vendredi 7 octobre 2011

Curry Dhal Bollywood, Ji nahi ...

| |

Dek kerana telah ter-lepas kata-kata, janjinya akan menyediakan Roti Jala ber-lacy-lacy net ini maka itu harus di-tunaikan, kalu ... bak kata peribahasa kasar bunyinya "cakap tak serupa bikin" nah.. boleh terduduk jadinya, tidak pingin di-label kan atau ber-status begitu, gimana pun naikkan semangat dan perkotakan kata-kata dari situ kita menghormati diri sendiri dahulu sebelum tahu dan ngerti gimana berlajar menghormati yang lainnya.

Seringnya hanya sediakan lempeng segitu sahaja sama seperti lempeng Peranchis yaitu les crêpes salées berkuah curry ayam/daging cingcang, kentang juga carrots. Kali ini apa kata tambah kan lagi satu bahan-ramuan dimana di-India tanpanya seperti tidak sah dan lengkap terhadap masakan national negara India ini yaitu Dhal, ada pelbagai jenis dhal dan warna, pilih lah yang mana satu berkenan atau yang sering digunakan sebagai peneman didalam curry itu, tanpa dhal pun yummy juga, dengan dhal pun yummy, ikuti lah kehendak selera anak masing-masing ya!

Roti jala façon si-BintangJauh, berkuah curry ayam ber-dhal lentilles dari sini juga curry kurma ayam ber-dhal, ada pilihan yang mana pilihan selera, tadi sudah rasai kedua-dua curry, curry merah juga curry putih, begitu yummy!

Roti jala ini ditaburkan daun-daunan bawang  atas dataran batter, ilham tetiba tercentus pabila terpandang ke-daun bawang kebetulan mengadap didepan mata terus tergerak di-anak hati taburkan diatas dataran roti jala, jadinya ada kelainan sedikit dan tampak lebih menarik gitu. Seperkara lagi pabila di-ngap rasa daun bawang tersebut menambahkan lagi rasa.

Ya ampun! roti jala yang per-1 ketika sedang me-? apa ayat yang sesuai, tidak berapa pasti, terketar-ketar itu tangan, kok keras pergerakkan tangan jadinya roti jala yang per-1; ke-2 tidak menjadi, dan ke-3 baru lah tampak semenggah! Segan dengan diri sendiri, boleh jadi kekok .. ini maknanya harus diamalkan selalu, tidak tu janggal tangan me-pusing-pusing bulatan untuk dijadikan rupa roti jala seakan-akan lace/net, tapi malangnya hasil kejadian roti jala tidak begitu menjadi ... lain kali dan lain kali akan semenggah rupa jalaan itu ya!

Dhal yang digunakan ialah lentilles blondes dari sini, direndam semalaman terus direbus sekejap dan terus di-humbankan kedalam casserole bersama bahan ramuan yang lainnya.

Curry merah ber-sebelahan dengan curry kurma, yang mana satu pilihan bloggers semua?

Photo yang di-tempek jika tidak melambak bukannya BintangJauh ya, adore clip clap ... tengah-sedang berlajar tapi photos-nya kok selalu sama!

Se-vase bouquet bunga dahlia juga bunga ber-warna putih yang tumbuh merata sesedap suka hatinya dari taman halaman sebagai pemanis penyeri diatas meja.

Setengah portion ber-daun bawang dan setengah portion lagi tanpa-plain gitu, oleh itu ada pilihan bagi anaks semua.
Gimana lace atau net atau jala lempeng roti jala ini? boleh tahan bagi yang sekian lama ber-kurun tidak menyediakannya, kepada bloggers semua yang expert me-pusing-pusing batter dan hasil rupa roti jala menjadi cantik-jelita, dengan kemurahan ilmu para bloggers semua, boleh tunjukkan kepada si-BintangJauh gimana cara-technique culinaire yang sebetulnya?


