mercredi 18 janvier 2012

Es beku ... begitu dingin sekali!

| |

 Terpesona rasa perasaan pabila diluar kelihatan es beku putih menyelaputi segala bagai nature, alang kah cantik-nya ..... menawan sekali dengan keindahan nature yang semulajadi disekitaran taman halaman, tenang rasa perasaan jadinya.



Yang Tengah semakin sembuh, Alhamdulillah syukran kepadaNya setelah 7 hari dihospital kini sudah dirumah dimana pada setiap hari nurse datang bagi perubatan seterusnya, sudah boleh bergerak berjalan walau pun perlahan gitu ...

Rasa perasaan tidak lagi senak seperti seminggu yang lepas, walau pun tenaga-kudrat badan serasa lesu akan tetapi dikuatkan juga, yang Tengah berkata "teruskan apa sahaja yang Maman sering lakukan buat mengisi harian, jangan risau .."

Dengan keindahan suasana diluar taman halaman begitu menambat si-anakhati terus keluar me-clip clap snap berlawan sekali diri dengan suhu yang boleh digambarkan seperti berada di Siberia, alang tu!
Kelihatan dengan jelasnya es beku berjalur-jalur melekat didahan pohon pokok pear.


Pagi berlangit biru ... sepetang nanti bertukar dengan kedatangan kabus-kabusan putih seperti umpama merabunkan mata menjadikan suasana permandangan tidak jelas ketika memandang-lihat diluar sekitaran dikampongulu ini. 

Photo ini di-clip clap dari tingkap sekitaran jam 5:15 petang tadi .....

Kelihatan kabus-kabusan semakin menebal putih-kelabu dimana permandangan dirabunkan oleh kekabus di-petang nan monyok, photo diambil dari tingkap, sebarisan tiga pokok Tilleul dibelakang taman halaman.

Adore photo ini.

Hampir seminggu suhu menurun sehingga -8 dikampongulu ini, sehingga air dikolam-renang juga membeku keras jadinya.
 Namun ... apa sahaja kerjaan dirumah mesti pasti diuruskan seperti biasa. Tetiba selera bertukar ... lebih senang dengan manisan dari yang masin, setiap petang dimana diluar kekabus putih menyelubungi alam semesta mesyahdukan lagi suasana, dengan secawan minuman kopi yang bertahap "corsé/full-flavoured" sehendaknya selera bagi melembutkan harian yang .. ?


3 commentaires:

Sue a dit…

cantiknye..... bila tgk gambar2 tu sy cuba utk tempatkan diri di dlm gambar. huhuhu terasa beku!!!! masuk snowalk @ i-city pun sudah beku, inikan kalau tinggal kat negara tu..aduhaiiiiii... teringin tapi takut!

Cik Eka a dit…

cantiknya sis

kalu disini musim panas....

Mak Wardah a dit…

Gambar Salji Ratna dinginnya sampai ke sini. Tqvm...Enjoying all the photos.