mardi 14 juin 2011

English Ratu datang berkunjung di maison/rumah tadi.

| |


Ini-lah dia buah-tangan dari Ratuku Debb, bag-cabas, gateau colombier, gateau succès ber-chocolate juga guimauve kesukaan anak yang Bongsu.


Sungguh amat senang hati pabila Debb mengumum kan ingin datang menziarahi berkunjung ke rumah. Semenjak menetap di-kampongulu ku ini begitu jarang sekali pergi ke Grenoble tempat menetap ancient jadi nya jarang juga pergi menengok Ratu ku ini Debb.

Nama patisserie Debb dan Daddy Thiery di Grenoble ialah Cassandre, gateau succès berchocolate Valrhona yang yummy, setiap kali datang Debb pasti membawa cake ini kerana ia nya adalah cake yang ku adore!


Hari ini Debb tidak bekerja di patisserie nya, maka itu ambil peluang datang berkunjung, pabila datang tidak pernah dengan tangan yang kosong pasti ada sahaja buah-tangan dari nya. Seperti biasa ada sebiji cake berkacang almond dan d'orange confite (gateau de la paix/colombier aux amandes), cake succès dan guimauve, lagi dengan hadiah satu bag-cabas summer bakal bercuti di pulau di Greece musim panas ini.
 Pemurah sungguh Ratu ku Debb ini, mulaan kenal semasa mengandungkan anak pertama dan Debb pula baru melahirkan anaknya yang pertama Nathalie nama nya. July ini genap 20tahun mengenali Debb, sampai sekarang panjang usia persahabatan ku dengan Debb yang amat sungguh ku hargai.


Hadiah dari Debb buat summer holidays di Greece nanti, bag-cabas berwarna biru lembut yang ku adore kali.


Dengan Debb tidak pernah ada pertandingan antara kami berdua, sifat perangai Debb yang sederhana dan keikhlasan yang susah di temui dizaman ini di mana banyak masing-masing berlumba siapa yang "gerot nian/terhebat" konon nya !!

Dengan Debb tidak pernah ada semua ciri-ciri remeh-temeh berkawan maka nya berlanjutan terus tahun demi tahun berkekalan persahabatan ku dengan Debb seperkara lagi Debb tiada punyai keluarga ipar yang ramai juga kawan Ratu yang lain kerana kata nya mereka semua bermuka-muka yang ber-layer layer seperti kuih lapis dari Sarawak tu maka itu senang nya bersahabat dengan ku kerana tidak berlapis/berlayer, zen gitu!

Di terasse halaman rumah sambil menikmati minuman petang berteman kan gateau colombier juga cappuccino sambil bersembang-sembang seperti biasa serasa begitu selesa bercerita di atas apa saja topik perbualan bersama Debb.

Iringi-keluar di hadapan gate Debb sempat menambah "Juwita, rasa tak nak balik ... masa berlalu begitu pantas ... summer sales nanti datang tau ke Grenoble, kita ber-shopping-shopping" dengan lambaian tangan Debb perlahan-lahan pergi dengan lembut nya.