Bunga iris Hollandais di-temankan dengan lupin berbunga warna rose peach yang ditanam di-tepi tangga sebelah kiri di-hadapan taman. Baru sangat berkembangan maka itu bunga lupin masihi belum habis berkembang cukup.
Bunga pivoine lagi! Clip-clap lagi sekali terperasan tadi bunga pivoine ini berkembang dengan besarnya dan baunya ya ampun harum ....jadinya teringin sekali lagi memaparkan photo bunga ini pabila berkembang jelita.Sah sungguh ..jelita ..menawan ..menambat hati pabila berdepan dengan bunga pivoine/peony ini.
Ini pula barisan tomates, ada terdapat tomates cerise/cherry merah dan kuning, tomates coeur de boeuf juga etc ..etc. Listing panjang!
Salade batavia dan salade rouge (merah) grenobloise yang ditanamkan oleh CintaJL, bahagian menanam salade, CintaJL punya part kerana beliau senang sekali menanam-kan itu salad.
Buah anak strawberry sudah tampak bertambah besar bila dibandingkan dari seminggu lepas.
Bagai nak rak, kerana berbagai jenis tomates yang berlainan rupa-paras dan warna harus diteliti dengan sepenuh perhatian sekali. Pot-pot/pasu kecil berwarna-warni dimana nama dan jenis tomatoes wajib diterakan diminda, jika tersilap pilih .. baru lah betul!
Setelah diperiksa kan yang pilihan pot/pasu semuanya betul terus ke kaunter ...part membayar pulak. Disepanjang perjalanan pulang diminda bagai di-buai-buaian memikirkan part menanam kesemua sayuran yang dibeli tadi. Nasib baik tanah sudah pun dibersihkan dari rumput-rumputan liar, di-cangkulkan juga di-gemburkan jadinya tidak lah banyak persediaan tanah mesti dikerjakan.
Dan CintaJL menolong menaburkan baja organic/bio diserata atas permukaan tanah tanaman, kalu ..tidak berapa berkenan mengerjakannya kerana baunya ..semacam!!
Jadinya, setakat ini hanya sayuran yang diatas baru ditanam, minggu depan ingin/akan ke-Botanic untuk mencuci mata jika ada sayuran yang sesuai ditanam mengikut suhu cuaca dikampongulu ini sah boleh ditanam baru di-beli jika tidak teringin juga membeli pokok bunga bagi menambahkan lagi hijauan dihadapan taman rumah kerana masih tampak kosong sangat rupanya.
Yang susahnya semenjak berkebun, warna kulitku bertambah ireng, alang tu!!