lundi 10 octobre 2011

Si-BintangJauh Grimaces!

| |


Hening pagi, sejuk disambut dengan gerimis hujan, semalam yakni hari Ahad telah menyediakan dua desserts/manisan bagi memanjakan se-isi keluarga: Tarte aux pommes/an apple tart (tidak sempat di clip clap kerana habis selesai di-ngap hanya sekelip mata) juga caramel chocolate cake yang begitu "famous" ditanah-air dimana semuanya sudah tahu-pandai menyediakan ini cake! Berminum pagi dengan manisan ini dimana tidak pernah mengamalkan pengambilan manisan buat sarapan-pagi dek kerana ia-nya baru maka itu selera menjadi jakun!
 Minuman air-teh cara kasar kerana daun-daunan teh sengaja dibiarkan tanpa ditapis! Bertemankan 2 novels dimana sekian lama dilupai!

Hari ini, cuaca begitu melancholy sedih-sayu suasana disekeliling, kabus-kabusan putih dipinggiran bukit tidak kelihatan jelas silhouette chateau yang berdiri megah, renjis-renjisan air hujan yang begitu lembut hampir gerimis tidak terasa, sejuk lembab merimaskan rasa perasaan, kelam-pudar tanpa cahaya natural yang sudi sinari ruang-ruang sepi dan begitu sunyi syahdu sesekali kedengaran kicau-berkicauan sang burung ber-twit-twit ......

Sebagai penawar dipagi yang sejuk-lembab membikin diri tidak selesa, bertuah di-ubati dengan manisan caramel gateau bijian chocolat noir ini. Kepingin mencuba-rasa gimana rasa sebenar caramel cake dimana banyak para bloggers pakar masakan menyediakannya, maka itu .........

Ber-tahtakan crisped rice milk chocolate sebagai hiasan penyeri.


Details dahan berdaun bronze antiques dari Ibu-mertua.

Kelihatan dengan jelasnya biji-bijian vanilla penambah rasa buat caramel, verdict begitu yummy!

Sengaja tempekkan photo yang satu ni, j'adore!

Mengapa cake-nya tidak berwarna-warni sama seperti bloggers yang lainnya? Kerana tiada pewarna, sebenar nya amat jarang menggunakan bahan pewarna untuk cake, begitu suka sediakan cake yang natural warnanya, seperkara lagi cake yang selama ini trigin sangat di-cubai ialah Red Velvet cake dek kerana tidak punyai bahan pewarna merah sehingga kini menjadi berangan sahaja. Tiap kali ke kedai boleh ter ... lupa gitu!

 Pagi tadi beralas perut-kan dengan manisan yang begitu, teramat sungguh yummy sekali! Rasa caramel yang super-intense serasi sesuai dengan chocolate bijian cake, kena sangat rasanya.

Kenyataan sebenar bahan ramuan yang terdapat didalam caramel ini telah diderhaka tanpa segan dan malu kerana tidak punyai susu tin jadinya gunakan susu bercampur dangan heavy whipping cream, nasib baik menjadi, di-lain kali akan mencuba dengan bahan ramuan yang disarankan!


TerimaKasih segunung tinggi kepada para bloggers pakar masakan yang mengesyorkan sediakan caramel cake ini. Bahawasanya sah se-sahnya manisan ini sememangnya "paradis-heaven-syurga" gitu!

Isnin, hari Isnin sememangnya hari yang ku hindari, enggan menerima hakikat benar hari ini Isnin, "comme d'habitude" hari Isnin kusambut sama sahaja seperti biasa dengan perasaan yang bercampur-aduk seperti campuran magic potions dari Witch/sihir yang bertahi lalat terbonjol dengan sehelai bulu tertanam ditengah tahi lalat hitam yang hodoh itu lantas menyeringai gigi-gigi yang hanya tinggal dua tiga menghodohkan lagi rupa wajah perempuan Witch/sihir yang padan sekali dipanggil segitu. Begitu lah rasa perasaan disetiap hari Isnin ber-méli mélo lagi hodoh rasanya!

Bukannya mengeluh ..... hanya satu penyataan gimana rasa perasaan hari ini, sememangnya dari dahulu lagi tidak suka terhadap hari Isnin! Naturellement (yes, of course!) gitu!

Namun disebalik hari Isnin nan monyok comot hodoh masih ada penawar bagi menyeri-indahkan hari ini!"

12 commentaires:

Art lover, cinnamonworldofcolours a dit…

Ratna, Ratna...
ku kagum, sekali lagi!!!
Bukan saja makanan nya nampak enak tapi sungguh menawan dr segi rupa..

