jeudi 20 octobre 2011

Cucur? Cekodok-Godok? Jemput-Jemput? Yang mana satu panggilan nama sebelum Pisang?

| |

Hari ini trigin pingin ber-sarapan pagi dengan manisan tradisional jati asli melayu ini, nama panggilan terlalu banyak jadinya tidak berapa pasti yang mana satu. Semasa membesar dengan Moyang, manisan goreng ini di-panggil cekodok atau godok ... tidak berapa molek pabila di-sebut ya, kok godok gitu .....!

Oleh itu panggilan rasmi sebenar-nya yang mana satu? Jemput-jemput atau Cucur lantas di-sambung kan dengan pisang = Jemput-jemput pisang atau Cucur pisang, iya ke?

Terkenang kembali ... di-subuh pagi nan hening, selepas selesai bersolat sembahyang subuh Moyang akan terus ke-dapur menyediakan sarapan pagi buatku sebelum pergi ke-sekolah. Senyap-sunyi tidak kedengaran apa sahaja dari dapur kecuali bunyi linangan air di-paip mengalir juga bunyi-bunyian masakan yang sedang dimasak, Moyang begitu tertip tidak senang dengan bunyi periuk-belanga-kuali berlaga-laga antara satu sama lain, mahunya pekerjaan itu lembut namun cekap juga kemas senantiasa. 

Antara manisan yang sering Moyang sediakan ialah cekodok-godok pisang dan pasti kemestian ber-kelapa parut ada didalam bahan ramuan-nya, lembut-lunak, lemak lagi manis-manis buah dan gebu sekali rasanya!

Tadi pabila bersarapan sendirian ... terungkit kembali kisah kenangan yang sudah-sudah berlegar-legar di-anak minda sambil menarik nafas yang dalam lagi berat serasanya karena sendirian di-pagi ini mengadap manisan gorengan cekodok-godok pisang sama keadaan-nya semasa bersama Moyang dahulu, nostalgia.

Pesan Moyang pabila membulatkan adunan tepung dengan jari-jemari pastikan jangan di-kaupkan secara kasar, mahunya penuh ketelitian tidak teragak-agak atau terhegeh-hegeh dan terus masukkan kedalam minyak di-kuali secara lembut lagi berhati-hati, api-nya lembut tidak kuat-garang jadi cekodok-godok akan masak sepenuh-nya juga berwarna keperang-perangan emas bagai-umpama cahaya nur-mentari, gitu.

Budaya melayu asli tidak sempurna lengkap tanpa ber-kain batik halus atau pun kasar, pokok-nya yang penting ialah ber-kain batik, indah lagi menarik dengan sentuhan khazanah seni lukisan batik cara melayu yang sememangnya ku-adore kan sekali.

Bertepak sirih tradisi lama, bercucuk buluh  mengantikan garfu juga berlatar-belakangkan dengan dua bingkaian ukiran kayu tradisional warisan budaya melayu-lama yang masihi lagi dihargai.


Anak-hati berkata "alang kah indahnya jikalau ketika ini dapat ber-sarapan pagi bersama berduaan dengan Moyang" namun ia-nya tidak mungkin akan terlaksana berlaku-jadi karena semasa membesar dengan Moyang tidak pernah Moyang mahu ber-sarapan denganku, alasan Moyang ialah terlalu awal baginya, mahunya ber-sarapan pagi pada jam 9 pagi, gitu.
 Walau apa pun diri ini sering sendirian ... namun senang begini, sampai Ratu-ratu semua berkata diriku terlalu "bizarre"!, ... ?

8 commentaires:

Art lover, cinnamonworldofcolours a dit…

Salam Ratna,
Sedap cekodok tu esp makan petang dengan teh tarik. Saya memang suka, anything to do with pisang.

Cik Eka a dit…

wahh gebu dan bulatnya cekodok sis rat

jemput pisang pon boleh sis..hehehe

opah eka memang teror bikin ini jemput..kecil,halus,hitam,lembut gitu...bancuhan mesti isi pisangnya lebih,tepungnya kurang

enak mnum sama kopi..nyum22

angahPJ a dit…

Cantiknya cokodok pisang ratna. Bulat2 semuanya... tambah cantik bila dihias begitu rupa.

Cokodok pisang juga memang menjadi kegemaran saya dan anak2.

Kak Rose a dit…

Salam Ratna, cekodok walau apapun isinya ttp menjadi favorite kak rose ni... cantik molat2... berseni sungguh tangan ratna menggoreng cekodok tu...

eLL a dit…

cantiknye. sama saiz je kan

bintangjauh a dit…

Salam kembali kepada semuanya, sis Iha, Cik Eka, Angah PJ juga Kak Rose, walau apa pun nama goreng manisan ber-pisang ini namun ia-nya akan tetap senantiasa menjadi pujaan-kegemaran oleh ke-seluruhan masyarakat melayu kita.

Ratna senang jika di-panggil-nama "jemput-jemput pisang" kerana pabila di-kaup dengan jari-jemari secara se-jemput sedikit gitu, terus mengembang bulat menjadi saiz yang sedang-sedang elok bulatnya, iya ke?

Salam manis manis madu.

wifenavy a dit…

Comelnya cekodok pisang tu!!.. sedap!! teringat mak punya cekodok.. gebu walaupun tiada serbuk penaik.. Jemput-jemput pisang.. mak dan arwah abah selalu berseloroh ="WELCOMING BANANA".. boleh gitu?

NaniRostam a dit…

salam rat.....boleh ajarin buat cekodok yang sungguh bulat...