vendredi 1 juillet 2011

Petit déjeuner à la française Sarapan Pagi Breakfast.

| |


Pagi ini seperti hari per-1 di bulan July 7, bermatahari yang gemilang dengan pancaran mentari yang lembut panas nya di-iringi tiupan angin yang mesra sekali. Ku pandang ketaman dengan tarikan nafas bagi meng-iyakan hari ini ialah hari yang indah.

Kemurahan cuaca dan suasana yang tenang ini, di-atas dataran terasse kepingin ber-sarapan pagi disini, sendirian ... tanpa di ganggu walau pun senang kali di ganggu oleh karenah kehendak Anakanda semua namun pagi ini seorang sendiri bersama berduaan dengan nature hijauan yan maha pemurah.


Jangan menyangka croissants dan pain au chocolat ini dibuat sendiri ... datang dari frozen food distributor .. segan nya ...ambil jalan ringkas ya, salah satu viennoiserie yang tidak terlintas di buat/sediakan sendiri, sebab-musabab ialah banyak embelnya keterlaluan remeh-temehnya maka itu terputus semangat!


Bunga-bungaan yang dipetik dari taman halaman bercampur-aduk warna dan rupa sebagai penyeri di-meja. Pain au chocolat dan croissants flaky garing rangup dibadan, lembut dan lembab di-dalam, semangkuk prune quetsche d'Alsace jam dibuat pada tahun lepas, secawan chocolat chaud/hot chocolate, Buah-buahan musim panas - buah peach dari Drome, buah nectarine kuning (isi berwarna kuning) juga belian yang terakhir buah cherry merah meranum kerana musim buah cherry hampir berakhir maka itu ambil peluang membelinya semalam.

Sambil mengunyah, sambil mata memandang kearah keliling kawasan taman halaman dimasa yang sama minda berpusing memikirkan selepas ini apa yang harus dimulai dulu. Semalam sudah selesai mengikat dahan-dahan pokok tomates takut terpatah kerana agak berangin sejak dua menjak ini. Mungkin, bersihkan rumputan liar yang  tumbuh merata ditaman potager nanti. Petang ini jam 5 akan pergi temankan yang Bongsu ke-centre équestre/horse equitation kerana hari ini adalah hari examen dimana writing exam connaissance generale mengenai kuda juga horse riding galop 2, semoga lulus!


3 commentaires:

littletree house a dit…

sedapnya aunty..lisa minta sikit boleh x??hehe

bintangjauh a dit…

Salam Lisa, silakan .....

Salam manis manis madu.

Mak Wardah a dit…

Terima kasih...warna warni tambahkan keenakan mata & selera.