Anonyme a dit…

Salam ratna...

Begitu teliti ratna membuatnya.. lalu hasilnya menjadi begitu cantik. Kagum sekali!

angahPJ

Cik Eka a dit…

sis ratna syg..waduhh cantiknya kek sis.

eka pon baru je buat..cuma warna warni lagi...

eka kurang makan tapi kalau buat mmg eka suka..
mesti sedap auntie punya kek ni siap ada bijian vanilla lgi....

eLL a dit…

nak resipi....

bintangjauh a dit…

Salam sis Iha, itu cake banyak cara-caranya telah di-derhaka kan wahai sis Iha, bagi Ratna tidak secantik dari para bloggers pakar masakan, tabik bravo gitu buat mereka semua.

Gimana pun TerimaKasih segunung tinggi penghargaan ikhlas dari sis Iha.

Salam manis manis madu.

bintangjauh a dit…

Salam Angah, pabila harian di-selubungi dek cuaca sejuk tanpa mentari menjadikan rasa perasaan monyok-comot gitu bagi menceriakan harian hanya dengan ketelitian terhadap sesuatu disajikan dengan semenggahnya jadinya ter-kurang rasa perasaan yang hodoh itu, iya ke?

TerimaKasih segunung tinggi, Angah menghargai sesuatu yang cantik, kita sebagai wanita begitu lumrah terpesona dengan yang cantik lantas rasa dianak hati berbunga-bunga gitu, iya benar ke?

Salam manis manis madu.

Kak Rose a dit…

salam Ratna, kak rose belum berani nak mencuba kek karamel ini... takut sangat kalau x menjadi...

sorry lama tak mengomen disini .... internet slow sangat... siput pun jalan lagi laju!

bintangjauh a dit…

Salam Cik Eka, waduhhh kok segitu kali puji-pujianmu, tidak lah seberapa, bagi sis Ratna itu cake tampak plain, senang sekali dari para bloggers pakar masakan ber-pelangi belang2 warni warni, menaikkan lagi keistimewaan keatas cake itu.

Iya, dengan vanilla beans/pods bijiannya mengharumkan dan rasanya ... Cik Eka sudah tahu gimana ya!

Salam manis manis madu.

bintangjauh a dit…

Salam eLL, resepinya sis Ratna petikkan dari para bloggers pakar masakan ditanah-air cumanya sis Ratna menderhaka terhadap cake dibawah, gunakan resepi cupcakes senang dan cepat kerana sis Ratna sediakan setengah adunan dari resepi asal, seperkara lagi tidak punyai bahan pewarna maka itu ...

Wahai eLL, lihat diblog Masam-manis:Fromintankitchen.blogspot.com Iya, kerjatangan dari Puan Azlita Aziz ini begitu halus, tertip, teratur, kemas lagi cantik segalanya tampak begitu menawan hasilan dari kerjatangannya yang berseni halus itu boleh mempersonakan perasaan pabila ditatap! Yok, singgah diblog Puan Azlita Aziz ya.
Sis Ratna ikuti resepinya walaupun tidak segan dan malu menderhaka!

Salam manis manis madu.

p/s: Selamat mencuba!

bintangjauh a dit…

Salam kembali wahai Kak Rose, mulanya Ratna pun gitu, takut tidak menjadi! Degilkan diri kerana trigin lagi kepingin sangat makanya ... tapi Ratna gunakan cara jalan-pendek, nak cepat sebab tertanya-tanya gimana lah rasanya .. ramai berkata betapa yummyyyyynya! Iya, setuju dengan mereka semua, super yummy!!!

Selamat mencuba dan salam manis manis madu.

p/s: computer Ratna lagi parah, disetengah blog para bloggers tidak boleh ber-komentar, gimana tu! Sampai diblog Kak Rose kena gunakan status Anonymous lagi.

Mak Wardah a dit…

Puan Ratna,

Rindu sangat dengan blog Ratna, akhir-akhir ini terlalu sibuk outstation & kerja. Enak bangat. Hilang penat dapat tengok makanan & scenery di sini. Fuhhh...lega

bintangjauh a dit…

Salam wahai Mak Wardah, lama juga tidak kedengaran berita dari Mak wardah, rupanya begitu sebok dengan tanggungjawab kerja jika blog ini dapat melegakan rasa perasaan yang penat, dipihak diri Ratna begitu terharu sekali walau pun blog ini hanya muka diri harian Ratna segitu sahaja/banal, iya begitu biasa dan sederhana seperti selalu dan akan berterusan selamanya begini ...

Salam manis manis madu.