samedi 1 octobre 2011

Brownies.

| |


300 g chocolate
150 g butter - potong ber-kiub
330 g gula perang - Ratna kurangkan 200 g sahaja
4 biji telur
150 g tepung
120 g cream - thick double cream, whipping cream juga mascarpone cream.
75 g hazelnuts dibakar di-oven dan dipotong/cincang kasar

Panaskan oven 180°C. Grease-kan loyang.

Campurkan sekali chocolate dengan butter didalam casserole/periuk dan biarkan cair di-api yang kecil lembut sekali, gaul/kacaukan tanpa berhenti.

Masukkan adunan chocolate+butter yang telah cair tadi ke-dalam mangkuk besar terus campurkan gula perang dan telur, gaul/kacau sepenuhnya hingga sebati masukkan tepung, cream, dan hazelnut, gaul sehingga sebati/homogène lagi, tuangkan kedalam loyang persegi dan licin kan dataran sama-rata. Bakar di-oven selama 30 minit, siap masak; keluarkan dari oven dan biarkan sejuk, voilà!


Senang ya, tidak banyak embelnya. Jika suka sediakan sauce caramel dan celupkan diatas kepala kacang hazelnut sebagai penyeri juga tersangat yummy pabila di-ngap sekali dengan rasa brownies yang kaya dengan chocolate noir ini. Selamat mencuba!

10 commentaires:

NaniRostam a dit…

salam rat....macam kau tau saja...dalam hati ku mahu bikin brownies...hehe terima kasih ratuku rat di atas resepimu...nanti sore akan ku buat...minta-minta jadi ya...


Salam kasih sayang....

bintangjauh a dit…

Salam kembali Ratuku Nani, sediakan brownies ni kerana cepat dan senang tambah lagi tersangat yummy kerana chocolate-nya banyak!

Pasti menjadi Nani ... boleh pejam mata lagi, cake yang tidak ada embelnya .. selamat mencuba!

Salam kasihsayang kembali ...

kuchintaantik a dit…

jalan2 terjumpa blog ni , izinkan saya jadi follower. Kalau ada masa jemput ke teratak saya ya!

Anonyme a dit…

Salam ratna,

Amat menyelerakan..

angahPJ

love for life a dit…

salam kak, cream tu cream yang mana satu kak? whipping cream ke?

bintangjauh a dit…

Salam berkenalan kuchintaantik, TerimahKasih segunung tinggi dengan kesudian menyinggah diblog Ratna ini.

Sudah Ratna singgah keteratak kuchintaantik tadi, suka cara penulisan yang disampaikan bersahaja dan kelakar sekali, tersenyum sendirian jadinya .. dipagi Isnin yang agak sukar dimulakan ...

Salam manis manis madu.

bintangjauh a dit…

Salam kembali wahai Angah, segitu sahaja .. cake yang biasa namun kaya dengan chocolate jadinya semuanya suka-adore gitu.

Salam manis manis madu.

bintangjauh a dit…

Salam kembali love for life, boleh juga gunakan whipping cream = double cream 120 g = 12 cl, lagi elok thick double cream (dense/thick) juga mascarpone cream mana pun sesuai, cuba ya.

Salam manis manis madu.

rogayah bostamam a dit…

yummy

rogayah bostamam a dit…

yummy