vendredi 27 janvier 2012

Un café sans chichis ..... tout simplement!

| |

Bagi melembutkan rasa perasaan ...

Seperti biasa, disini agenda l'heure du goûter disebelah pagi (setelah bersarapan pagi, dimana disini sangat kemestian pengambilan goûter sebagai pengalas perut sebelum waktu juadah tengah'hari) pada jam 10:00 harus ditepati nanti jarak antara goûter dan makan tengah'hari terlalu dekat maka itu jangan mengunyah banyak, hanya secara sederhana sahaja.

Jarang sekali menggunakan sebuah mangkuk sebagai bekas minuman kopi secara typique Peranchis ini, dan hari ini trigin kepingin ber-minum air kopi yang dijerang menggunakan teko/cafetière typique dari Italy. Masihi teragak-agak sama'ada beli atau tidak itu coffee machine dengan alasan sudah tidak punyai tempat untuk meletakannya dimana kawasan kitchen-bench tops begitu terhad, kecil sahaja. Dengan teko kopi ini tidak mengambil tempat jadinya sehingga kini setia dengannya!

Ini lah dia sebuah teko/cafetière dari Italy dimana cara menyediakan air kopi begitu senang lagi cepat. Serbuk kopi dibubuh didalam container yang ditengah siap sekali dengan tapisannya dan di bawah sekali ialah container bagi mengisi air, pabila bermulanya menggelegak air akan naik keatas melalui container serbuk kopi terus naik keatas bernama café dan tutupkan api terus boleh diminum, magic gitu!

Cookies amandes aux pépites de chocolat noir sebagai peneman, disediakan oleh yang Tengah.

Begitu juga kacang walnut, kemestian ...... voilà!