mercredi 27 juillet 2011

Kalimera Hydra aka St Tropez! Pulau tanpa Vehicules/vehicle. Part II.

| |

Hydra.


Perancangan sebenar ialah pergi melawat Athens, kepingin kali pergi melawat dimana terletaknya Temple of Olympian Zeus yang di bina pada 1,500 tahun dahulu. Menjadi rosak dan terbiar dek kerana "invaders" punya alkisah jadi nya hanya tertinggal 104 corinthian columns sahaja sekarang ini. Maka itu diperbaiki kembali bagi memulih kan rumah pahala buat tuhan Zeus yang tegas lagi garang itu!

 Juga trigin lagi kepingin pergi melawat yang terpaling terkenal nama nya sama seperti pergi ke-Paris jika tidak ke-Eiffel Tower tidak mungkin sah, gitu ya  ... atau Chateau de Versaille, kemestian!! Akropolis, symbol bagi ibu negara Greece Athens di-bina pada 2,500 tahun dahulu, punyai beberapa temples dan salah satu yang terpaling penting ialah Parthenon khas buat Athena a greek Goddess. Selain nya jika terlarat berjalan di-bawah cuaca nan panas terik  membakar ... boleh terus kan dengan lawatan ke-Parliment Building di-bina pada 1840, Hadrian's Arch city gate ber-link terus ke-Roman quarters di-bina dari marbles dan dekat menyebelah dengan Temples of Olympian Zeus tuhan yang garang itu.

Juga kemestian pergi melawat Theatre of Dionysos di-bina sekitaran 600 BC dan boleh di-isi kan lebih-kurang 20,000 penonton. Ramnous Archaeological Site dengan pemandangan berdepan dengan lautan Aegean yang terbentang luas. Sayang sekali, semua rasa trigin lagi kepingin itu hanya tinggal kenangan kerana diatas dua factors ini ialah agent hotel menasihati hari yang telah ditetapkan itu adalah hari yang terpaling panas sekali 50°C (122°F) kata beliau part panjat dan mendaki bukit ke-Akropolis Parthenon yang tinggi memuncak juga ke-Temple tuhan Zeus akan memberi keparahan kepanasan yang teramat menyiksa kan diri! alang tu!! dan yang Tengah & yang Bongsu tidak lansong trigin menaiki kembali boat pantas Flying Dolphins sebab musabab terlalu laju sampai terasa ingin termuntah dibuatnya. Lantas CintaJL berkata akan kembali pergi datang melawat Athens di-musim bunga atau di-musim gugur, gitu cuaca nya lembut sejuk lagi selesa pabila part berjalan dan melawat akan senang tanpa hawa panas yang  boleh membakar kulit juga anak tekak!!

Athens ...Zeus yang garang ku nanti seperti lagu nyanyian oleh Zubir Ali Penantian, gitu ya!


Photo di-ambil ketika menuju ke-restaurant yang ditutup buat sementara dek kerana didalam prosesan pembinaan ubah-suai. Jadi nya kena teruskan perjalanan mencari restaurant yang lain.

Greece terkenal dengan anak kucing yang tidak punyai tuan, maka itu terdapat banyak anak-anak kucing ditepi pinggiran jalan merata terbiar namun dijaga dan diberi makanan oleh penghuni disetiap pulau, setiap kali ternampak saja anak kucing kena lah tunggu kerana anaks pula mahu membelai manja itu anak kucing dan photos yang di clip clap ... ya ampun penuh dengan photos anak kucing sahaja jangan kata video yang dirakamkan!!

Voilà, restaurant nelayan disinilah menjamu selera makanan laut traditional  Greek sambil menjamu anak tekak dimasa yang sama menjamu anak mata dengan pemandangan indah lautan biru.

Traditional Greek salade, sekeping potongan besar Feta cheese/curd goat cheese, bawang merah yang manis, tomates yang manis, capsicums yang manis, hirisan mentimun yang segar, buah zaitun yang besar dibasahi oleh sirahan minyak zaitun asli dari pulau Hydra juga taburan herbs yang harum-wangi.

