dimanche 13 novembre 2011

Bubur Mutiara Sagu Perles/Pearl du Japon/Jepun

| |

Hari ber-minggu Ahad ini trigin pingin pula bermanisan dessert melayu dimana begitu senang lagi rengkas dari segi bahan-ramuan juga cara penyediaannya, tidak banyak embel.

Bubur mutiara bijian sagu ini sering kali disedia kan pabila selera trigin pingin terhadap manisan Melayu, bubur ini lah habuannya selain dari jemput-jemput pisang dek karena cepat-senang disediakan, setengah jam sudah boleh di-jamu-ngap kan!

Bubur mutiara sagu ber-jagung muda, berkuah santan putih juga hirisan daun pandan yang harum wangi.

Jumaat lepas pergi melawat ziarahi Ibu-mertua dan Papa-mertua (cuti umum) di St Etienne, singgah sebentar di-boutique florist  membeli se-bouquet gabungan bunga-bungaan kesukaan Ibu-mertua sebagai buahtangan, Ibu-mertua adore bunga-bungaan segar, sementara menunggu giliran melihat-pandang kepada bunga-bunga juga pot-pot yang berisi tanaman hijau terus anak mata ternampak satu tanaman hijau yang berbuah seperti buah tomate terus tertambat kepadanya dan nama pokok yang comel ini ialah Pomme d'Amour, dah betul lah tu!

Semasa sedang menyediakan kuah sauce bubur mutiara sagu tadi agak tidak pasti gula yang mana satu harus dibubuhi sama'ada gula putih, gula melaka atau gula perang? Akhir-nya mengambil keputusan biarkan bubur ini berwarna putih walau-pun lebih adore ber-gula perang/melaka.

Daun pandan di-hiris halus dan dimasakkan sekali dan ketika mengacau-ngacau lembut santan kelapa, didapur ber-bau harum wangi sekali. Sengaja tambah-kan jagung bagi menambah kan seri rupa-paras terhadap bubur mutiara sagu ini juga jagung dengan sagu mutiara serasi bersama. 

Malang-nya ... hanya diri seorang dirumah yang adore terhadap manisan dessert ini yang lainnya tidak suka, maka itu setiap kali menyediakan bubur ini portion-nya sederhana gitu.

Walau pun tiada siapa sebagai peneman menjamu bersama jadinya sendirian begitu namun rasa perasaan tetap gumbira karena setiap kali dapat merasai apa sahaja makanan asal-usulnya dari tanah-air serasa seperti berada disana.


Anaks semua lebih senang berminum petang dengan pain au chocolat juga croissant sahaja, jadinya tampak begitu contrast dimana Maman BintangJauh dengan manisan bubur sagu mutiara ber-jagung, dengan cara Melayu-nya manakala semua dengan French- pastries-nya, voilà.

6 commentaires:

Kak Rose a dit…

Salam Ratna,

sedapnya nampak sagu ni... my favorite sepanjang masa... kesian makan sendirian saja, meh kak rose temankan sambil tolong menghabiskan sagu tu.... sedap!

segar sungguh pokok tu, ingatkan pokok artificial, hebat sungguh ciptaan Tuhan kan.... adore sekali!

Cik Eka a dit…

fuhh sedapnya sis rat..

sago gula melaka pun sedap kan sis rat...

hehehe

kita sini teman sis rat ya....

bintangjauh a dit…

Salam kembali Kak Rose, seperti sedih gitu ya Kak Rose ... sendirian mengadap manisan bubur ... namun tidak mengapa .. penawarnya itu-lah bubur sagu mutiara jika kita berdekatan boleh berminum petang bersama ya Kak Rose.

Maka itu Ratna beli si-pokok berbuah pommes d'amour itu berkilat segar dan cantik sekali sebagai penyeri di-ruang makan di-cuaca musim gugur nan muram lagi monyok, kelihatan seperti pokok tiruan gitu namun ia-nya nyata segar tumbuh menghijau, ciptaan yang maha Kuasa, hebat tiada tandingannya!

Salam manis manis madu.

Arizakiah a dit…

salam kasih buat ratna...

Sejuk rasa tekak bila terpandang bubur sagu bersama jagung....biasanya zakiah letak gula melaka dalam kuahnya....

Bagaimana Ratna potong daun pandan tu..nampak beralun-alu macam reben..

Ratna memang memang kreatif dalam menata rias masakan....macam chef...

bintangjauh a dit…

Salam Cik Eka
Manisan bubur Melayu kita sememangnya super extra yummy walau pun begitu biasa bahan-ramuannya.
Iya, sago gula melaka jangan disebut .. adore sangat-sangat!

Salam manis manis madu.

bintangjauh a dit…

Salam Kasih kembali wahai Zakiah, semalam Ratna habiskan portion yang terakhir dimana Ratna sediakan kuah santan bergula merah/melaka, yummy sungguh rasa kelemakan si-gula merah dengan santan kelapa itu, tiada kata-ayatan yang indah bagai umpama betapa yummy-nya!

Daun pandan di-potong menyerong dan halus begitu, mula-nya hirisan itu ada lah sebagai hiasan penyeri tanpa dimasak-kan lantas Ratna terlintas terus humban-kan sekali semasa santan dimasak-kan dan Ratna terkejut melihat hasil kejadiannya menjadi ber-alun-alun seperti rupa-paras ribbon begitu, kok cantik jadinya!!! sering kali Ratna carik-carik-kan seperti kain perca si-daun pandan, katanya Moyang pabila daun-daunan masakan dicarik-kan bau-haruman wangi bertambah naik keharumannya, gitu pesan dari Moyang tapi kali ini Ratna berkata di-potong hiris sahaja tampak semenggah gitu, voilà!
Zakiah cuba dan lihat hasilnya ya.

Lantas di-mahkota-kan diatas dataran sagu mutiara, tampak menawan gitu jadinya rasa perasaan terus jadi berbunga-bunga meski-pun sendirian tanpa peneman!

Salam manis manis madu.