jeudi 27 octobre 2011

Overindulging? Nooooo ... ter-rindu!

| |

e
CCC (cotton cheese cake) ini di-bain marie-kan malam semalam, setelah membaca kesemua petua dan cara menyediakan dari para pakar masakan bloggers juga chefs, syukuran .. menjadi sungguh CCC ini, rasanya ya ampun  yummy.. lembut-lunak, ringan ber-mouse gitu dan rasa jus lemon citrus begitu kena sekali, serasa ingin selinang airmata nanges gitu kerana sudah berkurun tidak merasa terhadap CCC ini.

Salah satu pakar mem-baking berkata, begitu yummy jika menggunakan cream mascarpone juga cheddar cheese dan bukannya Philadelphia cream cheese seperti yang selalu di-sarankan tapi benar ke, penyataan tersebut? nasib baik punyai cream mascarpone jadi-nya cubai duluan dengan cream mascarpone, hasil kejadian begitu tidak percaya sama rasa-nya seperti yang dijual di-Isetan tinggkat 3 itu!

Dek karena menggunakan api oven dibawah yang berkipas jadinya dataran atas CCC tidak sekata, dilain kali akan gantikan api diatas pabila hampir lengkap masaknya, dataran akan kelihatan sekata, tidak pasti gimana, nanti pinta pertolongan dari mr google?


Di-lain kali akan gunakan loyang bersaiz medium juga kecil, begitu ada kelainan sedikit gimana rupanya.
Bunga-bungaan dahlia yang masihi sudi berkembang mekar dari taman halaman sebagai hiasan penyeri.

Jika gunakan moule à soufflé individuel mungkin lebih cantik dan senang lagi mudah pabila mengeluarkannya dari moule yang besar memandang-kan CCC ini begitu fragile dan senang pecah gitu. 

Rasa perasaan berbunga-bunga kerana dapat merasai kembali Cotton Cheese Cake dari Jepun ini, sudah tidak kempunan mengidam dan dari sekarang sudah boleh sedia kan pabila terasa teringin pingin si-anak tekak, seperkara lagi dilain kali hanya sediakan separuh setengah adunan sahaja kerana se-isi keluarga tidak berapa berkenan, jadinya CCC yang besar ini gimana pula boleh dihabiskan? Au secours ..!


Ini lah per-1 kali mencuba menyediakan Cotton Soft Japanese Cheese cake yang senantiasa berterusan sampai ke-akhir selera  menjadi idola di-Asia! Sering sekali para pakar masakan bloggers semua sudah beberapa kali menayang-tayang tunjuk semula lagi dan lagi dengan pelbagai version juga rasa aromanya, oleh itu tetiba selera pun terus memanggil-panggil bersahutan agar disatu hari nanti ada semangat sedia-kan ini cake.

Semasa ditanah-air sering membelinya di-Isetan KLCC tinggkat 3 (jika tidak silap) dimana terdapat satu Bakery menjual hanya manisan dessert dari Jepun sahaja, nama Bakery itu sudah lupa ya, oops .. dah terjumpa nama Bakery itu-Miki Ojisan No Mise (uncle Miki Cheesecake shop) ia-nya berdepan dengan bakery yang lebih besar yaitu Sun Moulin. Cotton cheese cake yang dijual berbentuk bulat dan heart-shaped, saiz-nya kecil sahaja, comel sekali! Setiap kali ke-KLCC pasti ke-atas membeli dua tiga cotton cheese cake buat Kakak-ipar yang adore sangat sekali kepada CCC ini!

Antara percaya dengan tidak percaya, didepan anak mata ada sebuah manisan yang lembut lunak halus seperti cotton yang ringan umpama awan yang putih bersih menambatkan lagi selera yang sememangnya telah ditawan setelah berjaya menghasilkan secara homemade lagi, syukuran!

5 commentaires:

Art lover, cinnamonworldofcolours a dit…

Dear Ratna..
Saya memang suka CCC. Texture nya lembut dan gebu, rasanya..hmm memang sedap.
Tengok CCC Ratna teringin pula nak bake!

Kak Rose a dit…

Salam Ratna, kalau dekat mau saja kak rose tolong abeskan ccc yg enak yummy itu! bolehh kan?

bintangjauh a dit…

Salam dear sis Iha, sememangnya lembut dan gebu halus sekali, sedap yummy ... sudah di-ubati rasa terindu terhadap CCC ini, sis Iha bake ya, jika Ratna dekat boleh berkongsi bersama berminum petang menjamah manisan CCC ini.

Salam manis manis madu.

bintangjauh a dit…

Salam kembali wahai Kak Rose, mengapa Ratna terlalu sangat terjauh di-hujung dunia ...!! dengan gumbiranya Ratna menjemput Kak Rose datang bertandang berminum petang bersama menjamah manisan CCC ini dan selebihnya boleh Kak Rose bawa pulang bersama, namun .. tiada siapa peneman Ratna ketika ini!

Salam manis manis madu.

Cik Eka a dit…

wah nampak sedapnya ccc ni sis rat..
eka belum pernah membaking cheese cake..biasa baking kek biasa2 aja