mardi 25 octobre 2011

Mamma Mia .. Spaghetti Bolognese sebulat dunia!

| |

Hari ini hanya berduaan dengan yang Bongsu di rumah, yang Sulong dan yang Tengah di Grenoble, Papa CintaJL di Jakarta, jadinya berdua-duaan lagi ... bersama anak bongsuku!

Pabila tiada yang lainnya, apa lagi .. sediakan masakan bakal makan tengah'hari yang cepat dan senang lagi yummy walau pun biasa sahaja, terus yang Bongsu senang hati kerana bermula awal waktu makan tengah'hari tadi, agak tidak ceria pabila yang lainnya tiada bersama menjamu bersatu keluarga lagi-lagi sedang cuti sekolah selama 12 hari, vacances de la Toussaint.

Spaghetti pilihan ialah spaghetti "plat"/flat jenama dari Italy, bien sûr!

Ber-fromage gruyère/emmental bukan parmesan/ parmigiano reggiano karena yang Bongsu tidak berapa suka fromage/cheese dari Italy, maka itu ..

Ber-daun ... derhaka-nya! Tidak punyai daun basilic, terus ganti-kan dengan daun-daunan ketumbar sebagai hiasan penyeri (baru sangat tumbuh) yang ditanam didalam sebuah pot/pasu aluminium se-besar dunia!

Sebenar-nya yang Bongsu tidak berapa suka daging dibulat-bulatkan seperti cara di-USA namun yakinkan beliau cuba-rasai dahulu baru boleh menjadi "critique gastronomique" ber-komentar sama'ada yummy ke atau di-sebaliknya. 

Semasa sedang menjamu, pertama cucukan garfu terus yang Bongsu berkata "pas mal du tout/rather-quite good ..!" Voilà!

Sauce spaghetti ini setengah ber-daging bentuk bulat/meatballs dan setengah daging dibuat sama seperti sauce spaghetti biasa yaitu ber-"minced beef", jadinya adil bagi yang Bongsu, mana tahu nanti pabila dirasai itu saucenya jika hanya berdaging bentuk bulat/meatballs terus tidak berapa suka terhadap sauce spaghetti itu makanya campur-campur setengah gitu , kus semangat ... nasib baik terus suka, kalu ...!! 

Memuji lagi kata-nya, Maman ada "common sense" gitu, iya anakku sayang, dek kerana asyik merungut takut sekali sauce spaghetti berdaging bentuk bulat nanti tidak akan kena dengan selera si-anak tekak, terusan jadi monyok itu wajah-muka lagi bermuncung panjang, makanya Maman kena ada itu "common sense"!!

Berselera sungguh sampai 2 pusingan menambah makannya, sampai yang Bongsu berkata cara orang New York walau pun pelik tapi dari segi rasa sama seperti spaghetti yang original, kenapa pula ke N-York perginya Anaksayangku? La .., Maman, USA kurang glam, NewYork lagi glamour ... mana mana lah Anakku, asalkan sudah berkenan dengan spaghetti bolognese ala New York!


Panjang kata, masakan ini sebenarnya tidak ada salahnya jika "men-derhaka" mengikut selera cita-rasa sendiri atau mengikut cara memasak di setiap negara yang pandai-memandai menukar cara menyediakan masakan tersebut, sebagai contoh spaghetti bolognese di-Italy sauce-nya ber-minced beef tapi di-USA pula daging itu di-meatballs-kan cumanya orang Peranchis pabila berlajar memasak satu masakan dari negara luar mahu-nya mengikut cara yang sebenar tulen gitu ya...
 Sama seperti spaghetti bolognese ini, mereka tahu atau mahunya hanya sauce yang sebenar yaitu asli asal dari Italy yang tidak perlu di adjust-kan keatas bahan resepinya, maka itu se-isi keluarga si-BintangJauh sudah biasa dengan cara asli pabila menderhaka sedikit jadi bising gitu, mengapa tidak seperti biasa kok lain jadinya kali ini, begini lah se-lebih kurang komentar dari mereka pabila masakan tersebut sudah diputar-belitkan terus kedengaran sahutan merungut-ngomelan yang bercampuran dengan rasa tidak puas-hatinya yang menjadi puncak perbahasan sampai tiada pengakhiran titik noktah tamatnya kerana orang Peranchis adore ber-bahas keatas apa juga "issue" yang di-timbulkan atau tertimbul begitu sahaja! Gimana ya.

6 commentaires:

Cik Eka a dit…

sedapnya.

kalau eka di malaysia,tumisan lain kok sis rat..
boleh pula masa menumis puri tomato,ditumis dengan cili kisar agar kena dengan tekak malaysia..hehehehe

eni osman a dit…

salam Ratna...kalau nama saja spaghetti memang fave anak anak...tapi eni masak ikut tgn saja...he he...tapi yg ini memang nampak sangat sangat menarik...eni kalau nak makan dgn sos meatball selalunya makan di pizza hut dkt sini saja...xoxo...

Art lover, cinnamonworldofcolours a dit…

Mamamia! Bon Apetite!

bintangjauh a dit…

Salam Cik Eka, iya setuju sekali, jika sis Ratna sendirian sememangnya bercili pedas itu sauce, lagi yummy!
Sudah asalnya jati Melayu dimana tempat tinggal anak tekak tidak akan terpesong gitu.

Salam mais manis madu.

bintangjauh a dit…

Salam kembali Eni, sebenarnya Ratna sudah mencuba spaghetti ber-meatballs, ini cubaan kali kedua, yang pertama kali kok bising semua sampai suami pun tidak berapa berkenan, semalam berduaan dengan Elyne sahaja maka itu cubai menambat seleranya yang susah lagi liat menerima pertukaran itu, voilà!

Salam manis manis madu.

bintangjauh a dit…

Salam sis Iha, merci beaucoup/grazie mille!

Salam manis manis madu.