samedi 1 octobre 2011

Bersiar-siar diTaman Halaman bersama Honey Aristocat.

| |

Honey Aristocat.

Setelah menghantar yang Bongsu mengambil bus-sekolah  disetiap pagi "comme d'habitude" di-iringi dengan mentari bergemerlapan ke-emasan terus tercentus sehiris ilham me-clip clap apa sahaja yang terdapat ditaman halaman. Seperti yang dijangkakan,  cuaca di-awal musim gugur ini tidak sama seperti tahun-tahun sebelumnya, kok panas seperti di-musim panas, senang sungguh rasa perasaan di-anugerahkan dengan udara yang nyaman sekali. Bertemankan bersama Honey Aristocat meneroka taman halaman dimana masih terdapat bunga-bungaan dari musim panas yang lalu.

Dahlia sendirian sedang terbuka-ngembang.


Le houx/holly, elok dibuat sebagai hiasan semasa christmas buat Ibu-mertua dimana setiap tahun sambutan christmas akan dibawa sebagai penyeri hiasan di-rumahnya. Tahun ini banyak rimbun kelihatan buah houx/holly jika dibandingkan di-tahun lepas, zero!


 Yang ini hanya akan mengembang pabila cahaya mentari betul-betul panas, masihi tertutup kelopak kembangan kerana lagi diawal pagi, lembab juga sejuk nyaman gitu.


Buah mini apple kelihatan begitu merah meranum, namun rasanya kok masam kelat!


 Buah artichaut/ artichoke kelihatan memberi hasilnya, berbuah sakan di-sepanjang musim bunga terus ke-musim panas dan berlarutan ke-musim gugur pula, maha pemurah ini pokok artichoke, photo khas buat anak buah yang dikasihi Ratna Balqis.


Zoom dekat, details gimana rupa sebenar ini buah artichaut/artichoke, voilà!

Begini-lah susana kehidupan dikamponguluku ini, berduaan bersama hijau-hijauan yang maha Pemurah.
 Rasa perasaan menjadi begitu halus, lembut dan syahdu sekali, menyaksikan nature nan indah walau tidak sebagaimana pun namun sudah mencukupi menyedarkan diri bahawasanya diri ini begitu kecil berhadapan dengan ciptaanNya yang tidak ada tandingannya, syukuran Alhamdullillah kepadaNya yang maha Pemurah hanya kepadaNya puji-pujian nan Mulia.


8 commentaires:

Cik Eka a dit…

sis..aduh cntiknya....bunga cntik..sis,biasa artichoke masaknya bagaimana?

rasanya gimana ya sis

Art lover, cinnamonworldofcolours a dit…

Salam Ratna,
Sedap mata memandang bunga2 yang memekar ditaman Ratna.

bintangjauh a dit…

Salam Cik Eka

Buah artichoke sering dimasak rebus dahulu (setelah di-siangkan kulitnya) sehingga empuk, dimakan secara salade sejuk dengan sauce vinagrette atau dibakar/grill di-oven berintikan daging cincang dan herbs, rasanya seakan-akan sama seperti heart of palm/isi pohon palmier, lemak-lemak gitu. Voilà!

Salam manis manis madu.

bintangjauh a dit…

Salam sis Iha,

Lebihan bunga-bungaan dimusim panas masihi berterusan berbunga gitu. Clip clap sebelum berakhir kembangan berbunga-bunga!

Sis Iha, Ratna masihi tidak boleh berkomentar diblog sis Iha, cuba selalu tapi ???

Salam manis manis madu.

Noniey a dit…

hai sis Ratna,

cantik2 semua pic..rasa macam nak tinggal kat sana

NaniRostam a dit…

Salam rat...

guna kamera apa...gambar sume cantik-cantik belaka...

atau cuaca di sana buat gambar jadi kelihatan sungguh cantik begitu...


salam kasih sayang dari nani.

bintangjauh a dit…

Hai Noniey, photos diambil semasa cuaca pagi begitu cantik sekali, sememangnya indah tinggal menetap disini, tenang rasa perasaan, gitu.

Salam manis manis madu.

bintangjauh a dit…

Salam kembali Ratuku Nani, Ratna gunakan camera Fujifilm finepix Hs20exr, Luqman punya study + compare me-compare kena tunggu dengan penuh kesabaran gitu, dari jenama Canon ke Nikon ke Panasonic Lumix ke Sony ke Olympus ke ....?
Sampai penat lagi letih menunggu, setelah membaca semua komentar dari pembeli akhirnya Luqman memilih Fujifilm harga+quality agak memuaskan, voilà!

Memang benar Nani, pabila mentari bersinar gemerlapan cahaya menjadi gemilang gitu, cantik berseri!

Salam KasihSayang juga dari Ratna.