mardi 20 décembre 2011

Setiap hari ber-salji!

| |

Pokok Tilleul berdiri megah dengan dedahan-pohon diselaputi salji.

Pokok Lilas/Lilac-sryinga berlatar-belakangkan pintu utama dihadapan rumah.

Balkony ditingkat atas tv-room, photo diclip clap snap awal pagi tadi, sejuk dingin sekali!

La piscine/kolam renang ditepi belakang taman halaman kelihatan cantik dengan lapisan salji.

Tiang-tiang pagar miliknya jiran sebelah, suka dengan sejemput salji menepek diatas kepala tiang-tiang pagar juga kelihatan Château nun diatas bukit.

Daun-daunan pokoknya Buis ber-es salji.

Adore photo ini!

Kelihatan pokok-pokok semuanya putih berselaput salji yang turun dari awal pagi tadi, beberapa hari ini salji turun tanpa berhenti, disekitaran kampongulu putih dek lapisan es salji dimana atap-atap rumah, dataran taman halaman, jalan dan lorong, segala bagai pokok-pokok  juga apa sahaja yang terdapat diluar semuanya menjadi putih, pandang kanan dan kiri putih, depan-belakang pun putih atas dan bawah juga putih ... ceria jadinya sempena sambutan perayaan ini, berbunga-bunga rasa perasaan dianugerahkan keindahan yang semulajadi dariNya, syukran.


4 commentaires:

Kak Rose a dit…

Salam Ratna, pastinya sudah siap sedia persiapan untuk sambutan hari natal yg dingin... indahnya ciptaan Allah, putih salji yg menebal!

Cik Eka a dit…

cantiknya sis...

eka suka tengok kolam renang tu..hehehe

Arizakiah a dit…

Salam kasih buat Ratna...

Subhanallah.....biarpun tiada warna ia tetap cantik dipandang....biarpun tidak berbunga tetapi masih berbunga-bunga di jiwa melihat butiran salju yang turun dari langit...

Subhanallah.....indahnya ciptaan Tuhan....

Mak Wardah a dit…

Thank you a trillions for the photos Rat...