lundi 27 juin 2011

Selingan La nature.

| |




Lavender sudah membesar kembang  menjulang tinggi.

Awal pagi sebelum mentari panas menyinari taman kelihatan sang kupu-kupu berwarna putih sedang meneguk manisan dari bunga lavender, agak lama juga masa diambil ketika me-clip clap kan photo ini dek kerana kupu-kupu mengalih dari bunga ke bunga dengan cepat nya.

Kelihatan juga sang lebah sedang menghisap teguk manisan dari bunga lavender, ketika me-clip clap banyak juga di-pagi ini sang lebah mengerumuni keliling bunga lavender.

Lavender berlatar-belakang kan terasse/patio di belakang taman halaman rumah.

Hasil sayuran hari ini, tiga biji courgettes bulat de Nice, empat biji courgettes panjang melonjong juga petikan buah raspberry dapat dua panier juga ber-vase lavender, syukran!

Kelihatan sekelompok tanaman laverder dari terasse/patio.

Tunjuk lagi ini pokok tanaman buah courgettes bukan nya apa ... adore itu bunga nya!

Courgettes bulat de Nice, subur dan sehat ... terpesona setiap kali memandang-tengok!

Tomates marrmande sudah membesar .. geram sungguh!

Tomates coeur de boeuf yang manis kali, nanti sudah ranum akan clip clap gimana rupa pabila dibelah dua, bijinya ada satu dua sahaja.

Yang ini ialah tomates cerises, enak di-ngap bulat-bulat terus .. manis!

Bunga dahlia kuning, tahun ini tidak berbunga sangat, merajuk agaknya kerana musim sejuk /winter yang lepas asyik ber-frozen selalu maka itu kurang bunganya. 

Lys kuning dan orange berjiran bersama.
               
Bunga rose a bâton/trémière lagi. Walau pun rasa badan lenguh-lenguh sakit berkebun namun serasa tenang pabila duduk di-terasse menjamu makan tengah-hari dan di-setiap minum petang mengadap taman di mana menjadi saksi tumbuhan bunga-bungaan bertukar bersilih ganti dan setiap kali tidak jemu mata memandang ke-atas keindahan nature yang maha pemurah.