vendredi 9 septembre 2011

Charlotte aux framboises raspberry petikan terakhir.

| |

 Se-vase bouquet campuran bunga-bungaan rose dan bleuet dari taman halaman.

 Charlotte aux framboises/raspberry ber-cream mascarpone ber-raspberry-jam juga ber-inti lapisan buah raspberry segar-megar dari taman halaman.


Dek kerana hujan selama 2 hari berturut-turut menjadikan buah raspberry agak lembab berair, sayang sungguh terhadap lebihan putik-putik buah yang sedang membesar jika minggu-minggu seterusnya cuaca akan bertukar agak sejuk dan mentari agak segan-malu memancar-panas jawabnya buah raspberry semua tidak akan membesar dan meranum dengan betul-nya. Pertukaran cuaca sekarang ini amat sukar di-ramal kan!

 Bertahta kan raspberry merah meranum berganding bersama bijian silver sebagai pemanis.

Sayang sekali buah-buah raspberry yang meranum merah terlalu banyak sehingga freezer tidak termampu menanggung kepadatan penuh dek buahan raspberry tersebut. Freezer yang besar tinggi plus yang kecil didapur semuanya penuh-padat oleh isian buahan raspberry. Sampai-kan barangan makanan yang selainnya tidak boleh di-tokok-tambah ... tiada ruang!


Sama'ada CintaJL meneruskan penyediaan jam atau berhenti dari memetik semua buah raspberry yang merah meranum di-biar kan segitu sahaja ... kasihan buah ku sayang .. nak di-beri ke-jiran semuanya berkata yang di- taman sendiri pun tidak terlarat menghabiskannya dan semua jiran sekeliling punyai sendiri tanaman raspberry, gimana ya ... setiap tahun punyai masa'alah yang serupa sama, aduhai wahai!


Jadinya, hari ini .. di-pagi nan nyaman sejuk bermentari lembut di-temani oleh 3 ekor anak kucing kepunyaan jiran sebelah yang tidak punyai segan dan malu datang bertandang ke-taman tanpa di-undang, membuat Honey Aristocat bengang+cemburu terus masuk ke-rumah; bobok! Sambil petik-memetik sang lebah hampir menyengat-gigit jari-jemari kerna marah buah raspberry yang dihinggap olehnya dipetik dengan suara seperti "bzzzz" itu terus bertukar hinggap ke-buah yang lain nya. Setelah selesai terus ke-dapur memula kan acara menyediakan Charlotte ini ber-cream kan mascarpone, raspberry jam dari CintaJL, biscuits à la cuillère (beli, s-market mari) juga buah raspberry, begitu senang tidak perlu di-masak/bake hanya sediakan cream mascarpone, assemble-kan biscuits à la cuillère mengikut cita rasa dan voilà!


Sehiris charlotte tadi telah di-ngap oleh yang Tengah se-pulang dari Lycée-nya dan ber- verdict dengan "Maman cherie, yummyyy... nya!

11 commentaires:

Kak Rose a dit…

salam Ratna, kalau kak rose dekat mau penuh juga fridge kak rose dengan buah rasberry yg merah meranum tu... tolong menghabiskan stok yg berlebihan. bolehkan?

Arizakiah a dit…

Salam Ratnaku,

Kalau begitu banyak berlambak buah rasberry tu hinggakan tak terpetik buah-buah yang masih di taman poskanlah ke sini....ha..ha..ha...

Rasa nak ngap sepotong macam princess Elisa...

Anonyme a dit…

kalau dekat, boleh kami kat sini mintak sedikit kan..

angahPJ

bintangjauh a dit…

Salam kembali Kak Rose, sejak dua menjak Ratna tidak boleh berkomentar diblog Kak Rose tapi diblog bloggers yang lainnya boleh pula! problemas betul!

Ucapan Selamat maju jaya buat Busu, semoga pengajiaannya di-Uni sepanjang tahun tahun berikut-nya akan menghasilkan kejayaan keputusan yang cemerlang.

Iya-lah Kak rose .. jika kita berjiran dekat boleh Kak Rose datang petik-memetik itu buah raspberry, kenapa Kak Rose jauh tersangat ..!

Salam manis manis madu.

bintangjauh a dit…

Salam kembali Zakiahku, masa'alah yang teramat ketara ialah kejauhan kita diantara satu sama lain jadinya terus rasa kempunan pabila trigin lagi kepingin terhadap sesuatu, contoh-nya; sering kali pabila menatap masakan dari Kak Rose bikin-kan Ratna kempunan gitu!

Jika dekat boleh berkongsi bersama sambil berbual-mesra.

Salam manis manis madu.

bintangjauh a dit…

Salam Angah, bukan sedikit sahaja, Ratna sediakan 1 Charlotte buat Angah lagi.

Salam manis manis madu.

NaniRostam a dit…

salam rat....

apa khabar...doa nani rat diparengi sihat walafiat...

lama tak berbual dengan rat...

sibuk benar seak kebelakangan ini..

alangkah kalau berdekatan pasti akan untukkan masa untuk kita gobrol sambil masak masak dan makan makan...

namun walau jauh...rat sentiasa di hati...

melihat rasberry yang masak merah ranum alangkah....teringin terbang ke france....

insyallah satu hari nanti...

LaLaLovy a dit…

Je suis envie de manger tout le gâteau ..

Art lover, cinnamonworldofcolours a dit…

Salam Ratna,
Lama saya tak singah, maklum lah Raya sibuk sangat.
Suka tengok Ratna decorate cake. setiap kali buat cake mesti kelam kabut sebab nak masak yang lain esp Raya ni...guest ramai.
Dlm mimpi saya petik banyak Rasberry Ratna..hehe.

JuraWary a dit…

salam sis ratna...

sedapnya hidangan tu...alangkah bagus klu dpt menikmatinya dlm keadaan stress ni...:(

Cik Eka a dit…

fuhh sedapnya.terliur pula