              

Sepanjang perjalanan di-jamu .. di-hidangi degan pemandangan yang boleh mem-berhentikan tarikan nafas, mengapa?kerana, ya ampun indah .. syurgawi laut biru turquoise ... pulau-pulau kecil dan sederhana besarnya semua nya cantik-indah di-hiasi dengan picturesque villages dimana typical rumah-rumah bercat putih dan ber-volet bercat biru begitu harmoni combinasi dua warna tersebut.

Tiba sampai di-port Hydra kelihatan pemandangan port tidak seperti yang pernah dilawati kerana tidak nampak satu pun vehicle, yang ada cuma donkey+kuda = Mules, dua combinasi antara donkey dan kuda beratur meleret sepanjang port menunggu pelawat, boutiques mewah dan pelawat berdandan chic fashionista seakan St Tropez di-selatan Peranchis dimana disepanjang jalan berbatu empat persegi terdapat kelihatan restaurants berbagai deco bagi tarikan pelawat dan suasana nya bak kata CintaJL sama seperti di-St Tropez.

Tidak sempat melawat Archaeological Site kerana masa tutup ialah jam 3 petang, lumrah penghuni Greek hanya bekerja hingga tahap segitu, hawa panas ... petang ialah masa nya mereka ber-siesta = afternoon nap! Kedai-kedai sahaja yang akan dibuka semula pada jam 5 petang.
Terus berjalan menuju ke-restautant yang di-saran kan oleh hotel staff agent dimana restaurant tersebut menyediakan hidangan makanan laut mengikut cara tradisi Greek yang paling asli sekali, setelah berjalan hampir dua km, la ....... restaurant itu sedang dan tengah di ubah-suai! ternganga lagi terlopong sebentar dimana peluh menitik laju (hari tersebut telah diramalkan hari yang terpanas) sehingga baju sampai basah kuyup seperti di curahi dek setimba air!

Lantas CintaJL menyarankan terus berjalan sehingga sampai dihujung pulau dimana terdapat satu restaurant terpencil sendirian mengadap laut biru kehijauan bersebelah dengan nelayan villages. Alhamdullillah ... ya ampun, di-seketika itu apa yang di moga kan ialah tiupan angin bayu bersepoi-sepoi meniup bagi melegakan panas di-badan juga mengering kan baju yang kebasahan dek peluhan.

Tangga berbatu disekitaran Greek Church/Monastery dimana kelihatan pokok-pokok pine berderet naik keatas. Selepas bermakan tengah-hari terus berjalan menjelajahi mengikut jalan di atas bukit mengikut setiap jalan kawasan perumahan.

Photo diambil dari atas sebuah tangga yang tinggi dapat menyaksikan pemandangan di-tengah port Hydra.


Sebuah rumah ber-pintu lama, sepanjang perjalanan tidak nampak seorang pun penghuni di-pulau Hydra ini kerana masing-masing semuanya tengah bobok, siesta gitu!

Senyap sunyi ... kedengaran hanya bunyian serangga cigale/cicada/cricket sahaja yang berkumandang nyaring, lihat lah tiada siapa di-jalanan tangga!


Setiap kali nampak sahaja buah anggur pasti di clip clap, geram gitu! Orang greek suka dan senang sekali menanam pokok anggur, disetiap balkony pasti berjuntai cantik buah anggur bergantung, cantik!

Berlepas pulang kembali ke-pulau Poros pada jam 6 petang boat sederhana pantas Flying Cat datang menjemput tepat pada masa yang ditetapkan dan di-sepanjang perjalanan terbayang di-anak mata di-setiap pemandangan picturesques satu .. satu ... menjelma. Sah mengapa orang Greek punyai hidup yang panjang kerana cara hidup yang lembut lagi tenang juga cara pemakanan yang sehat yakni Greek cuisine dan minyak zaitun.

1 commentaires:

Anonyme a dit…

Salam..

indahnya dunia ciptaan tuhan! masya'allah..

angah
PJ