berhemah tinggi, punyai hati yang lembut dengan pendirian yang tetap tanpa berbelah-bagi, kasih-sayang yang suci tanpa memilih kasih dan yang unggul nya ialah belaian lembut dengan pandangan sepasang-mata memancar kan sinaran kasih sejati datang dari sebuah hati-jantung yang halus.


                         Les plus jolis bouquets de fleurs pour la fête des mères

Sempena sambutan Hari Ibu ini, ingin ku dedikasi kan ke-seluruh dunia nan luas buat semua Ibu, Bunda/Ibunda, Ummi, Mama, Maman, Emak/Mak, Mummy/mommy, Madre, Okasan dan apa jua nama yang di-panggil dari setiap negara di-dunia ini dengan barisan ucapan yang ringkas yakni Jadi kan diri sebagai seorang Ibu yang luhur budi-pekerti nya, bijaksana dan tinggi dengan kasih-sayang yang suci.


Selamat meyambut Hari Ibu, Joyeuse Fête des Mères, Happy Mothers day. May 29. 2011.




4 commentaires:

Sarah Khan a dit…

salam ;)

ibu lah harta paling berharga dalam dunia. tanpa ibu sekaya mana pun kita, jiwa terasa kosong tak berisi.

happy mother's day!

bintangjauh a dit…

Salam kembali Sarah, sis Ratna bersetuju dengan pandangan Sarah yang berharga itu sememang nya tidak boleh di nafi kan.

Iya, sekaya mana pun jika kita lupa akan pengorbanan dari seorang Ibu yang sejati dan betapa seorang Ibu ada lah harta yang paling berharga dalam dunia ini akan pasti diberi ganjaran hidup yang ditarik sedikit demi sedikit.

Bertuah Ibu Sarah punyai seorang anak yang tahu menghargai kasih sebenar dari seorang Ibu.
TerimaKasih menggunung tinggi dengan ucapan dan salam perkenalan dari sis Ratna buat Sarah yang cantik-ayu juga salam manis manis madu.

wifenavy a dit…

Ibu.. tanpa mu hidup ini tiada bermakna

bintangjauh a dit…

Salam Wifenavy, ada teman-sahabat dan sepupu yang kehilangan pergi Ibu buat selama-nya berkata " sejak Ibu tiada terasa sunyi dan tempat mengadu telah hilang, dulu bila masih ada Ibu keras kepala, ada tempat mengadu sombong terhadap Ibu sendiri, Lagi2 syawal menjelma masa itu-lah akan faham betapa keujudan seorang Ibu sungguh bermakna" jadi-nya bak kata Wifenavy begitu tepat sekali tanpa Ibu hidup ini tiada bermakna.

Salam manis manis madu.