vendredi 4 novembre 2011

Labu Courge-Potiron

| |

 Awal petang tadi pergi ke-Marché, ternampak si-buah labu nan comel kecil bewarna orange yang menyerlah sekali, maka itu terus ambil satu sebagai hiasan di ruang makan, comel sendirian!


Di-musim gugur bulan November ialah musim buah labu, ada pelbagai jenis buah labu dari segi rupa paras dan warna-nya juga berlainan. Beli satu sahaja kerana terpikat dengan yang ini tampak begitu comel sekali.




 Buah labu ini (bukan yang si-comel ini ya, yang di-masak ialah buah labu jenis butternut squash) sering-kali di-sedia kan secara masak lemak ber-santan kelapa dan di-temani dengan masakan peneman seperti sambalan udang ber-chili merah dan hijau juga gorengan ikan, udah mencukupi gitu dan hidangan masakan begini menjadi-kan rasa perasaan terus berbunga-bunga mekar, voilà!




7 commentaires:

Cik Eka a dit…

wahh sis rat..

kemain cantik gitu labunya...buat gulai lemak putih campur pucuk labu atau tak ada pucuk labu kalu,gulai dengan taugeh...hiris cili merah..

ada pulak sambal belacan cair untuk dimakan bersama dan ikan goreng!

emak eka selalu bikin gulai begitu...


wahh terliur gitu sis


salam aidiladha buat sis

bintangjauh a dit…

Salam kembali Cik Eka, di-tanah air begitu juga caranya masak lemak labu sekali dengan pucuk labu-nya yang wajib buangkan bahagian yang berbulu-kesat itu dan peneman yang paling sesuai seperti Cik Eka sarankan sememangnya itu-lah sambal colek belacan sama'ada ber-jus limau kasturi/nipis atau ber-tomate atau ber-asam jawa pilih sahaja yang mana berkenan selera.
Yummy-nya ... lagi-lagi ada gorengan ikan bertambah nasi di-pinggan!

Serasanya selera kita sama ya Cik Eka.
Sis Ratna juga mengucapkan Selamat ber-hari AidilAdha Korban buat Cik Eka se-isi keluarga.
Salam manis manis madu.

Cik Eka a dit…

yelah sis...selera orang timur macam kita ni selalu sama..

aduh eka pula lapar..

disini sis,semua sibuk bikin persiapan untuk hari raya kurban esok..

eka baru baking kek coklat....
untuk dimakan sama keluarga esok...

salam dari jauh sis

angahPJ a dit…

salam aidil adha :)

Lama tak menegur sapa di sini.. sabtu lalu saya pulang ke kampung untuk berhari raya bersama2 ayahanda tercinta..

baru puas hati saya memandang 2 photo pokok kegemaran saya itu. Mohon untuk copy ya!

bintangjauh a dit…

Salam AidilAdha kembali buat Angah, gimana sambutan Raya Korban dikampung bersama Ayahanda juga keluarga?

Sengaja clip clap kan pokok tilleul itu kerana daun-daunannya kok banyak gugur penuh bertaburan ... sila kan Angah bagi Ratna photos itu semua di-kongsi bersama maka itu tidak ber-watermark.
Salam manis manis madu.

angahPJ a dit…

Alhamdulillah.. seronok rasanya dapat berkumpul semua adik beradik kali ini. Kami semua 7 beradik. Petang raya tu, kami semua ke kampung kerana ada majlis korban.

Sedapnya sup tulung yang dimasak secara bergotong royong ratna.. Dimakan pula dengan bihun. Memang lazat.. bagaimana pula dengan orng sana?

bintangjauh a dit…

Salam Angah,

Syukran ... ditanah air itu-lah yang tidak boleh di-pertanding kan sepakat seiring ... saat beraya dapat berkumpul dengan adik-beradik juga para keluarga sepusat sepusing, indah lagi seronok ya Angah, dengan juadah makanan semua disambut dengan kemeriahan majlis korban dimana berkongsi bersama se-isi kampong, itu semua tidak terdapat disini, cara sambutan-nya lain tidak terasa lansong kerana binatang (seperti kambing) korban dibeli oleh setiap keluarga, terus ke-tempat korban yang telah ditentukan mengikut undang2Peranchis, setelah dikorbankan terus dibawa pulang oleh tuannya dan dibahagi-bahagikan daging korban sesama sanak-saudara mereka, voilà!

walaugimana pun sudah mencukupi dapat penawar berita khabar dari Angah bahawasanya sambutan Raya-korban begitu meriah bersama keluarga semua.

Salam manis manis madu.