lundi 17 octobre 2011

L'Univers de la Gourmandise Gâteau Tatin aux Pommes

| |

Hari ini sedia-kan gâteau tatin bertahtakan buah apple, sudah jemu dengan tarte tatin maka itu tukar kepada cake pula, lembut-lunak gitu.

Teragak-agak sama'ada hirisan buah apple ber-gula perang ini di-caramel kan ke tidak sebentar bagi menaikkan lagi aroma vanilla akan tetapi rasa was-was begitu tinggi dari kepastian kerana takut jika di-grill ... terhangus pula badan-dinding cake itu lansong hasrat trigin melihat dataran buah apple berwarna perang ke'emasan tidak kesampaian. Tidak punyai "chalumeau de cuisine" /blow-torch, dimana lagi senang bagi me-"caramelising" gula.  

Cake ini tersangat senang dan cepat disediakan, cuma-nya hirisan buah apple di-peramkan dahulu dengan taburan gula perang ber-bijian vanilla buat seketika bagi menaikkan harum-wangi terhadap buah apple itu.

Jadinya cake yang rasa-biasa terus menjadi rasa yang agak luar-biasa hanya kerana vanilla beans/pods akan memberi kelainan terhadap rasa ke-atas cake itu berbeza jika menggunakan perasa vanilla kecuali yang "pure", maka itu vanilla beans/pods sering-kali disaran kan oleh chefs Pâtissiers didalam baking mem-baking, gitu.

Bunga orchids berwarna putih (phalaenopsis), sudah dua bulan bunga orchids ini segar berkembang-kembangan.

Kelihatan buah pomme de pin yang sudah kering sebagai hiasan dimusim sejuk. Buah pomme de pin ini dikutip dari taman halaman Ibu-mertua pada tahun lepas.

Alhamdullillah kepadaNya, sejak dua hari suhu cuaca begitu lembut lagi ber-mentari, semalam begitu indah-nyaman suasana petang dimana mengambil peluang menanam pokok-pokok buis (36 anak pokok) di-sepanjang lorong-jalan ditaman halaman bahagian belakang rumah juga dimasa yang sama CintaJL menyusun kayu-kayu buat chimney bakal musim sejuk ini, voilà!

1 commentaires:

Mak Wardah a dit…

Ratna,

Nampak enak sekali...