lundi 11 juillet 2011

Ribuan Tahun Chateau Istana di-KampongUlu Countryside.

| |

Dari balcony di-tv room kelihatan sebuah chateau istana betul-betul mengadap dihadapan balcony bila-masa didalam tv room serentak sama akan berhadapan mengadap chateau istana yang berusia seribu tahun di-mana sehingga kini di-diami oleh kerabat Phillipe de Valois bermula dari 1349. Di-bawah dataran bukit kelihatan rumah-rumah penduduk asal kampong ini.


Photo ini di clip clap oleh yang Bongsu lalu minta kebenaran boleh Maman paparkan diblog jawapannya " boleh saja wahai Maman chérie!" Voilà.


 Setiap tahun pabila hari sambutan "Journées du Patrimoine" di-mana hari terbuka melawat segala bagai isi khazanah Peranchis seperti bangunan lama yang ditutup buat orang-ramai akan dibuka dihari tersebut semuanya dijemput masuk percuma yang diberi oleh kerajaan negeri dari setiap regions. Maka itu dihari tersebut pergi melawat chateau ini, ingatkan percuma rupanya kena bayar kerana chateau ini adalah hak milik persendirian bukan kerajaan, nasib baik pergi ber-dompet kalu gimana mahu dibayar.  Seperti biasa pintu masuk gerbang chateau istana dari tempat parking punya lah jauh kena terpaksa berjalan sehingga sampai didepan pintu gerbang  yang tinggi ke langit style médiéval, chateau yang ber-garden à la française, ber-tasik natural dimana sang itik-swan putih berenang-renang dengan megahnya. didepan pintu masuk disambut oleh Marquis de Valois great grand-cicit-cicit-cicit (gitu ke?)  dan terus masuk kedalam entrance hall dan sekelip mata diri pun terasa seperti seakan princess!




Ini lah gambaran rupa kampongulu ku yang aman permai dimana bukan kereta yang berlalu-lalang didepan rumah namun segala bagai agricultural/farming tractors, harvesters atau agricultural farming machinery yang ter-hegeh-hegeh perlahan lalu didepan rumah disambut dengan bunyi engine tractor yang mengaung garau seperti guruh sebelum hujan. Semasa baru sahaja berpindah dikampongulu ku ini agak ter-kilan pabila setiap kali nampak farming tractor berlalu-lalang didepan rumah tapi sekarang sudah menjadi suasana yang banal biasa gitu.

3 commentaires:

Mak Wardah a dit…

Puan Ratna, terima kasih kerana berblogging. Sehari dua ni stress sangat dengan kerja2 pejabat, akhirnya buka blog Ratna untuk istirehat minda. Alhamdulillah sejuk hati...Terima kasih. salam persaudaraan ikhlas tapi jauh

bintangjauh a dit…

Salam Mak Wardah, sama-sama kembali jika blog ini dapat memberi ketenangan istirehat di-minda, tidak ada apa keistimewaan blog ini hanya sekadar me-info harian sebuah hidup dikampong yang biasa lagi typical.

Tenang2 selalu dan jangan sress2 ya, salam persaudaraan juga dari Ratna buat Mak Wardah yang budiman.

Salam manis manis madu.

Mak Wardah a dit…

Alhamdulillah saya tidak stress lagi. Minggu ini kerja-kerja sangat banyak & perlukan pemikiran yang berat. One of my stress management ialah buka blog Ratna, Nani, Salam 2 benua & banyak lagi, hilang stress. New Stress Theraphy...Salam persaudaraan ihklas dari jauh.