Setelah selesai dari memasak menyediakan segala bagai dan terus me-clip clap photos semua dan terus me-post kan ini entry, oooooo là là là ... nyawa kepenatan sesungguhnya tertanya-tanya gimana para bloggers pakar masakan semua menumpukan masa dan tenaga terhadap blog yang harus di-isi kan pada setiap hari, tambahan entry nya bukan satu tapi sampai dua tiga sehari, sememangnya tidak ku larat .. kudrat boleh terus kaput dan letoi!!

Panjang kata, rasa perasaan begitu terharu karena telah menunaikan janji supaya tidak di-ingkari, selesai sudah segalanya berjalan dengan lancarnya walau pun ketika me-pusing-pusingan circle lintas lalu lalang kan batter supaya jala/net/lace menjadi agak teragak-agak perlakuaanya namun semua nya selesai walau pun tidak sempurna. Voilà!

8 commentaires:

Art lover, cinnamonworldofcolours a dit…

Salam Ratna,
Tiap2 kali buka blog ini, pasti ada masakan yang enak2 dan terus menginspirekan saya utk bangun memasak, heehee!

Cik Eka a dit…

fuhh sedapnya roti jala tu dah la cantik!

eka suka makan dengan kari ayam..sedap

tapi kalau musim durian tiba,makan dengan kuah durian,lagi sedap sis...
buat roti jala yang takde warna..putih je..sedap jugak!

hehehehe

psttt..bunga tu cantikla sis...hehe

bintangjauh a dit…

Salam kembali sis Iha, cuba-mencuba semula masakan yang telah lama tidak di-sediakan maka itu berasap dapur sejak dua menjak ini.

Sis Iha, semalam Ratna cuba ber-komentar malangnya di-tolak, Ratna tidak faham apa kenanya dengan computer ini! Maaf dipinta kerana tiada balasan dari Ratna buat sementara ini ya wahai sis Iha.

Salam manis manis madu.

bintangjauh a dit…

Salam Cik Eka, jangan sesekali sebutkan itu buah durian kerana sis Ratna teramat adore pengat/bubur durian, ngap bersama roti jala atau pulut kukus sememangnya super yummy.....!! Setuju sungguh dengan Cik Eka kebetulan kita punyai taste/selera yang sama ya!

Iya sis Ratna tidak bubuh itu serbuk kunyit atau pewarna kerana sengaja biarkan itu roti jala tampak natural, gitu.

Salam manis manis madu.

Cik Eka a dit…

hehehe....kat sini musim durian dah habis sis..

tahun depan baru ada balik..
tak sabar nak makan dengan roti jala putih..sedapnyaaa nyum22

Mak Wardah a dit…

Roti jala Ratna ni kalau dievaluate oleh saya 99.9%, cantik, hiasan menarik + nampak sangat sedap. Tak tahu macam mana Ratna boleh buat sampai menarik selera+mata saya. Lapar rasanya.

mommy yaya a dit…

sis
best ke makan dengan kuah kurma?
never try ..hihihi
i prefer curry biasa..but my family have special one: kuah durian..superb! try la..
p/s: erkkkk..kat sane ade durian kee.hihihi

bintangjauh a dit…

Salam mommy yaya,

best juga dengannya kuah kurma karena rasanya yang lembut tidak pedas seperti kuah kari kuning biasa yang pedas... cuba lah, jika trigin mengetahui kelainan&perbezaannya, bagi sis Ratna contrast-nya begitu yummy diantara yang lembut dan pedas kerasaan dua kari tersebut.


Kuah durian... pujaan selera si Ratna juga, adore! ada terdapat dijual disini datangnya dari Thailand atau Vietnam bersaiz giant gitu namun harganya... kok mahal sekali sebiji disini boleh dapat 20 biji disana dan yang ber-frozen juga ada dan jenis duriannya ialah durian tembaga dimana seulas buah durian begitu tebal&gebu, lunak dan lemak manis sekali... super yummy! panjang kata, disini Peranchis semua bahan ramuan masakan untuk masakan melayu ada di jual, sehingga kan cencalok dari Melaka dan budu dari Kelantan juga ada!

Salam manis semanis madu.