jeudi 9 juin 2011

Petik-memetik hasilan sayuran dari Potager. La Courgettes - Zucchini.

| |

Courgette de Nice ronde yang bulat yang boleh di petik. Sebelum di petik, clip-clap dulu photo nya sebagai perasmian petikan yang per-1.


Melonjong panjang, buah courgette dengan bunga nya.



Ini lah dia hasil pertama buah courgettes/zucchini panjang melonjong dan bulat yang akan di masak kan cara gratin tanpa sauce béchamel kerana tidak berapa sesuai dengan cuaca yang panas sekarang ini.

Selain gratin, courgettes juga boleh di masak secara soufflé dengan cheese atau moussaka masakan dari Greece lebih kurang seperti lasagna, enak kali!

Di tanah Peranchis pula, courgettes ini synonyme la Ratatouille, cara memasak yang paling yummy ialah dari provence selatan Peranchis bahan-bahan asas seperti courgettes, aubergines dan peppers di goreng atau dibakar kan berasingan dan sauce tomates pula di masak  perlahan sehingga naik warna merah tomates, baru di campur kan ke-semua bahan-bahan asas yang telah di goreng atau di bakar di-oven tadi terusan di masak dengan api yang kecil sehingga sebati masak nya. Akan tetapi cara yang selalu di amal kan, senang dan rapid/cepat ialah di humban kan ke semua bahan-bahan asas dalam periuk/casserole besar di masak secara perlahan selama 2jam, akan tetapi rasa nya kurang yummy maka itu jika rajin ikuti cara klasik dari selatan Peranchis, la vraie ratatouille provençale!





La Courgette (cucurbeta pepo)/zucchini ada lah dari family Cucurbitaceae seperti labu air, labu butternut squash (cucurbita moschata) atau pumpkin. Asal-usul nya dari Central-America 1 200tahun nan lalu, di-perkenal kan di tanah Peranchis bermula hanya dari 1920!! Orang Italy yang pertama memperkenal kan courgette ini pada mula nya reaksi dari orang Peranchis agak kurang berkenan terhadap buah courgette akan tetapi lama-kelamaan menjadi popular bermula dari selatan Peranchis seperti Nice dengan climat cuaca Mediterranean regions yang terkenal dengan masakan Ratatouille di mana courgette ada lah salah satu bahan penting dan kemestian.

Semalam CintaJl berkata courgettes di potager sudah boleh di petik kerana telah cukup besar buah nya, maka itu pagi-pagi ke potager, part petik-memetik sambil clip-clap photos lagi!

2 commentaires:

Cikyan bini MrRuffey a dit…

Salam Sis Ratna..saya pn gemar bertani tp syg sekali rumah tak punya tanah utk bercucuk tanam..jadi tanamanya dlm pasu saje...suka sgt tgk foto tanaman sis..teruskan bertani ye sis..

bintangjauh a dit…

Salam kembali Cikyan, walau di mana pun tempat nya bercucuk-tanam asal kan minat itu ada, paling penting.

Yang susah nya bertanam-tanam ni Cikyan, kulitnya jadi ireng (berjemur dibawah mentari) dan tapak tangan jadi kasar seperti kulitnya sang gajah maka itu pabila hasil tanaman menjadi tumbuh naik subur ... ireng dan kerepot kasar terus di ubati, sampai gitu kali rasa perasaan.

Salam manis manis madu.