dimanche 29 janvier 2012

Choux de Bruxelles/brussels sprout ditaman potager.

| |

Hasil tanaman sudah menjadi walau pun saiz dan rupa parasnya tidak sempurna!

Semalam (hari Sabtu) sebelum hujan turun, CintaJL pergi ketaman potager memetik buat per-1 kalinya sayur choux de bruxelles ini dimana kobis ber-saiz mini ini ada lah salah satu sayuran kegemarannya, maka itu ditanam!

Terus berlari pergi naik keatas mengambil camera sebelum dipetik! Yang ini terlentok menyembah sentuh ketanah, dibiarkan tumbuh sesuka hatinya maka itu .....

Yang ini terlebih kembang ... sudah seperti kembangan si-bunga mawar-rose gitu rupa parasnya dan tidak akan dipetik biarkan sebegitu sahaja, kasihan ...

Voilà, rupa paras choux de bruxelles bio/organik, cenonet comel tidak besar seperti yang dijual di s-market atau pun marché.

Perbedaan antara yang sudah dibersihkan juga sebelumnya.


Seakan sama berupa-paras seperti kobis cumanya saiz yang membedakan kedua sayuran ini.

Tadi sudah dirasmikan oleh CintaJL, hanya direbus dengan didihan air bergaram cukup empuknya digaulkan dengan butter masin Fleur de Sel de Guérande yang dimakan sebegitu sahaja, sebagai pembuka makan yang sederhana, CintaJL adore sekali! 

Adore photo ini.

Alhamdulillah, Syukran kepadaNya yang maha Pemurah dimana masihi dapat bersayuran segar dari taman potager, berhasil dengan sejahteranya walau pun tidak sempurna, namun itu lah rezeki yang wajib disyukuri.

4 commentaires:

Cik Eka a dit…

sis rat,kok nampak segar je kan sayur kobis kecil ini..hehehehe

oh rebus dengan garam dan gaul dgn butter jer??
dengar macam sedap la sis..hehehe

photo yang buahnya jatuh tu aduh cntik

angahPJ a dit…

salam ratna,

semasa di london tempohari sempat beberapa kali masak dan makan sayur ini.. memang sedap sangat.Tapi dah tekak melayu, rebus dan makan bersama nasi lah jawabnya.. rupanya orng peranchis rebus dan gaul dengan butter! :)

NaniRostam a dit…

salam darling...wah kagum nya tengok kerajinan rat bercucuk tanam...nani sejak sibuk dengan business ni telah mengabaikan tanah sekangkang kera dibelakang dapur tu...tengok entry rat tergerak hati nak cari biji benih...

photo photo memang sngat cantik...mana harus dikagumi kamera atau jurukamera.....

salam kasih sayang...

NURHUDA a dit…

oooo begitu rupa paras pohon nyerrrr.selama ini cuma terbayang pohon nyer seperti kubis biasa.....saya suka , cuma kat Malaysia susah nak dapat n mahal sedikit harga nya.