mercredi 13 juillet 2011

Sebelum tiraian blog di Off buat seketika.

| |

Trigin lagi kepingin menghurai kan sebagai ulasan alkisah yang selama ini disusun mengikut rentak minda dan hati juga pengalaman yang disaksi-kan dengan kedua belah anak mata ini.

Setelah pergi sendiri melawat, menginta-intai dan membaca segala bagai blog-blog dimana cara, ragam, gaya, karenah dan cara memaparkan diri masing-masing di-akhiri dengan kefahaman diri bahawasanya walau pun beribu kilometers berjauhan di antara satu sama lain namun serasa seperti dekat berjiran dengan kenalan bloggers semua hanya dengan sekadar secebis coretan ayatan yang bersahaja namun dapat ngerti yang mereka ada perhatian yang ikhlas.

Dengan sejahtera sekali di blog ini, Ratna begitu berterimaKasih segunung tinggi kepada semua yang hanya dapat mengenali diri Ratna melalui apa sahaja yang dipaparkan tanpa pengenalan diri yang sebenarnya, sebab musabab yang telah ditentukan oleh suami Luqman begitu juga tidak dapat mengenali Anakanda semua yang Sulong Nicolas, yang Tengah Elisa dan yang Bungsu Elyne Gabrielle kecuali Honey Aristocat anak kucing kesayangan.

Semoga kepada bloggers semua bayangkan lah diri Ratna sama sahaja dengan apa sahaja gambaran sebuah hidup yang selama ini dipaparkan didalam isi-kandung blog ini. Isya'Allah  dimurahi rezeki mana tahu dapat bertemu muka berdepan dengan bloggers semua di hari yang nyata, yang tidak disangka atau dihari yang telah ditetap dan ditentu kan, Insya'Allah.

 Sampai nanti di muka baru entry seterusnya.

Salam manis manis madu.

Ratna Juwita BintangJauh.



Oops ... Sebelum berlepas trigin lagi kepingin me-papar kan photos dari taman tanaman sayuran potager dimana sekarang ini telah mulai ranum-meranum maka itu clip clap kan yang mana yang sepatutnya. Ini lah dia hasilan tanaman sayuran yang maha pemurah. Selama dua hari hujan menyiram turun jadinya sayuran tampak begitu segar kali lantas di pagi nan indah yang berteman kan mentari yang berkilauan bersama CintaJL pergi petik-memetik kacang buncis/french bean  buat per-1 kali-nya.

Bunga kacang buncis sedang kembang-mengembang.


Semasa memetik tadi rasa perasaan begitu geram sekali pabila menyaksikan buah kacang yang segar subur.


Tomatoes cerises/cherry yang bermula ranum-meranum kelihatan sekali tomates pear berwarna kuning.


Sekelompok tomatoes marmande ... geram nya ... merah meranum! Sudah dirasmikan buat hidangan makan tengah-hari tadi, salade tomates dengan Feta cheese/Greek curd cheese ... yummy sungguh begitu manis!


Tomatoes ber-shape lonjong seperti buah pear yang besar, per-1 kali menanam nya tidak pasti manis atau masam boleh tahu pabila ranum nanti.


Tomatoes pear berwarna merah, sayang sekali tidak semanis tomatoes pear yang berwarna kuning.


Tomatoes coeur de boeuf yang tersangat maniiis, yummy sebagai hidangan salade dengan mozzarella cheese.


Encore! Buat tatapan yang sengaja di ulang-ulangi kerana rasa perasaan yang berbunga-bunga!


Tomates cerises/cherry lagi ..sedang tengah meranum, dipetik gitu terus di-ngap satu .. satu ...


Hasilan petik-memetik tadi, kacang buncis/french bean, courgettes bulat de Nice juga courgettes lonjong.



Seperti dinyatakan diatas, semalam seharian titisan hujan mencurah lebat turun, dengan RahmatNya hari ini mentari menjelma tidak kelabu monyok seperti dua hari yang lepas, maka itu dipagi yang nyaman bersama CintaJL pergi petik-memetik kacang buncis yang telah cukup besarnya. Hari ini CintaJL memohon dihidang kan sebagai hidangan makan malam ini bersama ayam panggang juga kentang sautées, Voilà! 

8 commentaires:

Cik Eka a dit…

sis...semoga bahagia disamping keluarga tersayang........

Kak Rose a dit…

Ratna, betul sangat tu.. biar pun berjauhan beribu2 batu dan cuma bertemu sapa dialam maya, kita serasa amat mesra sekali... seakan sudah bertahun2 berjumapa dan berkenalan.... betapa teknologi mendekatkan kita dengan izin Allah jua...

so far yet soooo close kan. salam manis jugak dari kak rose dan selamat bercuti bersama keluarga tersayang....

Mak Wardah a dit…

Puan Ratna, Insyallah doa saya puan terus menulis blog untuk kami semua tidak kira silent readers @ mereka yang sentiasa berkomunikasi dengan puan. Bagi saya, blogging mampu memeriahkan kehidupan kita semua.

Semuga Allah terus memberkati kehidupan kita semua. Salam persaudaraan dari jauh tapi ikhlas.

Mak Wardah a dit…

Puan Ratna, Insyallah doa saya puan terus menulis blog untuk kami semua tidak kira silent readers @ mereka yang sentiasa berkomunikasi dengan puan. Bagi saya, blogging mampu memeriahkan kehidupan kita semua.

Semuga Allah terus memberkati kehidupan kita semua. Salam persaudaraan dari jauh tapi ikhlas.

azrinna a dit…

Terasa saya berada dalam sebuah taman yang penuh keindahan flora bila buka blog puan.emmm.

azrinna a dit…

Terasa saya berada dalam sebuah taman yang penuh keindahan flora bila buka blog puan.emmm.

Mak Wardah a dit…

Tak sabar baca update blog Ratna pabila pulang dari bercuti...Rindu bangat kat taman dan kebun Ratna yang cantik...

Mak Wardah a dit…

Bila Puan Ratna nak update blog...boring saya.