lundi 5 décembre 2011

Tarte aux pommes rose.

| |


Mencuba sediakan apple tart ini, bahan ramuan untuk pastry crust-nya agak berlainan dari resepi yang selalu disediakan. 100% ber-kacang badam/ground almonds yang digunakan tanpa tepung, bermadu bukan gula dan ber-minyak canola bukan butter, maka itu terjentik selera cuba-mencubanya gimana pula rasanya nanti.

Buah apple di-hiris-potong memanjang jadi boleh digulung supaya senang dibentukkan seperti sekuntum bunga rose, malangnya ... dek karena buah apple terlalu segar pejal isi-nya ketika dipotong kok putus putus jadi kementot gitu!

Bunga jacinthes putih dan pink, bau-nya harum-wangi sekali!

Verdict-nya,

pastry crust ber-kacang badam 100% + madu + minyak canola = bof .. bof ... maksud-nya kurang yummy gitu, sebab-musabab ialah rasa pastry-crust terlalu lemak !


Berbalik kepada pastry crust cara Peranchis yaitu pâte brisée atau pâte sablée, tidak mahu tukar-ubahin lagi, jeran!

Nasib baik hanya sediakan dua tartelettes sahaja, tapi masih ada dua lagi didalam peti-es ... gimana ya ..
 Panjang kata, mencuba sesuatu yang baru yang tidak pernah dirasai, tidak akan tahu terhadap rasa kejadian-nya jika tidak mencubai-sediakan .
 Sering kali grands chefs pâtissiers berkata tetap-amalkan resepi asas jika takut  ada kejutan dari segi rasa ke-atas sesuatu manisan itu, kepada sesiapa yang adore ber-experimentasi didapur seperti si-BintangJauh yang tidak-akan-pernah jemu mecuba itu dan ini dimana hasil kejadian seringkali "décevant/disappointing" dan bermasa'alah sekali gimana boleh di habis kan itu manisan dimana tiada siapa yang sudi merasainya, voilà!


4 commentaires:

angahPJ a dit…

Salam Ratna..

Selamat kembali..:)

eLL a dit…

aduhai sis rat, terjentik rasa melihat rose yang cantik malah menyelerakan itu...

Cik Eka a dit…

cantiknya sis kalo digubah buah apple itu..mekar kembang bak bunga memekar

Mak Wardah a dit…

Tiada perkataan boleh manzahirkan bakat Ratna@Jelita.Hanya 1 word from me...Terima kasih yang betul2 ikhlas dari hati saya.