jeudi 16 juin 2011

Beau et Bon Simplement .. Art de Vivre.

| |

Je suis la Beauté de la Vie. Pencinta keindahan, keserian, kesenian yang setulin dan sehalusnya.               

Bientôt on ne saura plus si la clientèle afflue sur la terrasse du Mini-Palais pour la vue et le calme ou pour ses desserts aériens ! (Ph : Mini Palais)

Tahun per-1 memulakan hidupan seharian di tanah Peranchis agak ketara timide menjalani waktu hari-sehari berlalu, terutamanya kena berdikari sendiri pabila keluar ke pasar atau kemana sahaja. Hanya berbekal kan pengetahuan bahasa Peranchis yang di timba di Alliance Française Kuala Lumpur selama setahun, jadi nya dari segi bercakap dan berbual agak ter-had jika di banding kan dengan kefahaman, faham dan ngerti apa saja yang disampai kan akan tetapi untuk di jawab kembali terhegeh-hegeh mengambil masa dek kerana terlalu mengambil masa menyusun barisan satu jawapan takut dan segan-malu jika kesilapan begitu ketara.

                        
Lantas CintaJL menyaran kan menyambung kembali di-Stendhal University bagi mengasah kan lagi bahasa Peranchis. Walau pun masihi timide namun pabila bercakap sudah selesa dan yakin sampai pengesahan darinya Papa-mertua berkata pabila diri ini bercakap tidak pelat dan sebutan sama seperti orang Peranchis, dah betul lah tu!


Tahun demi tahun hidupan harian di susun dengan rapi dan apa sahaja yang telah di timba terus di kaji dan diamal kan dengan teliti sekali.

Pergaulan di tahun per-1, 2 dan ke3 tidak begitu berkembang kaya karena tidak punyai masa lebihan yang boleh di bazirkan begitu sahaja karena Anakanda semua masihi kecil dan banyak waktu di habis kan semata -mata hanya untuk kepentingan terhadap penjagaan ke atas Anakanda semua.
Seperkara lagi Di tahun per-1 hingga ketahun 5 tidak punyai kenalan Ratu Peranchis yang ramai, selainnya dari UK, Austria, New-Caledonia, USA, Australia dan satu dua dari Asia Tenggara.
Setelah Anakanda bermula menjejak kaki kesekolah rendah, baru lah pergaulan berkembang kaya dengan kenalan orang Peranchis yang boleh di kata kan lagi tinggi dari segi personalitynya.

[dalloyau-2.jpg]
 

Suka-duka  selama menetap ditanah Peranchis ini (1990 - 2011 = 21 tahun)jika di hurai kan ... ya ampun panjang menjela ber-kilometers nanti. Pada keseluruhan nya boleh di kata "ça va bien!" tak lebih tidak juga kurang tahap sederhana, gitu ya.

Harus menerima hidupan ini dengan seada nya, cubai menyabar kan diri, tidak pernah merasa "homesick" karena di sini semua nya ada dari segi makanan, apa sahaja yang ada ditanah-air begitu juga ada disini maka itu tidak pernah mengada-ngada mau itu dan ini kerna boleh di masak sendiri di rumah.
Jika serasa rindu dengan keluarga seperti Ibunda, telefon kan ada, hilang terus rasa rindu terhadap Ibunda pabila baru sahaja berkata hello .. terus di sambut dengan Rat ............. yang begitu panjang kali!






            
Pabila di kenang kan kembali si BintangJauh duduk diam sendirian diatas pangkin hadapan rumah Moyang tidak pernah terlintas di pintu hati suatu hari nanti akan pergi jauh, takdir menentukan BintangJauh terenggang jauh dari tanahair rupanya...

.
Teringat kembali kata-kata kesat dari keluarga belahan Ibunda semua, ya ampun ... ku balas dengan tarikan nafas yang amat berat sekali terus mengadu ke Moyang di-iringi dengan derasan linangan air-mata lantas Moyang berbisik lembut "ini masa mereka ... di masa hadapan Jelita akan menangis bukan karena kesedihan yang perit namun di berkati dengan kesejahteraan yang mulia kali" sambil tangan yang tua menggemgam lembut kedua-dua tangan ku.


              



Syukur Alhamdulillah, segala itu telah ku lintasi dengan ketabahan diri yang teguh, kesedaran yang sering mengingat kan diri bahawasa nya kedua telapak kaki betul memijak tanah bumi ciptaan yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah.

Ku pinta senantiasa ke hadratNya Allah SWT semoga diri tidak cuai lagi lupa dari mana diri ini mula diciptakan.        



