lundi 29 août 2011

Cookies by ma Chérie

| |



Hari ini yang Tengah menyedia kan cookies kegemarannya, masa tu lah Maman BintangJauh sebok dengan masakan segala bagai ... masa tu lah nak menyelit trigin mem-baking cookies-nya. Terpaksa tunggu sehingga selesai membakar habis cookies semua, kena tunggu lagi pula .. bersabar gitu .. part clip clap photos pula, memang kena bersabar lepas satu satu .. ada sahaja karenahnya, anak ku sayang!
 Sebenar nya cookies ini ada lah untuk di makan segitu sahaja, maka itu saiz nya besar, tidak boleh di-hidangkan tampak tidak berapa manis jika cookies-nya terlalu besar, tidak sopan gitu!


Cookies selon yang Tengah.

Bahan-ramuan,

250 gm butter (softened)
1 sudu kecil vanilla extract
Secubit dua garam halus
165 gm gula caster (tapi dikurang kan 125 gm)
165 gm gula perang (125 gm)
1 biji telor (besar/large)
300 gm tepung (sifted)
70 gm ground almonds
1 sudu kecil bicarbonate of soda
400 gm good-quality chocolate noir/dark (chopped) atau bijian dark chocolate

Panaskan oven 180 °C.
Mixer butter, vanilla, gula caster dan gula perang, dan sebiji telor dengan mixer sehingga kembang (smooth/light/fluffy).
Masukkan tepung dan bicarbonate, gaul sehingga sebati dan masukkan pula chopped dark chocolate atau bijian dark chocolate gaul sebati dan serata.
Gunakan sudu besar scoop adunan (dough) dan bulat kan, jarak kan 5 cm diatas dulang moule-tin, penyek-kan sedikit dengan menggunakan garfu dan bakar selama 12 minits. Angkat dan biarkan sejuk di-atas grille. Voila!

Bunga-bungaan mekar berkembang hiasan penyeri diatas meja bakal lebaran Syawal yang di clip clap oleh yang Bongsu.
Entry khas dari yang Tengah yang menyediakan cookies juga me-clip clap photos nya.Voilà!



3 commentaires:

love for life a dit…

kak ratna, boleh dikongsi resipi biskut Elisa? nampak sedap.

bintangjauh a dit…

Salam love for life, esok 6.9.2011 akan kak Ratna tuliskan resipi biskut cookies itu ya,tapi kena tengok di-entry yang sama, kak Ratna selit kan resepinya di-antara photos cookies tersebut.

Sampai nanti dan salam manis manis madu.

love for life a dit…

terima kasih banyak-banyak kak ratna.