dimanche 11 septembre 2011

Joyeux Anniversaire - 2 Princesses Tarikh Lahir Serentak sama Usia Berbeza!

| |

 Hari ini agak sebok sekali (permintaan yang Tengah buat manisan anniversaire-nya ialah hanya mousse au chocolat dan permintaan dari yang Bongsu ialah île flottant) kerna-nya esok ada-lah hari lahir ke-dua-dua Anakku, dek kerana esok yakni Isnin ada lah hari sekolah maka itu kena sambut hari ini.  Yang Tengah & yang Bongsu berkongsi tarikh lahir yang serentak sama demikian berarti dilahirkan pada hari tarikh yang sama dengan jarak berbeza 6 tahun. Esok yang Tengah akan  meraikan kelahiran 18 tahun (September 12.1993) dan yang Bongsu meraikan kelahiran 12 tahun (September 12.1999). Berbunga-bunga rasa perasaan anak hati pabila melihat gelagat ke-dua-dua Anakku yang berbeza walaupun dilahirkan dihari tarikh yang sama. Dari segi rupa paras yang Tengah lebih ke-Maman BintangJauh dan yang Bongsu pula lebih ke-Papa sama seperti abangnya yang Sulong juga seiras sama dengan Papanya CintaJL.

Gambaran diri yang Tengah. Hadiah-hadiah parfums dari teman se-classe Lycée-nya.

Terasa sungguh sudah tuek gitu, Anaks semua lebih tinggi dari Maman BintangJauh. Seperkara lagi lahir dihari tarikh yang sama namun sifat perangai antara kakak dan adiknya begitu berbeza sekali, dimana yang Tengah begitu lemah-lembut anggun dan manja tersangat masihi sama seperti baby lagi, tidak suka bersepah kotor mahunya kemas teratur rapi bersih senantiasa dari segi penampilan diri terus kebersihan bagi sekitaran dirumah juga dibilik-kamarnya begitu tertip kemas rapi teratur susunan segala bagai seperti buku-buku/magazines, pakaian diatur mengikut warna dan fabrik-nya dan yang terpaling penting bau suasana di-territory-nya pasti kemestiaan ber-bau harum wangi semerbak bagai dikayangan, sampai gitu sekali. Pabila membasuh pinggan juga segala bagai periuk (Maman BintangJauh bila akan beli itu dish-machine?) mahunya bersih berkilat dan disusun rapi mengikut warna dan saiz, panjang kata segalanya mesti berkilat lagi bersinar-sinar ber-gemerlapan bling-bling lip lap gitu!  Anakku sayang.



Gambaran diri yang Bongsu. Segala-nya mengenai kuda, tahun ini tahap equitation galop 3.

Adiknya yang Bongsu pula sifat perangainya (terbalik) berbeza sama seperti jauh-nya langit dan bumi.  Berdandan rapi lagi elegant penampilannya, pabila bersuara-bercakap bahasa ayatan yang digunakan ... takut kecut itu anak telinga jadinya! Dan keadaan suasana kamar-biliknya agak ...? "Ya ampun, berapa kali Maman ber-istihar-cakap bahawasanya jangan hanya berdandan cantik namun didalam tempat tinggal kok berselerak, berterabur segitu sekali ..!" Nasib baik sejak dua menjak sudah lembut, seperkara lagi jika ingin tahu atau lihat kamar-bilik tidurnya kemas, bersih dan rapi pabila yang Bongsu menjemput datang teman-kawan sekolah datang ke-rumah, baru segar anak mata memandang-tengok!
 Perbezaan ini lah yang membikin kan hari-hari menjadi manis dan masam gitu, baru ada ambiance-nya, kalu .. tampak plain tanpa warna-warni di-sepanjang hari yang di-lalui. Begitu lah gambaran serba sedikit mengenai kedua-duanya, Anakku sayang.

 L'île flottant or oeufs à la neige bertahta kan caramel bershaped dome (terpecah sedikit, fragile!) ber-sauce crème anglaise dan mousse ber-telur putih, manisan dessert  ke-adore-an yang Bongsu.


Il y a plus de bonheur à donner qu'à recevoir. Saint Luc

La vie n'a qu'un sens: y être heureux. Si la vie n'est pas synonyme de bonheur, autant ne pas vivre. Henry de Montherlant.

L'amour fait songer, vivre et croire il la pour réchauffer le coeur, un rayon de plus que la gloire, et ce rayon, c'est le bonheur. Victor Hugo.

Hari ini September 12.09.2011,
Semalam, sambutan ulangtahun buat yang Tengah & yang Bongsu begitu sederhana sahaja, hidangan makan malam yang dipinta oleh yang Bongsu ialah gratin dauphinois dengan filet ayam ber-sauce moutarde de Dijon di-iringi dengan manisan dessert île flottant juga mousse au chocolat, itu sahaja dimana yang Tengah tiada pintaan khas kerna apa sahaja yang disediakan oleh Maman BintangJauh ... adore gitu!

Kesimpulannya, pabila menatap kedua-dua wajah rupa Anakku yang menawan anggun rasa perasaan begitu ber-Syukran-Alhamdullillah teramat sungguh kepadaNya yang maha Pengasih lagi maha Penyayang me-anugerah kan 2 Bintang Hati yang senantiasa membuat anak hati berbunga-bunga harum wangi.

5 commentaires:

Arizakiah a dit…

Happy birthday buat princess Elisa dan Elyne. Semoga panjang umur dan murah rezeki....So interesting sebab punya tarikh birthday yang sama...

Husband zakiah dan adik perempuannya punya tarikh birthday yang sama dan sangat interesting bila anak kami dan anak adik husband zakiah punya tarikh lahir yang sama cuma umur mereka berbeza...

bintangjauh a dit…

Salam Zakiah, kedua-dua Anakanda ber-terimakasih segunung tinggi dengan ucapan dari Zakiah.

Begitu "interesting" sehinggakan banyak kebetulan terjadi pabila dilahirkan secara bertembung hari, begitu lah ya wahai Zakiah.

Salam manis manis madu.

NaniRostam a dit…

Salam aidilfitri rat...

hari tu dah tengok blog ni...dah post komen tiba-tiba line off....

tak dapatlah nak wish...


Belum terlambat untuk aunty nani mnegucapkan hepi besday buat elisa dan elyne...moga-moga Allah panjangkan umur kamu berdua, murah rezeki, berjaya hidup di dunia dan akhirat...amin.

rat...nanti dring drong sama nani...ada issue yang mahu ditanyakan tetapi sekarang dah lupa pulak apa hajat tu....

tak pa kalau rat ada kelapangan dring drong nani ya...

salam kasih sayang dari nani untuk rat sekeluarga.

Cik Eka a dit…

elisa nampak benar ayu dan anggun..warna pun lembut..

adiknya nampak kasar ya sis..

selamat hari lahir buat mereka

baru saja dapat jenguk ke blog sis lalu komen hampir semua entry yang terlepas dibaca..hehe

bintangjauh a dit…

Salam Cik Eka, tampak benar perbezaan antara kedua beradik, bijak-pandai lagi benar Cik Eka memberi pengertian gambaran terhadap mereka berdua, TerimaKasih segunung tinggi dengan ucapan dari Cik Eka akan sis Ratna khabarkan kepada mereka berdua ya.

TerimaKasih lagi sekali dengan perhatian ikhlas dari Cik Eka, tidak mengapa walaupun tertinggal entry yang sudah-sudah.

Salam manis manis madu.