Rosa x grimpant Sorbet 


Rosa x polyantha Nina Weibull        Rosier 'Black Baccara®' Meidebenne  



Rosa x floribunda Bonapart - Présentation


Rosa x floribunda Aprikola - Présentation


 
                                    Rosa x grimpant Schneewaltzer - Présentation




               




          




          




             




              




                  





























































Barbecue en pierre finition vieillie




Ancienne ferme Honfleur 1




Fauteuil de style Louis XV et assiettes en faïence fin XIXe à décor de gibier d’eau




Cuisine d'une maison théâtrale



Lanternes



salon




                    Salon bien Conçu




Resources: Figaro Madame, StefanGerber Chef Patissier St Moritz Suisse, Art decoration, Mon Jardin et Ma Maison. 



8 commentaires:

Kak Rose a dit…

Salam Ratna, ya... ternyata bukan senang memulakan hidup baru... tambahan dengan budaya dan adat yg berbeza....

namun Alhamdullilah Ratna berjaya melaluinya dengan tabah dan semuga terus diberi kekuatan dan kebahagiaan untuk hari2 yang bakal mendatang bersama keluarga tercinta....

bintangjauh a dit…

Salam kembali wahai Kak Rose, tanpa sokongan moral dari Moyang dan bisikan setiap malam hanya kepadaNya, mungkin Ratna tidak akan kuat hati, juga tanpa sokongan dari suami rasanya mungkin akan menjadi mengada-ngada walaupun diri tidak tahu apa itu bersikap mengada-ngada!

Pokok-akar nya ialah pendirian diri dan akal yang tetap ya Kak Rose ... tahu dan sedar walau dimana tempat tinggal kita jangan sesekali lupakan diri dan jangan menipu diri dan hidup kerana Allah Ta'ala ada dekat senantiasa melihat dan mendengar walau dimana juga kita berada.

Bak kata Kak Rose Alhamdullillah kehadratNya, Ratna akan terusan cekal lagi teguh menghadapi hidupan disini.
Salam manis manis madu.

Mak Wardah a dit…

ratna, doa saya anda terus update blog...saya di Malaysia sentiasa menunggu. Allah, indah sekali ratna...Lapang dada, hilang stress saya. terima kasih. Salam bahagia dari saya buat ratna sekeluarga

bintangjauh a dit…

Salam Mak Wardah, terimakasih menggunung tinggi dengan sokongan kuat lagi ikhlas dan jangan selalu stess ya, Ratna pun gitu dengan keindahan nature juga deco dan masakan yang dapat melapang kan diri cukup dengan menghargainya, itu sahaja.
Blog ini ada kerana diatas permintaan Ratu2 ditanah-air mulanya tidak juga sudi kerana sebelum ini computer hanya digunakan sebagai bacaan info sahaja. Mak Wardah akan Ratna cubai terusan up-date blog ini ya.
Salam bahagia kembali dari Ratna buat Mak Wardah sekeluarga dan salam manis manis madu.

Cik Eka a dit…

sis..nanti kalo ada masa selalu cerita pengalaman menarik disana ya..

blos sis rat merupakan blog yg wajib eka jenguk setiap kali bukak blog..

seronok sangat bila baca dan tengok gambar2 menarik..

terbuai rasanya.....macam terapi minda pula...hehehe

bintangjauh a dit…

Salam Cik Eka, sebenarnya banyak sungguh yang ingin sis Ratna kemuka-kan diblog ini dimana selama sepanjang pengalaman hidup manis, indah-gembira, sedih pahit-maung, bercampur-baur semuanya ditanah Peranchis yang indah. Tapi sis Ratna tidak ber-semangat me-paparkan apa sahaja yang pernah dan tidak pernah alami kerana nanti ber-status "derhaka" kepada negara yang diduduki, begini, sis Ratna akan kemuka-kan yang manis = gembira juga masam kelat tawar dan selainnya mengenai keindahan sebuah kehidupan sahaja, gimana? Cik Eka setuju?

Sampai nanti ya Cik Eka, TerimaKasih segunung tinggi menghargai isi kandong blog sis Ratna ini.
Salam manis manis madu.

Cik Eka a dit…

baik sis..eka akan baca walau apa pun sis baca...kalau manis pon okey,kalau pahit pon okey...

eka sentiasa akan baca..seronok rasanya bila baca..hehehe

terima kasih sis...

sesungguhnya hidup ini banyak ceritanya kan sis

Umi Zue a dit…

asalamualaikum Ratna,apa kabar?..mohon izin utk melewati Blog mu yg insah ini..semoga Ratna n family d'rahmati Allah!..amin.