samedi 17 décembre 2011

La Première Neige. Hari per-1 salji turun dari langit.

| |

Diramalkan akan ber-salji hari ini pada tahap dataran rendah, jadinya diawal pagi kelihatan diluar taman halaman diselaputi oleh salji, sayangnya lapisan salji terlalu nipis dan malangnya terus hujan dan tidak sempat me-clip clap snap photo di-sekitaran taman halaman kerna hujan yang turun membasahi lapisan salji terus bertukar menjadi air!

Hanya sempat me-clip clap snap sebuah Château nun diatas bukit ketika salji sedang turun ... cantik sekali seperti dikayangan rasa perasaan menyaksikan cebisan salji melayang-layang turun ... putih bersih suci .. namun hanya sebentar tapi cukup mengindahkan rasa perasaan dipagi ini.

 Sebuah Château berusia 1000 tahun! Photo diambil dari balkony tingkat atas dimana mengadap berdepan dengan pemandangan sekitaran anak bukit yang ber-château berdiri dengan megahnya.

 Kelihatan pokok-pokok tidak berdaun, hanya berdahan ranting di sepanjang musim sejuk ini.

 Tompok-tompok putih yang kelihatan ialah cebisan salji sedang turun melayang-layang bagai-umpama crème chantilly.

Hanya ini yang sempat di-clip clap snap sebelum hujan turun, kelihatan sejemput taburan salji didalam sebuah pasu/pot bonsai.

CintaJL berkata salji yang turun hari ini ada lah salji basah-lembab bermaksud pabila tahap suhu tidak berapa sejuk dan suhu tanah masih suam jadinya salji  akan cair dengan cepatnya. Seperti contoh gambaran diatas dimana tampak kelihatan salji kasar berair-lembab tidak halus, dimana salji yang halus mulus/ neige poudreuse begitu dihargai oleh semua terutama bagi kanak-kanak riang ria boleh bermain "bataille de boules de neige/snowball fight juga membina "bonhomme de neige/snowman" ditaman halaman yang putih susu! Voilà!


4 commentaires:

Cik Eka a dit…

cantikla sis..nanti kalau dah lebat saljinya,tangkap gambar ya sis..

kat malaysia ni nak main salji,kene pergi genting highland,takpun sekarang ada satu taman cahaya icity di shah alam..ada taman salji..hehehe...

salji buatan manusia je sis..

teringin nak main salji original...hehe

fifa nadz a dit…

seronoknyaaa ...

Arizakiah a dit…

Salam kasih buat Ratna....

Tak sangka Ratna sudah mula berblogging....zakiah juga sudah lama tidak menjengah kawan-kawan kerana mood berblogging entah kemana...mungkin kerana kesibukan...
Tak sabar nak menikmati keindahan pemandangan putih salji dari photo-photo Ratna lagi....

Mak Wardah a dit…

Tangan Ratna memang seni...Buat kueh-mueh saya tengok nak meleleh air liur, photo cantik bangat, hiasan dekorasi nampak semua bagus. Keep on blogging