mardi 11 octobre 2011

Crème Brûlée berlapis Gateau Vanille Chocolat

| |


 Bahan untuk lapisan bawah cake bijian chocolat noir

125 g butter
1/2 sudu teh pure vanilla extract
150 g gula halus/perang
2 biji telur
70 g ground almonds
100 g tepung
50 g tepung naik sendiri
60 ml susu.
70 g biji-bijian chocolat noir yang halus.

Pukul butter pommade (paste), pure vanilla extract, gula halus/perang dan telur dengan mixer electrique sehingga adunan kembang-gebu  ringgan.

Campur-kan kedalam adunan butter dengan ground almonds, bijian chocolat noir, tepung+tepung naik sendiri juga susu, kacau/gaulkan dengan lembut dan manja tidak mengada-ngada ... jangan terlalu lama;ketepikan.

Sediakan adunan ini hanya pabila caramel sudah didalam oven. Punyai cukup masa menyediakan-nya sementara menunggu caramel setengah set yaitu lebih-kurang sekitaran 20-25 minit.




Bahan lapisan atas caramel cara Peranchis Crème Brûlée

20 cl susu
40 cl  heavy whipping cream
80 g gula halus
4/5 biji kuning telur, terpulang kepada saiz
vanilla bean

Gula hangus, 2 sudu besar gula.

Sediakan dahulu gula hangus. Taburkan gula didalam loyang sederhana besarnya, masakkan gula dengan api yang kecil sehingga berwarna perang ke'emasan, ketepikan sehingga sejuk.

Caramel
Panaskan susu dan heavy whipping cream juga vanilla beans/pods yang telah dibelah dua kaup-kan biji vanilla campurkan sekali dengan api yang perlahan. Pukul kuning telor dengan gula sehingga sebati. Alihkan adunan susu+cream kedalam sebuah mangkuk campur-kan adunan kuning telur dan gula kacau sehingga sebati, tapis kan. 

Sebelum itu pastikan telah panaskan oven 150°C dan panaskan air cukup untuk had-level suku badan loyang (cara bain-marie) dan masukkan adunan caramel kedalam loyang yang bergula hangus masakkan selama 20 minit dimana caramel hanya dimasak setengah masak dan campurkan adunan cake ber-chocolat diatas caramel dengan berhat-hati kerana caramel agak fragile dan senang pecah, samarata-kan dataran cake dan bakar sehingga cake set/cukup masaknya lebih-kurang 25 minit. Biarkan sejuk dan masukkan kedalam peti-es, Voilà!

Seperkara lagi cara Ratna agak leceh sedikit kerana mengikuti resepi "crème brûlée". Jika cara Ratna agak remeh-leceh ikuti resepi para bloggers pakar masakan ya. Juga dek kerana Ratna menggunakan resepi cupcakes sebagai lapisan bawah maka itu caramel dimasak kan dahulu setengah masak baru letakkan lapisan cake. Walau pun resepi Ratna telah banyak diubah-suaikan namun syukran menjadi juga dan tahu rasanya tidak berapa sama dengan rasa dari resepi asal tapi sekurangnya sudah tahu yang caramel cake ini begitu yummy. Untuk menyenangkan eLL tanpa keraguan, apa kata ikuti dahulu resepi asal dari para bloggers pakar masakan.



 Bahan penyeri

50 g crisped rice milk chocolate, beli di-smarket
50 g chocolat noir couverture

Bain-marie kan dua casseroles berisikan air, cairkan kedua-dua chocolat couverture juga rice milk chocolate , serasi campuran keduanya dengan beralaskan aluminium foil sebar-rata kan chocolate jadi seimbang sama-rata dataran jangan terlalu tebal, sedang-sedang elok anggaran nipis, sejukkan didalam peti-es, pabila cukup keras terapkan dengan terapan yang disukai bentuknya. Jadikan sebagai hiasan penyeri diatas caramel.




Panjang kata, Ratna tidak berapa pasti jika para bloggers akan tertarik terhadap cara Crème Brûlée/caramel juga ber-cake kan hanya menggunakan resepi cupcake ber-chocolat oleh kerana tidak punyai bahan pewarna maka itu terpaksa dengan relanya menderhaka! Sampai-hatimu ...

Selamat mencuba semoga-moganya menjadi!

3 commentaires:

eLL a dit…

thanks sis.

gracias - tak sure betul atau tidak ejaan

bintangjauh a dit…

Salam eLL, sama-sama kembali/de nada/it's nothing, gimana? eLL akan mencuba sediakan ke tidak? Pabila sudah disediakan signal sis Ratna ya.

Bahasa Peranchis terimakasih ialah Merci/merci beaucoup = thankyou very much, gracias/thankyou dan muchas gracias/thankyou very much ialah bahasa Spanish, dah betul lah tu!

Salam manis manis madu.

NaniRostam a dit…

salam rat...


harus ku coba ini resepi...nampak sungguh adorable, tempting, mengiurkan dan yang penting...nampak yummy...



salam kasih sayang...