lundi 19 septembre 2011

Petikan per-1 buah Anggur Raisin blanc italia White Grapes.

| |

Kelihatan buah anggur semakin meranum dan boleh di-ngap sebagai pencuci manisan, akan tetapi akan lebih manis jika di-tunggu lagi seminggu cukup sangat ranumnya.

Semasa mencuba merasai buah anggur ini rasanya manis-manis masam sedikit, CintaJL berkata dek karena hujan dan suhu menurun menjadi sejuk jadinya rasa manis-manis agak kurang kerana isi nya sejuk gitu pabila di-ngap. Sayang sekali cuaca hari ini monyok comot dan agak mendung kelabu, sepagian tadi hujan turun melempah ruah. Jika ber-mentari elok sangat petik-memetik jadinya buah anggur rasa begitu manis.

Buah anggur bertahap bio kerana tidak guna kan lansong bahan chemical seperti pesticide, maka itu rupa buah anggur ini pure keaslian kulit sebenar pabila ditanam secara bio/organik, bertompok kelihatan comot rupa kulit buah anggur ini dimana jika beli di s-market buah anggur rupanya begitu perfect tidak ada terdapat tanda-tanda comot, bersih rata gitu.

Ber-posing dengan daun-daunan-nya supaya tidak sendirian gitu.

Minggu ini cuaca di-ramalkan suhu akan menurun sejuk pada awal minggu dan akan kembali panas di-tengah sekitaran minggu ini. Sebenarnya agak kurang senang dengan cuaca musim gugur yang akan bermula pada September 23 ini karena tidak tentu keruan dan arah hari-hari yang dilalui, hujan .. berhenti sekejap ... hujan lagi dengan tiupan angin jadinya sejuk .. mendung kelabu comot .. tis tis tis hujan turun lagi .. tup tap tup tap mentari terbit dengan gemilangnya panas sedikit ... tetiba mentari merajuk terus bertukar mendung kelabu comot berserta titisan hujan ... pandang ke-wajah muka CintaJL, CintaJL membalas kembali pandangan seperti ngerti sahaja terus beristihar "un autre café/coffee lagi" apa lagi CintaJL pun membalas jawab "oui, avec plaisir/yes, with pleasure" berteman-kan biskut dahlia pujaannya sambil bersembang mesra dimasa yang sama menyaksikan renjisan titisan hujan dari tingkap yang terbasah dek simbahan titisan hujan.


6 commentaires:

Arizakiah a dit…

Salam sayang ratnaku,
Oh...anggur...kalaulah zakiah bisa terbang, ingin zakiah pergi ke sana sekarang dan petik sendiri buah tu....tak nak tunggu minggu depan lagi...

dalam cuaca hujan minum coffee dan biskut dahlia????? OOOO...memang hidangan di masa yang tepat.
kedua-dua minuman dan kudapan itu memang zakiah suka....

Cik Eka a dit…

sis anggurnya nampak ranum.

tak apa kalau kulitnya kurang licin tapi dalamnya sedap kan sis

di malaysia juga hujan saja sejak dua tiga hari ini.mendung lagi

bintangjauh a dit…

Salam sayang kembali Zakiahku, ber-blogging yang eloknya dapat merapatkan persaudaraan yang ter-jauh ribuan km namun sayangnya tidak boleh berkongsi dengan apa jua barangan nyata seperti berjiran dekat dirumah boleh saja bertukar-tukar juadah itu dan ini, seperti dengan Ratna terlalu jauh jadinya tidak kesampaian, gitu ya.

Iya, dengan Luqman disetiap hujung minggu pasti berminum petang bersamanya, adore sungguh!

Salam manis manis madu.

bintangjauh a dit…

Salam wahai Cik Eka, iya, hampir ranum maka itu cubai semalam, yummy se-yummynya itu buah anggur!

Jika ditanah air pun gitu, sama-sama kita merasa cuaca yang mendung lagi comot ya Cik Eka.

Salam manis manis madu.

Art lover, cinnamonworldofcolours a dit…

Salam Ratna,
Hmm..sungguh indah sekali bersantai sambil melihat pokok tanaman yang menjadi jadi buahnya...dgn org yang tercinta lagi..

bintangjauh a dit…

Salam kembali wahai sis Iha,
Syukran kepada nature yang maha pemurah ciptaanNya.

Setiap hujung minggu begitulah suasana/ambiance berminum petang bersamanya tidak kira cuaca molek ke tidak, ritual gitu.
Salam manis manis madu.