lundi 1 août 2011

Mes Tomates Bien Rouges et Sucrés. Hari Per-1 Ramadhan Puasa.

| |

Gabungan pelbagai jenis tomates dari tanaman potager, tomates cornue des Andes yang besar merah meranum, tomates cocktail cerises/cherry, tomates lonjong Romaines juga tometes ber-shape buah pear merah dan kuning.

Seperti yang dijanjikan, ini lah rupa gambaran sebenar isi tomates cornues ini dimana berbiji sedikit sahaja. Rasa nya tomates ini begitu manis boleh dimakan sebegitu sahaja, kepada sesiapa yang trigin mengurangkan berat badan tersangat di-sarankan lagi!


Bermula nya hari per-1 di-bulan Ramadhan  yang suci mulia ini, rukun islam yang 5 dengan sejahteranya Ratna mengucapkan ke-semua kaum ummat  muslimin diserata dunia nan luas Selamat ber-Puasa Ramadhan dengan sepenuh keimanan nan teguh bagi mengharungi 4 minggu seterusnya mengamalkan puasa yang wajib ini. Jadikan bulan yang suci mulia ini di-isikan dengan sepenuh amal ibadah yang di tuntuti OlehNya.

8 commentaires:

Mak Wardah a dit…

Alhamdulillah, ratna sudah kembali. Terimakasih sudi berkongsi percutian yang indah. Selamat Menyambut Ramadhan

Art lover, cinnamonworldofcolours a dit…

Salam, Ratna.
selamat berkenalan.
Dan selamat menyambut bulan yang mulia ini.

bintangjauh a dit…

Salam kembali Mak Wardah, Selamat ber-puasa Ramadhan juga buat Mak Wardah seisi keluarga.

Iya sudah selamat pulang, Alhamdullillah ... semoga photos yang dipaparkan dapat menceriakan hari-hari Mak Wardah. TerimaKasih segunung tinggi dengan ingatan nan ikhlas.

Salam manis manis madu.

bintangjauh a dit…

Salam kembali Iha, selamat berkenalan juga dari Ratna dan Selamat ber-puasa Ramadhan yang suci mulia ini buat Iha seisi keluarga.
Salam manis manis madu.

Arizakiah a dit…

bila sedang berpuasa melihat photo buah yang segar bugar tu kecur air liur.....teringin nak rasa tomato yang manis tu...

Salam ramadhan buat ratna sekeluarga......

bintangjauh a dit…

Salam wahai Zakiah, ya ampun lama tidak kedengaran khabar-berita dari Zakiah, berbunga rasa perasaan hari ini.

Iya, tomates sudah merah meranum boleh dikatakan setiap hari dijamukan dengan hidangan tomates salade sahaja.
Juga, Selamat ber-puasa di-bulan Ramadhan nan suci mulia buat Zakiah seisi keluarga.

Salam manis manis madu.

Cik Eka a dit…

salam ramadhan sis

bintangjauh a dit…

Salam Ramadhan juga buat Cik Eka.

Salam manis manis madu.