vendredi 14 octobre 2011

Au Marché dans Mon Petit Village

| |

Setiap hari Juma'at di-kampongulu ada pasar terbuka/marché. Pagi tadi pergi menengok-nengok jika ada apa sahaja sayur-sayuran dan buah-buahan trigin dibeli.
 Sebelum ke marché berbekalkan dengan camera ditangan, bersiar-jalan jalan dipersekitaran kampongulu sambil me-clip clap .. apa sahaja yang menarik dari tingkap ke-pintu ke-tiang-tiang lama ke-daun-daunan yang sedang tengah bertukar warna, panjang kata apa sahaja yang menambat anak hati terus clip clap! Ini lah serba-sedikit gambaran isi-inti kampongulu si-BintangJauh.

Sebuah pintu yang mega antique ber-usia sama seperti Chateau yang nun diatas bukit, usia-umur pintu ini ialah 1000 tahun, percaya tidak? Tersangat sungguh terkenal ini pintu, pabila pelancong datang berkunjung ke Chateau nun diatas bukit pasti melawat pintu ini dahulu sebagai pembuka tiraian, gitu.

Details-nya.

Details bumbung bekas pasar terbuka dimana sekarang tidak digunakan lagi, pasar terbuka sudah dipindahkan ke-bawah tengah kampong dan sekarang dibuat sebagai tempat me-parking kereta, sampai hati! Seperkara lagi usia-umur pasar terbuka ini juga antique lebih kurang usia-umur pintu photo diatas.

Tiang-tiang yang gagah perkasa tahan sehingga kini.

Sebuah rumah lama berhadapan dengan pasar terbuka.




Tingkat atas sebuah rumah yang sering ber-attic dimana dimasa dahulu kala adalah tempat bilik tidurnya pembantu rumah.

Kelihatan tumbuhan "vignes vierge robusta" dimana daun-daunan sedang tengah bertukar warna.

Sebuah rumah yang tampak banale begitu menarik pabila dihiasi dengan bunga-bungaan seperti geranium.
Mengapa photo ini senget? Kerana bukannya salah posisi pabila me-clip clap photo tapi dek kerana ... baca penerangan seterusnya dibawah.

Tertarik dengan contrast sebingkai tingkap ber-shutter kayu yang dibiarkan brut/kasar tampak halus dengan hiasan langsir yang lembut.
Dek kerana bangunan rumah ini terlalu berusia lama/tua dimakan zaman dan kurun juga pergerakan atau peralihan tanah maka itu menjadi senget, kebanyakkan rumah dan banggunan lama tampak senget gitu.

Gambaran sayur-sayuran semasa di Marché pagi tadi, bunga kobis/chou fleur.


Artichaut/artichoke.

Radish/les radis juga fenouil/fennel.

Musim gugur boleh di-sama-kan dengan musim buah labu, segala bagai jenis buah labu akan kelihatan melambak banyak dimana sahaja ditanam dan dijual.

Segala bagai serumpun keluarga salad. Yang didepan ini namanya sayur "blettes" yummy di-gratin-kan bahagian putih sahaja dan daun-nya yummy dimasak lemak bersantan cara si-BintangJauh, tapi orang Peranchis tidak dimasak, antara sebagai makanan untuk sang arnab atau terus masuk dalam tong-sampah!

Yang ini tidak perlu di-perkenalkan, semuanya tahu kenal!

Yang ini juga pun sama, bahasa Peranchis "le poireau", voilà!

Bawang putih unggu yang telah di-tocangkan, cara jati dari sini, rustic gitu ..j'adore!

Segala bagai keluarga cendawan, pleurotes, champignon de Paris, girolles juga trompette de la mort.

Buah prune "Reine claude" dan prune "la quetsche".


Buah limau clementine citrus ber-daun-daunan lagi!


 Seterus-nya ada lah photos segala bagai bunga-bungaan kembang jelita berwarna-warni mengindahkan lagi suasana di-Marché. 
Malangnya tidak berapa pasti dengan nama-nama bunga dan hijauan yang di-clip clap maka itu tatapi kan sahaja dahulu, nanti pabila sudah ketemu semua nama baru ditambah kan kemudian, ya!














Tidak berapa ramai yang datang berkunjung di-Marché hari ini, kemungkinan besar kerana suhu yang dingin lagi berangin dimana mentari agak timide, sekejap bersinar-senyum ... sekejap merajuk mengada-ngada gitu. Ingatkan mahu terus me-clip clap photo seterus-nya malang sekali bateri camera kok kaput!! Jadi-nya terencat lagi tergendala, terus pulang setelah mengucapkan TerimaKasih segunung tinggi kepada Monsieur légumes et fruits juga kepada Madame la fleuriste memberi keizinan me-clip clap keatas jualan mereka itu.

Berjalan pulang sendirian (mengapa hari ini tidak bertembung dengan Ratu semua?) di-tangan mengendong-bimbit sebuah bakul yang berisikan segala bagai sayuran dan buahan, tanpa berlenggang lenggok berjalan terus menuju ke-rumah.


5 commentaires:

Arizakiah a dit…

salam manis buat ratnaku,

Oh..terpesona dengan sayuran segar, bawang putih yang masih di tangkai dan pintu kayu yang antik seolah berada di zaman tamaddun awal greek dan athens.....tersergam dan masih terpelihara....

Anonyme a dit…

masyaallah!... indahnya bumi Allah di mana-mana...tenang saya melihatnya. juga binaan yang antik.. suka sangat!
alfisyah

angahPJ a dit…

salam ratna..

Ashik sekali mata memandang segala jenis sayur2an dan bunga2an..
Salam hari ahad buat ratna di sana. Di kl, cuaca pun agak mendung.

angahPJ

angahPJ a dit…

Segar rasanya mata memandang segala sayur2an dan bunga2an di sana.

Cuaca di sini pun, agak mendung sekarang.. bila2 masa boleh hujan. Tentu sedap untuk bermalas2an di petang Ahad ini.

Mak Wardah a dit…

Indahnya gambar-gambar ini...Selera saya melihat kesegaran sayur-mayur ini. Segar mata.