dimanche 25 septembre 2011

Beraya Lebaran Paris

| |

Di-tepi halaman kelihatan bendera Malaysia berdiri dengan megahnya, Rumah Malaysia penginapan rasmi Duta Malaysia Paris Peranchis.

Makanan-juadah secara buffet dimana terdapat segala bagai masakan yang sering dihidangkan dimasa perayaan seperti lemang-ber-rendang daging , nasi impit, satay ayam-berkuah kacang, paceri nenas-nasi tomato dan selainnya. Apa yang disenangi ialah adanya teh tarik yang begitu yummy sekali bersama wajik pulut sesuai-serasi gitu!

Rumah Malaysia, façade depan, penginapan rasmi Duta Malaysia Paris.

Bermakan tengahari di Fouquet's bersama Ratu LL dan anak-tunggalnya, sebelum berlepas pulang ke-Grenoble. Ratu LL yang menjemput belanja begitu senang hati dapat meraikan jamuan Hari Raya bersama tanda ber-terimakasih beliau terhadap BintangJauh juga seorang sahabatnya.

Salon ditingkat atas.


Potraits celebrity yang pernah berkunjung datang di Fouquet's disusun rapi bergantung disekitaran dinding petanda betapa "famous"nya restaurant Fouquet's ini.

Details kerusi "boudoir" yang merah menyala!

Antara yang sempat/boleh di clip clap kan!! King crabe salade.


Pilihan BintangJauh, tarte fine aux filets de sardine, verdict-nya segar, nyaman dan ringan sekali!

Ratu LL bersama anak-tunggalnya bergambar didepan restaurant Fouquet's.

Le Grand Palais, majestueux/monumental!

Ayat-ayatan yang dilaungkan oleh General de Gaulle, hari Libération de Paris - August 25 1944.

Ternampak kereta-ancient antique classics terus clip clap kebetulan berhadapan dengan boutique Gucci, dah betul lah tu!


Art musuem sebelah le Grand Palais.

Le Louis 25.

Le famous Ladurée, hanya dapat clip clap sahaja, à la queue leu leu/berbaris panjang menunggu tidak punyai cukup masa membeli "macaron" yang dikatakan "yummy" sekali itu, ramainya manusia .. ya ampun ... hingga-kan me-clip clap didepan boutique pun kena tunggu begitu lama kerana ramai tourists yang bergambar didepan façade boutique.


Salon de Thé, Ladurée.

Pemandangan berbaris lagi, kali ini didepan boutique "siapa yang tak tahu dan kenal" LV, kena tunggu kerana Ratu LL didalam boutique tidak masuk bersamanya kerana???


Clip clap bangunan ini, terperasan bunga-bungaan geranium yang merah menyala menghiasi cantik di-balcony.

Le famous L'Arc de Triomphe.

Sepanjang-panjang jalan lurus, L' Avenue Champs Elysées/Les Champs Elysées terus bertemu menghadap L'Arc de Triomphe. La plus belle avenue du monde dimana terkenal dengan boutiques juga restaurants-nya.

Melintas didepan patisserie terus clip clap secara bersahaja sebagai pencuci-mata.

Tarte buah-buahan berries, yummy!

Panjang kata, jamuan Hari Raya di-Rumah Malaysia memberi peluang dapat bersama dengan warga negara semua berbual mesra juga berkenalan meluaskan lagi persaudaraan, syahdu sekali.

Hanya satu malam di-Paris, esoknya jam 4:32 petang pasti di-station Gare de Lyon mengambil TGV pulang kembali ke-Grenoble. Makanya, masa dan waktu begitu terhad bersiar-siar disekitaran Paris, bak kata Ratu LL dilain kali akan menginap lebih lama di Paris. Voilà!

7 commentaires:

Cik Eka a dit…

wahh cantiknya sis

terpegun melihat cantiknya bangunan di sana.....

enta omri a dit…

Bun, dimana foto wajahmu yang anggun klasik itu..... tidak kelihatan!

bintangjauh a dit…

Salam Cik Eka, Paris ... sememangnya sebuah ibu-kota yang boleh membikin rasa perasaan terpegun lagi tertawan, gitu.

Tidak sempat apa sahaja yang trigin dicapai kerana masa tidak mengizinkan!

Salam manis manis madu.

bintangjauh a dit…

Wahai Kekandaku yang dikasihi,

Sememangnya tidak kelihatan, mencemar duli-duli .....? sehinggakan Ratu LL berkata "Juwita .. no fun one!" alang tu ..!

Salam kasihsayang Kekandaku.

Anonyme a dit…

Yummy,yummy.. tart-tart itu ratna.. kepingin nak lihat wajah ratna..

angahPJ

Art lover, cinnamonworldofcolours a dit…

Salam Ratna,
Setidak2nya, merasa juga suasana Raya walaupun jauh dr kampong halaman...drpd juadah dan di kelilingi orang Malaysia kan.

NaniRostam a dit…

Salam rat....sampai ada orang tahu rat kawan dengan nani...walah..satu hari harus ku ke sana....






salam kasih sayang - nani.