lundi 20 juin 2011

Selembut Berkata Lagi Bijaksana Minda Berakal.

| |

Setelah 6 bulan berlalu ...? BintangJauh statistic?

              pictogramme : point d'interrogation sur fond coloré


Umur usia blog BintangJauh ini masihi bertaraf tahap baru lagi, berjalan dengan perlahan tapi mantap seperti "brisk-walking" ya! Ia nya di lahirkan pada December 5.2010 tahun nan lalu, boleh dikira dengan jari jemari yang sepuluh lagi, berapa ya ... ya ampun .. masihi berhingus 6 bulan saja umur usia blog ini.


Jadinya sudah setengah tahun. Kadang kadang serasa pabila menulis itu dan ini mengenai apa sahaja yang ter-terbit dek pintu hati dan minda terus duduk mengadap ordinateur/computer, tarik nafas ber-zen dulu, terus jari jemari ku masihi lagi janggal me-tik tok punat-punat "letter of the alphabet" yang beratur berbaris.


                     pictogramme : point d'interrogation sur fond coloré


Bahasa tulisan yang di gunakan dikatakan bahasa melayu asli lama lagi antik ber-méli mélo dengan bahasa Peranchis dan Queen's english. Ku cubai mengubah-suai kan mengikut trend cara HD gaya menulis masakini sayang nya tidak kesampaian hajat ingin meniru gaya moderen itu kerana pabila bercakap masihi seperti dizaman sekolah dulu bersama Ratu semua namun kini cara dan gaya Ratu semua jugak sudah berubah mengikut aliran zaman terkini lagi terakhir lagi glamour lagi HD!! Sampai anak buah ditanah air pun tidak berapa memahami cara penulisan tante nya, gimana tu!! Sah diri ini telah ketinggalan jauh, tidak berapa kerap mendengar bahasa terkini maka itu merosot dan gagal, sering kali tidak ngerti apa saja ayat baru yang terkeluar dari mulut orang, juga mulut tele dan mulut media, nasib baik ada sis Besar dan anak buah menterjemah kan ayat-ayat alien tersebut, kalu .... !


                   pictogramme : point d'interrogation sur fond coloré


Ada kah dek kerana penulisan ku yang tidak vogue lagi kurang tarikan menyebab kan tiada siapa yang sudi membaca blog ini? lantas princess Elisa berkomen "Maman ... hidup harus mengikuti arusan saat ini dan pandang kedepan ..." alang tu .. begitu "poignant" buah pandangan, tertelan anak tekak seketika!!

Jadinya .. gimana ya .. jadi nya walaubagaimana pun blog ini diadakan semata-mata buat Ratu-Ratu ditanah-air sebagai rangkaian garisan saluran memperkenalkan juga me-gambarkan rupa sebenar hidupan sang BintangJauh ditanah Peranchis ini akan tetapi setelah 6 bulan tidak ada seorang pun beri komentar atau khabar berita!! Gimana tu?? Tiada balasan dari mereka semua kok ya pun walaupun selera terlebih keFBook tak kan di-double standard kan bagi yang ber-blogging ... sis Besar saran kan buka itu FBook diri ku jawab tidak berkenan ditambah lagi tanpa photos yang boleh dapat dipaparkan, baik tak payah, bikin serabut minda kerana di-FBook system nya agak bercekelaru tak tentu arah .. tak tahu mana nak baca dan yang photo mana nak ditatap kerna semuanya terbongkar dan terkeluar .. bagi ku system nya agak "vulgaire/vulgar"!! Jangan terasa hati ini pandangan express seperti kilat tanpa dihuraikan secara mendalam lagi terperinci.



                       pictogramme : point d'interrogation sur fond coloré

Wahai para bloggers diserata dunia alam nan luas, ucapan ber-terimakasih menggunung tinggi kepada semua yang sudi mengintai dan menyinggah juga kepada semua yang men-jeling jeling segitu sahaja kerana sudi lagi ada menaruh minat ingin tahu dan sungguh ku hargai walaupun ia nya sejemput saiz kuih melaka aka onde-onde itu dan merci beaucoup pour votre attention juga thank you for your kind attention!

9 commentaires:

Anonyme a dit…

salam.... saya salah seorang silent reader... berkenalan dengan blog bintang jauh bila suka jenguk blog nanirostam... jangan berhenti menulis... saya suka dengan pengalaman puan di negara yang hanya mimpi untuk saya pergi... teruskan bercerita.. insyaallah.. ada yang sudi membacanya... macam saya..

bintangjauh a dit…

Salam kembali silent reader, terimakasih menggunung tinggi dengan sokongan yang maha ikhlas itu .. Ratna akan terus menulis namun agak malu dan segan dengan cara penulisan yang tidak ?

Sebenar nya banyak pengalaman hidup ingin di ungkap kan namun terlalu banyak sensitive issues/sensible dari segi budaya/common culture, politik, masyarakat/society disini jadi nya "obstacle" terlalu sempit.

Lagi sekali ribuan merci, dan salam manis manis madu.

Kak Rose a dit…

Ratna, kak rose dah khatam blog ni dari awalnya... suka baca coretan ratna jugak gambar2 yg vouge itu! teruskan menulis...

bintangjauh a dit…

Salam wahai Kak Rose, terharu jadinya Ratna .. Kak Rose pandai betul mencuit hati Ratna .. terimakasih menggunung tinggi Kak Rose dengan dorongan ikhlas itu.

Bukan nya apa, setelah banyak membaca bloggers yang lain terasa dan sedar cara Ratna ini agak lapuk dimakan zaman dan usia dan perasan juga mengapalah Ratu semua semasa disekolah tiada balasan jawab, itu sahaja.

Salam manis manis madu.

Anonyme a dit…

Saya suka baca blog anda, jangan sesekali putus harapan untuk menulis blog yer...

bintangjauh a dit…

Salam wahai silent reader, ucapan terimakasih dengan sokongan yang ikhlas, insya'Allah jika ilham tidak menyorok atau menghilang pergi juga harapan diri tidak akan mengalah kepada ketawaran rasa perasaan yang terkadang bijak mencuit diri seperti menggigau tidur di siang-hari.

Salam manis manis madu.

Anonyme a dit…

assalamualaikum auntie bintang jauh..saya sgt suka baca blog auntie coz auntie ni funny.n semua gambar yg auntie letak,sangat la cantik n saya sangat teringin untuk melihat wajah auntie sefamily jauh nun di perancis sana.

bintangjauh a dit…

Salam silent reader, ya ampun wahai adik yang budiman, bukan auntie tidak mahu atau apa saja alasan masaalah nya datang dari uncle-nya ... sila baca entry "terms and conditions" pasti adik akan me-fahami keadaan yang sebenarnya.

Begini ya, jikalau uncle bertukar fikiran, insya'Allah akan menjadi kenyataan lagi reality, bersabar ya.

Auntie berterimakasih segunung tinggi dengan penghargaan dari adik yang sweet kali!

Salam manis manis madu.

mommy yaya a dit…

salam Auntie Ratna
jgn cepat mengalah jika betul2 ingin bergelar penulis..ecece...
i love your writing even kadang2 xfaham bahasa Perancis yang saya x pernah belajar nak sebut kecuali Bonjour..hahahaha

keep on writing, i love to keep reading from the beginning until now..

and i wish to Allah..even u are not exposed ur family pictures on net (which i salute very much!), i really hope one fine day..i will get to know u better..as blogger, also as orang Melayu ofcourse...:)

and i love all of ur pictures!! terutamanya..gardening pics!!..

u take care...