lundi 12 décembre 2011

Ber-spirit ke'anakan .. ultra-mignon ...comel dan cute!

| |

Laaaaaaa ..... udah tua masihi lagi dan tetap adore terhadap peluche binatang/cuddly toy yang comel-comel, masih tetap disimpan seperti harta karun yang berharga sekali karena cuddly toy ini adalah tanda peninggalan kenangan dari anak-anaks semasa baby lagi, comelnya!



Antara peluche yang dipilih sebagai gambaran betapa adore tersangat-sangat dengan kecomelan rupa-paras cuddly toy ini dimana diantara mereka se'usia yang Tengah dan kebanyakan diturunkan kepada adeknya yang Bongsu jadinya tidak perlu dibeli lagi dan banyak juga hadiah-kelahiran datang dari family juga Ratu-Ratu semasa menetap di-Grenoble.

Teddy bear dan rabbit yang ber-saiz mini ada lah hadiah hari Ibu dari yang Tengah.

Semasa yang Bongsu berusia sekitaran 15 bulan mahunya tidur-bobok sekali dengan girafahnya, sudah muak dengannya lansong bertukar selera kepada rabbitnya, mana mana pergi itu rabbit pasti ada dipegang-erat ... sampai gitu sayangnya.

Kemudian seleranya bertukar kepada kuda pula, sehingga kini semuanya kuda!

 Dan kini koleksi peluche binatang ini semuanya hanya tinggal sebagai kenangan sahaja ... pabila rasa perasaan tercuit rindu mengenangkan kembali semasa anak-anakanda masihi baby pengubat dan penawarnya ialah peluche cuddly toy ini, satu satu dilihat perhatikan ... ya ampun masa berlalu pergi kok begitu cepat membelakangi tahun tahun yang silam menjadi sejarah warisan sebuah family.

 Yang ini, teddy bear kepunyaan si-BintangJauh!

 Yang ini, dari Cacharel kepunyaan yang Tengah semenjak baby lagi yaitu sudah 18 tahun usianya!

 Bunga-bungaan Jacinthes sudah mekar kembang harum mewangi menyelubungi sekitaran ruang makan.

Pink dan putih, lembut warnanya.

 Di luar hujan turun-merenjis dari awal pagi tadi, diramalkan cuaca dan suhu di-sepanjang minggu ini agak jelek-comot sekali, apa pun tidak begitu di-endahkan kerna terlalu sibuk dengan segala bagai kerjaan harian yang tidak pernah surut berkurang ...



Voilà! Bintang mahkota diatas kepala pokok sapin de noël christmas dimana tahun ini yang Bongsu memohon pokok sapin-nordmann kali ini bersaiz sederhana sahaja. Clip clap snap bintang dahulu kerna hari ini tidak bercahaya mentari mendung kelam kelabu suasana didalam rumah, nanti nanti sahaja photos hiasan yang seterusnya.

4 commentaires:

Cik Eka a dit…

comel.eka dulu2 kecik2 tak main anak patung,teddy bear..huhuhu..

sebab suka main lori,hihi....

tapi comel2 semua....

Art lover, cinnamonworldofcolours a dit…

Salam Ratna..

Sememangnya kita ibu akan senantiasa kenangkan masa silam anak2 ya Rat!
Tapi kan yang teddy bear buat Bintang jauh tu di cuddle pada masa bila huh..
Suka tengok!

bintangjauh a dit…

Salam Cik Eka, sememangnya tersangat comel ... sehinggakan sis Ratna sendiri kena badi ke'anakan maka itu suka sekali dengan soft cuddly furry toy!

Salam manis manis madu.

Mak Wardah a dit…

Rat..anak sayapun ada banyak tapi sekarang Wardah tak suka lagi. Kami hantar ke tempat Kitar Semula. Bunga2 tu cantik bangat....