lundi 1 août 2011

Chic Alors! Buah-buahan ditaman sedang meranum.

| |

Buah apple Reine des Reinnettes sedang membesar ditanam oleh CintaJL pada tahun lepas jadinya buah apple tidak begitu lebat.

Berlatar belakang kan gambaran rumah kampong.

Pomme Gala/red Gala apple, sudah sedia ada ditaman halaman lagi ditanam oleh previous tuan rumah yang terdahulu, pokoknya kecil lambat tumbuh pembesarannya kerana pokok apple ini ditanam dekat sangat sebelah pokok Tilleul nan besar bagai giant berumur 100 tahun.

Buah pear sudah boleh di-ngap makan sebagai pencuci mulut selepas ber-makan malam, pokok pear ini juga sudah sedia ada pabila membeli rumah kampong ini.

Buah anggur blanc Italia ini ditanam oleh CintaJL 2 tahun nan lalu, ada dua pokok. Alhamdullillah, tahun ini agak lebat banyak buahnya.

                                                   Apple Gala, sendirian comel!

Pokok buah Peach ini baru ditanam oleh CintaJL pada musim gugur/Autumn tahun lepas, oops ... pembetulan tersilap musim, CintaJL ber-kata ditanam pada tahun ini yakni pada musim bunga! Walau pun baru berlajar ber-buah sekurang nya ada juga buahnya, syukran.



Geram kali!





Sekelompok buah-buahan seperti buah peach, pommes gala juga pear.

Pommes/apple reine des reinnettes ini enak disedia kan sebagai tart/pie juga compote/puree baunya harum wangi gitu.

Buah anggur blanc Italia ini akan meranum dan boleh di-ngap hanya di musim gugur, kena sabar gitu!



Buah pear ini rasanya begitu manis, maka itu semenjak sudah meranum jarang mem-baking, dessert nya ialah buah-buahan sesuai dengan cuaca yang panas, segar & nyaman ..


Kesimpulan nya, rasa perasaan begitu berbunga-bungaan dengan adanya pokok-pokok buahan di sekeliling kawasan sekitaran taman, toleh kanan buah pear toleh kiri ada buah peach dan toleh menoleh semuanya ada cukup menampung seisi keluarga dimusim panas ini tanpa membeli di Marché!

10 commentaires:

Cik Eka a dit…

sis....aduhhh eka rasa seperti mahu ngapppp semua buah buahan itu..paling geram tengok peach dan per serta ppale tu..eii nak nak..hehe

Kak Rose a dit…

Asalamualaikum Ratna dan selamat berpuasa buat Ratna dan keluarga... puasa dimusim panas ni pastinya waktu siang harinya panjangkan...apa pun itulah dugaan.

dan rasa teringin sekali pergi ke taman rumah untuk mengutip buah2 segar untuk dijadikan juadah pencuci mulut buka puasa tanpa membeli... boleh gitu?

Mak Wardah a dit…

Terima kasih Ratna. Speechless kalau dekat pasti saya akan datang ke rumah. Buah-buahan, sayuran yang subur dan enak. Percutian yang breath taking. I really adore your fantastic hands Ratna. Creative Chef...SubhanaALLAH.

JuraWary a dit…

kak ratna, saya silent reader akak.rasanya seperti mahu menyentuh buah-buahan itu,memetik dan terus dimakan.kata org 'fresh dari ladang".saya sgt sukakan tanaman.tp masih belum berpeluang menanamnya sendiri.suka sgt dapat melihat foto2nya.terima kasih dan teruslah berkongsi dgn kami.

bintangjauh a dit…

Salam kembali juga Selamat ber-puasa di bulan Ramadhan nan suci mulia buat Cik Eka seisi keluarga.

Ya ampun .. sedang kan sis Ratna boleh toleh di-setiap saat seharian rasa begitu geram sekali dengan nature yang maha pemurah, sayang nya sis Ratna jauh ... gimana tu?
Salam manis manis madu.

bintangjauh a dit…

Wa'alaikumsallam kembali wahai Kak rose juga Selamat ber-puasa dibulan Ramadhan nan suci mulia buat Kak Rose seisi keluarga.

Iya Kak Rose ... waktu berbuka yakni Maghrib (Iftar) di sini pada 9:09 malam dan Fajr ialah 4:18 mentari terbit pada 6:24, jadinya lama lagi panjang rasanya namun cuaca panas begitu nyaman disini semenjak suhu menurun jadinya dugaan wajib diharungi dengan seteguh kudrat diri.

Boleh saja wahai Kak Rose, bayang kan kita berjiran dekat walaupun jauh ribuan km!
Salam manis manis madu.

bintangjauh a dit…

Salam wahai Mak Wardah, sama-sama kembali juga Selamat ber-puasa dibulan Ramadhan nan suci mulia buat Mak Wardah seisi keluarga.

Yang se-adanya Mak Wardah, keindahan ciptaan yang Maha Esa juga kemurahan dari nature hijauan, itu sahaja.
Berbunga rasa perasaan dapat ceriakan hari Mak Wardah juga ber- terimaKasih segunung tinggi keatas penghargaan dari Mak Wardah itu.

Salam manis manis madu.

bintangjauh a dit…

Salam berkenalan JuraWary, Selamat ber-puasa dibulan Ramadhan nan suci mulia buat JuraWary seisi keluarga.
TerimaKasih segunung tinggi dengan penghargaan ikhlas dari JuraWary itu, suasana dimusim panas dimana segala buah-buahan memberi hasil yang pemurah, namun sis Ratna jauh tidak kesampaian ..!

Salam manis manis madu.

Mak Wardah a dit…

Ratna, sharing is caring. Marvellous hands can create environment of happiness & peaceful life. You, Nanirostam & kak chik Ella one of the bloggers that have this capabilities. Singgah rumah all of you really feeding me with solid information of life. Thank you very much to all of you & bloggers

Cik Eka a dit…

sebab itu bisa lihat saja sis....hehehehehehe

kalau dekat sudah lama saya datang petik buah2 segar itu..hehe