mercredi 12 octobre 2011

Berjalan diatas guguran daun-daunan

| |

Pokok sekeluarga serumpun dengan pokok pin disebelah rumah.


Details buah Pomme de pin.

Kelihatan selaput céramique émaillée buah pomme de pin pecah-kepecahan dek dimakan usia yang sudah ke-tahap antique juga cuaca yang 'rude" di-musim sejuk yang ber-salji dan ber-beku es, gitu.

Tiang pengawal gate berteman-kan dengan pohon-pokok yang sudah berkurun usia-nya dimana ada se hampir seratus tahun usia-umur di-sekitaran taman halaman seperti pokok buis dimana mengambil masa yang begitu lama dan perlahan untuk tumbuh membesar.

Kelihatan tiga bulatan pokok buis, pokok houx, pokok rose juga pokok rhu.

Daun-daunan Tilleul yang berguguran berserak merata di-dataran rumput halaman.

Kesan pokok Rhu yang sudah terlalu tua, ditebang pada 2 tahun nan lalu terus tumbuh kembali anak-anak pokok yang baru.

Ini lah si-pokok Tilleul yang sebesar dunia, berusia lebih dari seratus tahun dimana ditanam dahulu dan rumah masih belum lagi dibina.

Setiap musim gugur yang melemah kan tenaga dan semangat untuk di-perkerja-kan ialah membersih-sapu semua daun-daunan yang berselerak merata sekeliling taman dihadapan rumah, belum lagi yang di-belakang rumah dimana terdapat 3 pokok Tilleuls, "au secours .....!"

Contrast antara yang hidup dan yang telah ditebang, kayu-kayu dipotong berbelah-bahagi buat chimney disusun  sebagai simpanan dimusim sejuk ini, adore gambaran suasana keadaan ...

Tree house di-atas pokok Tilleul belakang-rumah yang dibina oleh CintaJL buat yang Bongsu pada musim panas nan lalu, kelihatan wild bird feeders yang dihadiah kan oleh Ratu Ie dari Roumania.

Gambaran suasana permulaan dimusim gugur yang ber-angin, ber-hujan gerimis, bersuhu sejuk-lembab juga kelam kelabu ber-kabus-kabusan  seperti suasana cerita hantu yang menggerunkan rasa perasaan. Namun harus menerima kenyataan bahawasanya lumrah menetap disebuah negara yang bermusim 4 dimana ia-nya bertukar bersilih-ganti begitu lah juga dengan diri ini sama seperti "Les 4 Quatre Saisons" itu!

2 commentaires:

Arizakiah a dit…

salam ratnaku..
Agak lama tak berkunjung kerana zakiah ke Langkawi Kedah kerana menghadiri kursus kerja....

biarpun telah gugur, ia masih indah di nikmati...tentu romantis sekali berjalan meredah dedaunan, kulit wajah di sapa angin lembut sepoi-sepoi bahasa......aduh..jiwa terasa bergetar.....

Mak Wardah a dit…

Just like Winter Sonata...Indah & Romantis sekali Ratna. Terimakasih kembali