dimanche 25 décembre 2011

Joyeux Noël.

| |

Mood masak-memasak datang sebegitu sahaja, walau pun pada permulaan semasa didapur agak terhegeh-hegeh perlahan tangan mengerjakan apa sahaja bahan-ramuan yang boleh dikatakan hampir lembab caranya. Hidangan makanan dan manisan yang disediakan tidak lah banyak cumanya sebagai pembuka tirai  yaitu "aperitifs dinatoires/amuse bouche" yang mengambil masa menyediakannya kerna ber-saiz mini, kecil comel! 
Dengan pertolongan-bantuan dari kedua anaks, penyediaan makanan dan manisan dikerjakan berakhir dengan tertip lagi rapi sekali, Alhamdulillah syukuran kepadaNya kerna memberi semangat setelah berbisik-bisik doa'an ke-atas kekuatan kudrat yang teramat sangat diperlukan!


 Saki baki hidangan dinner eve/réveillon semalam dimana bûche de noël ber-chocolat noir lansong tidak dijamu karena terdapat dua lagi manisan dessert yaitu bûche pralinée au chocolat dan bûche mousse au chocolat meringues, tidak dapat di clip clap snap kerna sudah lenyap!

Les papillotes de noël/chocolate bonbons berhias dengan daun-daunan houx/holly dari taman halaman sebagai penyeri.

Sayangnya jamuan semalam tidak di-clip clap snap kerna masihi tidak ngerti gimana cara pengambilan photo diwaktu malam dan yang Tengah pula begitu asyik merakamkan apa sahaja dari A ke Z dimana jeritan + kekehan ketawa bercampur aduk sehingga kerja-penyediaan dimeja makan menjadi tidak tentu keruan, gitu!

Buah limau clémentines dari pulau Corsica ada lah salah satu buahan kemestian sebagai  men-detox pencuci perut setelah menjamah makanan yang penuh ber-cream+butter juga tinggi dengan pengambilan gula semasa musim perayaan ini.

Kacang walnut juga memainkan peranan yang penting sebagai penambah selera.

Pagi ini, bersarapan pagi dengan roti Panettone  dari Italy ber-raisins secs/sultana juga ber-orange confite, dimusim perayaan roti ini begitu "famous" sekali, semuanya adore!



Roti Panettone ber-saiz mini, yummy bersama minuman teh panas!

Juga Cake berempah ratus, madu, buah-buahan confits dan berkacang, ini pun kemestian!



Sambutan perayaan makan malam Noël di-akhiri dengan tontonan rakaman video oleh yang Tengah, ketawa sehingga selinang-linang airmata petanda keseluruhan malam perayaan begitu ceria dan bersahaja, senang begitu! Syukran.

3 commentaires:

Art lover, cinnamonworldofcolours a dit…

Salam Ratna..
Memang saya mengemari table setting dan hidangan yang sangat sophisticated, sungguh ber adun gitu..

Muna a dit…

sedapnye nmpk hidangan atas meja tu...table setting pun wallah mengancam..;)

Arizakiah a dit…

Salam kasih buat ratna...
Ternyata Ratna sangat bijak menata rias hidangan....nampak begitu meriah sekali .....